Baru-baru ini, seorang kanak-kanak Muslim Britain berusia 11 tahun telah mengatasi Albert Einstein dan Stephen Hawking dalam ujian IQ apabila dia berjaya mencapai markah tertinggi bagi kategori kanak-kanak.
Dipetik dari laporan The National News, kanak-kanak yang bernama Yusuf Shah yang berasal dari Leeds di Utara England itu mendapat 162 markah dalam ujian tersebut, lebih tinggi berbanding Einstein dan Hawking yang hanya 160 markah dalam ujian sama.
Anak yang berasal dari Leeds di Utara England dikatakan mengambil ujian Mensa tersebut berikutan rakan-rakannya sering memberitahunya bahawa dia sangat bijak.
“Semua orang di sekolah menganggap saya sangat bijak dan saya sentiasa ingin tahu sama ada saya berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian itu.
“Terasa istimewa untuk mendapatkan sijil atas nama saya dan tentang diri saya,” kata Yusuf menurut laman berita Metro UK.
Pelajar tahun enam itu berharap bahawa dia dapat belajar matematik di Cambridge atau Oxford suatu hari nanti. Dia juga berkata yang dirinya sangat menyukai aktiviti yang dapat merangsang otaknya.
Apabila tidak mengulang kaji pelajaran, dia akan menghabiskan masanya bermain sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.
Yusuf dikatakan bermula main dengan kiub rubik pada Januari lalu dan hanya mengambil masa tempoh sebulan sebelum dapat menyelesaikannya dengan mudah.
“Saya sangat bangga. Dia adalah orang pertama dalam keluarga kami yang mengambil ujian Mensa. Saya sebenarnya agak bimbang kerana dia selalu pergi ke dewan yang penuh dengan kanak-kanak untuk mengambil ujian.
“Kami fikir dia mungkin akan takut dengan orang dewasa di pusat itu. Tetapi dia berjaya melakukannya dengan cemerlang.
“Walaupun kamu berbakat, namun kamu perlu menjadi pekerja yang rajin,” ujar ibunya, Sana.
Dalam masa sama, adik kepada Yusuf yang berusia lapan tahun bernama Khalid juga diharapkan dapat mengikuti ujian Mensa tersebut apabila dia sedikit berusia kelak.
Sumber: Metro UK