Ibu-ibu pernah dengar tak, orang kata kalau nak tahu tuan rumah tu pembersih atau tidak lihat sahaja pada bilik airnya. Kalau tandasnya cantik, bersih dan selesa digunakan itu menandakan tuan rumah rajin orangnya dan semestinya pembersih dan jika keadaan bilik airnya menjijikkan, itu sah-sah dikatakan pengotor!
Jadi pastinya pada hari raya nanti, akan ada ramai tetamu yang bertandang berhari raya ke rumah meminta izin untuk menggunakan bilik air. Jadi sebelum tetamu menilai di tahap mana diri kita, ada baiknya kita lancarkan aktiviti mencuci tandas bersama-sama keluarga pada hujung minggu ini. Cara ini akan pastikan bilik air terlihat bersih bersinar seakan di hotel lima bintang. Malah dengan praktis 7 teknik ini, tugas mencuci lebih mudah tanpa perlu menyental. Jom semak!
7 TIPS MUDAH BERSIHKAN TANDAS DENGAN CEPAT TANPA MENYENTAL
1. GUNAKAN AIR SUAM
Isikan baldi berisi air suam dan bilas lantai atau dinding menggunakannya. Juga berkesan jika dicurah pada sinki serta tab mandi dalam bilik air.
2. PEMBASMI KUMAN & AGEN PENCUCI SEMULAJADI
Caranya mudah, campurkan saja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!
3. MENCUCI CELAH JUBIN
Sekiranya tandas jarang disental atau lama ditinggalkan, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun telah diberus.
Untuk menanggalkannya, cuba campurkan cecair peluntur dengan cuka dalam sebuah botol spray. Kemudian, semburkan dan biar ia mengering (penting) sebelum membilas. Jika kesan masih tidak tertanggal, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk memberusnya.
4. BABY OIL SEBAGAI PENGILAT PILI
Untuk mencuci kepala pili, anda boleh menggunakan sabun pencuci atau baking soda. Satu tips untuk menjadikannya lebih kilat adalah dengan menyapukan sedikit minyak bayi atau baby oil. Boleh berkilat macam cermin. Cubalah!
5. CARA BERSIHKAN LUBANG TANDAS
Spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Kalau nak lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.
6. LEMON & GARAM
Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan scrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah 2.
7. SPAN UNTUK MENCUCI HOS GETAH
Perasankah anda, bahagian dalaman hos getah juga boleh berkulat jika tidak dicuci. Tapi, ia bukan kerja mudah kerana bahagian tersebut amat kecil dan sukar dicapai.
Untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan dan masukkan ke dalam hujung hos. Kemudian, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui satu hujung lagi.
sumber : Azzieyah Mustapa