Sejak akhir-akhir ni topik mengenai faraid mengenai perbualan hangat. Ia menjadi impak kepada pasangan suami isteri bahawa pentingnya mengetahui tentang ilmu faraid.
Bukan hanya semata tamak harta si mati tetapi cakna tentang prosedur faraid bagi memudahkan proses pengurusan harta selepas kematian pasangan.
Baru-baru ini perkongsian seorang peguam, Ahmad Termizi Bin Abdullah mengenai sebuah fail faraid peribadi telah mendapat perhatian ramai. Ramai yang tidak terfikir mengenainya. Ikuti perkongsian yang sungguh bermanfaat ini.
FAIL FARAID PERIBADI
Dalam banyak-banyak fail tu, sila sediakan terus satu fail faraid peribadi. Ini contoh fail saya.
Contoh kandungan fail ini ialah seperti berikut:
– salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak
– salinan surat nikah isteri-isteri
– salinan sijil lahir anak-anak
– salinan sijil mati ibu ayah
– salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda)
– polisi asal takaful
– maklumat tentang akaun bank, tabung haji, KWSP, ASB, Unit trust, saham dll
– maklumat ttg e-wallet
– maklumat ttg wang crypto
– wang kertas lama
– geran kereta
– geran rumah
– sijil pemberitahuan hak cipta
– maklumat tentang hutang
Satu aje yang belum ada iaitu SIJIL MATI SAYA.
Fail ini saya hukumkan sebagai wajib bagi seluruh penduduk Wakanda.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Ahmad Termizi Bin Abdullah
Kerap Minum Kopi Sewaktu Hamil, Punca Anak Jadi Pendek
Amalan minum kopi di kalangan masyarakat seperti sudah menjadi kebiasaan. Malah penangan minuman berkafien tinggi ini seperti sudah sebati dalam diri.
Jika tidak mendapatkannya sehari, boleh tak keruan hidup jadinya. Jadi tak mustahillah kopi sentiasa menjadi minuman utama dalam kehidupan.
Tapi awas! Amalan menikmati minuman ini sewaktu hamil dan berterusan boleh mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan.
Berdasarkan kajian jurnal JAMA Network Open, bayi yang terdedah kepada kafein ketika dalam kandungan cenderung untuk lebih pendek berbanding rakan sebayanya.
Menerusi 2,400 responden yang terdiri daripada wanita hamil, didapati anak yang dilahirkan daripada ibu yang mengambil kafein dan paraxanthine dalam kehidupan harian, lebih pendek.
Jurang ketinggian juga dilaporkan mengalami perbezaan seolah-olah anak berusia empat tahun dan lapan tahun.
Pun begitu, harus diingat kafein bukan hanya terkandung di dalam kopi sebaliknya meliputi coklat, teh dan juga air bikarbonat.
Maka disebabkan itu, pengambilan kafein dihalang khususnya untuk ibu hamil.
Bagaimanapun, pengkaji NIH, Jessica Gleason mengklasifikasikan dapatan kajian tentang perbezaan ketinggian itu masih rendah.
Baginya, kajian perlu lebih menyeluruh dan meliputi tahap kesihatan kanak-kanak terlibat serta adakah perbezaan ketinggian itu berlarutan sehingga dewasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu hamil tidak panik dengan hasil kajian yang diperoleh itu kerana penelitian lebih lanjut diperlukan.
“Dapatan kajian ini bukanlah perbezaan besar dalam ketinggian meskipun terdapat bukti yang menyatakannya,” jelas Gleason.
Walaubagaimanapun, wanita hamil perlu berbincang tentang pengambilan kafein dengan doktor mereka bagi mengetahui kesan lanjut dan melihat perkembangan bayi dalam kandungan.
Sumber : Okezone
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Beli Keju, Baca Dulu Bahan Digunakan. Bimbang Ada Yang Tak Halal.
Seperti yang kita ketahui, keju merupakan makanan digunakan untuk penghasilan yang pelbagai juadah termasuk kek, pasta keju dan sapuan. Ramai antara kita menggemari keju untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Namun, apabila membeli makanan ini, pastikan alert kandungan pembuatannya.
Menerusi facebook, Nor Zailina menasihati mengenai bahan pembuatan keju agar halal dimakan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yg terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?
* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.
* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).
Hanya pilih rennet:
– microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria TETAPI ada juga yg dibiak drpd sumber binatang, sila tengok tanda Halal)
– non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
– vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)
Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:
– proses pemerapan (fermentation)
– menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan
Fakta Penting:
1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.
2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.
Sumber: Nor Zailina
Nak Melabur Di ASB Lum Sum Hingga RM 200K Tak Ada Hal, Gunakan Je Pembiayaan ASB-i Maybank Ni. Memang Mudah Sangat!
Bila kita sebut sahaja Amanah Saham Bumiputera (ASB) tentu ramai tahu tentangnya malah tidak mustahil sudah ada yang membayangkan keuntungan yang bakal diperolehi daripada modal yang dilaburkan sepanjang tahun ini.
Walaupun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya apa cara paling mudah dan terjamin untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang tinggi tanpa menggunakan duit sendiri untuk mula melabur.
Jika masih ada yang belum tahu , sebenarnya caranya senang sahaja bila anda buat pinjaman pembiayaan ASB-i bersama Maybank.
Peluang yang ditawarkan oleh Maybank kepada golongan bumiputera, jangan dilepaskan begitu sahaja. Bayangkan, anda tak perlu keluarkan wang sendiri sebagai modal permulaan pelaburan, namun mampu melabur dengan jumlah yang besar di ASB. Semuanya melalui Pembiayaan ASB-i, memang hebat!
Pembiayaan ASB-i Ni Apa Ya?
Pepatah Melayu pun ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Jadi elok kiranya kita kenal dan faham dahulu ASB-i ini terlebih dahulu. Jangan pula nak buat sesuatu tu main ikut-ikut sahaja, nanti banyak perkara yang kita tidak faham!
Pembiayaan ASB-i ini sebenarnya merupakan kemudahan yang membolehkan kita mendapat pembiayaan untuk pelaburan ASB. Kita juga boleh pilih berapa lama tempoh pembiayaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Ansuran bulanannya pula serendah RM48/bulan sahaja.
Bayangkan lah berapa pula keuntungannya bila sampai had tempoh matang sijil pelaburan ASB tersebut? Tentu lumayan dan berbaloi, jadi pasti ramai yang teruja bukan?
Mahupun begitu, sebelum itu ketahui dahulu syarat kelayakan untuk memohon Maybank Pembiayaan ASB-i ni.
- Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia, khususnya Bumiputera.
Kalau dua syarat ini dipenuhi, apa lagi, bolehlah anda terus membuat permohonan sekarang.
Nak Mohon, Apa Yang Saya Kena Buat?
Jadi sekiranya anda memang mencari jalan untuk menggandakan pelaburan di Unit Amanah Saham Bumiputera, bolehlah jadikan pelan yang ditawarkan oleh Maybank melalui Pembiayaan ASB-i ini sebagai pilihan anda.
Pembiayaan ASB-i dengan Maybank ini dijamin selamat dan kurang risiko. Pelan pembiayaan Islamik yang ditawarkan juga patuh Syariah.
Tambahan lagi, memandangkan pelaburan ASB ini merupakan pelaburan jangka masa panjang, untuk memastikan pemohon Pembiayaan ASB-i mendapat pulangan yang optimum, anda digalakkan tidak menyentuh dividen yang diterima setiap tahun. Ini untuk memastikan pulangan atas setiap modal pelaburan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Lazimnya kalau kita ingin memohon pembiayaan untuk tujuan peribadi, pelbagai proses perlu dilakukan dan diakui kadang kala prosesnya begitu leceh sekali. Tapi untuk permohonan Pembiayaan ASB-i, caranya mudah, semudah ABC!
Tak keluar rumah pun permohonan boleh dilakukan. Semuanya dilakukan secara online dan anda boleh dapatkan info lebih lanjut, apabila anda klik DI SINI (https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/investment/asb-financing-i_bm.page)
Atau anda juga boleh gunakan aplikasi Maybank (MAE) atau laman web Maybank2u dengan 6 langkah mudah untuk memohon Pembiayaan ASB-i.
Untuk Pendaftaran di Aplikasi MAE
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi MAE.
Langkah 2: Tekan ‘Apply’ ikon di atas dan pilih ‘Apply Online’
Langkah 3: Tatal ke bawah dan tekan ikon ‘Loans’ dan pilih ‘ASB Financing-i’
Langkah 4: Isikan butiran peribadi anda sehingga lengkap.
Langkah 5: Tekan ‘Confirm’.
Langkah 6: Muat naik dokumen anda dengan jelas untuk permohonan ini.
Untuk Pendaftaran di Laman Web Maybank2u
Langkah 1: Login laman web Maybank2u
Langkah 2: Klik ‘Apply’ pada tab di atas dan pilih ‘Loans’
Langkah 3: Tekan ‘Apply Now’ di bahagian ‘Maybank ASB Financing/-i’
Langkah 4: Isi nombor akaun ASNB dan maklumat diperlukan
Langkah 5: Tekan ‘submit’ dan muat naik dokumen diperlukan
Permohonan mudah dalam talian ini bukan sahaja terbuka kepada pelanggan Maybank yang sedia ada, yang tidak mempunyai akaun Maybank pun boleh mohon melalui talian.
Mudah bukan? Jadi jangan tunggu lama-lama, jom melabur dan nikmati keuntungan untuk masa depan yang lebih baik! https://www.youtube.com/@maybankvideos