Ahlan WaSahlan Ya Ramadan, menanti tibanya bulan penuh keberkatan ini tentunya ramai antara kita sudah ada yang bersiap sedia dan tidak sabar merasai kemeriahan bulan Ramadan, menyuburkan dengan melakukan amalan dan ibadah.
Pun begitu, apa kata untuk kita sediakan senarai semak dan jika mana masih belum diadakan elok kiranya dipersiapkan di saat-saat akhir ini agar kita seisi keluarga dapat melaksanakan amalan di bulan Ramadan ini dengan sebaik mungkin dan sekali gus dapat memperbanyakkan pahala di bulan puasa.
Mengetahui detail tentang antara persiapan akhir yang boleh dilakukan, Ustazah Nazirah Abd Rahim ada berpesan dan bolehlah dilaksanakan. Ini perkongsiannya.
PERSIAPAN AKHIR RAMADHAN
Nampak mudah… Kesannya BERATNYA IMAN DAN KAYANYA PAHALA RAMADHAN buat kita
Mari buat persiapan akhir.
Janganlah pakai telekung masam dan busuk atau dah dipakai sebelum ini untuk sambut ramadhan. Telekung tak mesti beli baru. Namu… Jika mampu dapt pahala beli baru untuk ibadah
3.anak lelaki juga sama siapkan kopiah baru cantik nak sambut ramadhan
Nak hidupkan solat terawih dan solat berjamaah bulan mulia
Penting persiapan anak LELAKI ini kerana nanti mereka akan jadi SUAMI dan didikan masa kecil ini lah persiapan mereka jadi SUAMI SOLEH memimpin isteri dan anak anak mereka iaitu cucu cicit kita. Inilah bekalan amal soleh namanya. Jika kita lalai tak didikan anak anak.Kita mencorak dosa berpanjangan pula. Pilih mana satu nak!
Jika dapat.. Bawa anak anak ke kedai beli al Quran sebagai simbolik besarnya ERTI DIDIKAN AL QURAN bulan ramadhan ini. Agar anak anak rasa seronok nak MEMBACA AL QURAN bulan ramadhan.
Bersiaplah.. Hingga hari terakhir!
Allah tak akan sia siakan persiapan kita. Hebat jiwa kita dan anak anak saat ramadhan berakhir allahumma ameen
Selamat menyambut ramadhan semua
Sumber : Ustazah Nazirah Abd Rahim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club