Memahami dan menghargai isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya.
Keharmonian dan kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan. Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka.
Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan barangkali boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga till jannah.
Menarik coretan saudara Eddie Dieana di facebook miliknya mengenai cara memahami wanita. Biarpun perkongsian nampak biasa-biasa aje tetapi itulah perlu ada dalam rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsian ini.
Haritu masa video saya viral saya suprisekan wife bawak naik Mustang dan bawak dia pergi candle light dinner. Banyak jugak komen-komen yg saya terbaca di Metro Online & page² lain.
Mereka cakap. “Alah, baru kahwin boleh la. Cuba dah lama kahwin. Cuba dah ada anak.” *Dari sewa Mustang baik beli emas” “Bazir duit je buat macamtu dekat bini” Ternyata mereka silap.
Saya dah pun hampir 10 tahun kahwin. Dan dah ada 2 orang anak. Tetap sama je layanan saya terhadap isteri saya. Dan takkan lah saya nak post saya beli pulut dakap,pulut serunding pulut durian apa semua. Kang orang cakap riak dan menunjuk² pulak. Biarlah saya bahagiakan isteri saya dengan cara saya sendiri.
WANITA INGINKAN PERHATIAN
Ni saya nak share sedikit pengalaman saya sepanjang 10 tahun kahwin. Apa yg saya pelajari tentang perempuan ni terutama sikap isteri saya. Mereka bersikap inginkan perhatian. Terkadang apa yg saya perasan. Saat saya tiada di rumah. Isteri saya mampu lakukan semua kerja A to Z.
Ads
Tapi bila saya ada di rumah je. Automatik dia jadi tak pandai semua perkara. Dan dia akan meminta saya membantunya. Tapi takpelah. Isteri sendiri kan. So tolonglah, bukan isteri orang lain. Bila dah tolong ni. Dia punya happy tu kita akan nampak, dia akan beriya buat sesuatu atau bersungguh² buat sesuatu.
Contohnya bila masak. Tetiba datang ke depan cium pipi kita then akan tanya siap² kita nak air apa dan dia akan hidang dulu supaya kita boleh minum masa menunggu dia masak. Antara lain, apa yg saya dapat belajar dan fahami tentang perempuan ni.
SUKA KEJUTAN Mereka suka akan suprise. Bila balik ke rumah bawak bunga RM 10 bagi dekat dia pun. Dia punya happy tu. Dia akan cepat² peluk dan cium kita. Kita akan nampak yg dia hargai apa yg cuba kita buat. Inikan pulak bila kita suprise dia yg lagi besar macam bawak pergi candle light dinner naik kereta mustang tu. Lagilah berdouble² happy dia.
Terkadang, 10 minit dah nak sampai rumah. Saya sengaja call wife, tanya apa yg dia teringin nak beli dan kirim. Benda ni nampak remeh sebenarnya. Tapi benda ni lah yg buat mereka rasa happy.
Menandakan kita ingat kepada mereka. membuatkan mereka rasa di hargai. perkara ni keluar dari mulut wife saya sendiri. Sebab saya suka bertanya apa perkara yg dia suka dan tidak suka dalam hubungan.
MUDAH TERASA HATI
Wife saya ni, dia sangat expert memasak bila dalam rumah sendiri. Tapi, bila datang rumah mak saya. Automatik saya akan dengar dia tanya A sampai Z. “Mak, bawang ni nak potong macamne?” “Sambal ni nk tunggu kering dulu ke?” “Ayam ni nk kena tunggu lama lagi ke?” antara ayat2 yg akan keluar bila tiba rumah mak saya. Automatik dia jadi kelu dan kaku. Walaupun dah hampir 10 tahun jadi menantu dalam umah mak saya. Rasa malu dia masih tinggi. Kalau dia marah anak sampai tepuk kaki tangan tu semua tak apa. Tapi kalau kita naik suara dengan anak je. Automatik dia akan terasa hati dan mula masam muka dengan kita. Hahahaha.. Ini tidak adil. Bila mereka marah anak. dengan kita yg tengah duduk diam ni tak pasal kena bising skali. Terpinga² jap. hahaha. Dan apa yg saya lihat.
SUKA JIKA SUAMI TEMAN Perempuan atau isteri ni. Mereka suka di teman dalam setiap perkara. Contoh di dapur, walaupun kita tak buat apa-apa. Cukuplah kita ada dekat situ supaya teman dia membawang dan berbual. Mereka dah appreciate. Belum anda tolong lagi.
Ads
Kalau anda semua tolong lagi lh double rasa happy tu. Bila jaga anak pulak, mereka tak kesah mereka lebih penat jaga anak. Asalkan bila kita ada sekali dirumah. Kita layan anak², biar dia berlari sana sini urus susu dan keperluan anak pun takpe. Asalkan kita bantu pegang anak. Tapi kalau kita bantu benda lain lagilah dia akan bertambah happy.
SUKA MENGADU
Bila isteri mengadu dia penat tu. Bukanlah dia tak bersyukur dikurniakan anak. bukanlah tanda dia mengeluh. Cuma dia nak kita dengar apa sahaja luahan hati dia. Biar dia rasa puas dan lepastu dia akan kembali normal.
SUKA PUJIAN
Antara perkara lain yg saya perasan. Perempuan ni suka kan pujian dari suami. Contoh bila makan masakan isteri. Pujilah apa ayat sekali pun. Mesti mereka akan happy. Bila mereka bersiap². Pujilah yg mereka tak perlu cantik². Sebab azalinya mereka memang dah cantik. Korang akan nampak wife korang akan bersiap lebih cepat dari biasa. Silap² tak sampai 5 minit dah siap. Kalau tak, tunggulah 45minit dalam kereta kalu korang tak puji apa².
WANITA NI SENSITIF
Perkara yg perempuan amat sensitif ialah jangan cakap pasal gemuk atau tak cantik. Contoh bila wife dah semakin gemok. Just cakap “awak mesti happy dengan saya kan. Awak yakin bila bersama dgn saya. Sebab tu awak makan je tak berhenti.”
Jangan sesekali cakap yg kita suka perempuan kurus atau suruh mereka kurus. Cukuplah bagi hint nanti kita² bersenam biar sama2 sihat dan cantik. Perkara ni paling penting yg lelaki semua perlu tahu. Setiap apa yg ditanya oleh isteri tu. 90% dia dah tahu jawapan.
Ads
Cuma nak tengok kejujuran dari mulut suami. Jadi bila ada wanita lain yg cuba dekat atau kacau hubungan kita. Jangan lupa untuk berterus terang agar tiada rasa curiga dalam perhubungan. Letakkan kepercayaan 100% pada pasangan sebab kebanyakkan pasangan tak suka bila dituduh buat perkara yg bukan2. tapi dalam kepercayaan yg kita bagi mestilah kena ada sedikit keraguan kerana diluar dari rumah suami anda sentiasa menjadi perhatian wanita lain lagi² bila suami anda seorang yg berjaya dan handsome seperti saya.
RASA HARGAI BILA SUAMI UPDATE AKTIVTI
Perempuan jugak akan suka bila suami mereka tahu jaga diri dan dalam masa yg sama suka update apa yg mereka buat. Contohnya. “Honey, sekarang Hubby dah sampai tempat kerja.” *Honey, sekarang waktu rehat. Hubby nk g makan dgn kawan² kerja sekejap.” “Honey, Hubby otw balik rumah. Nak kirim apa² tak.” Cukup dengan 3 mesej ringkas seperti ini pun. Mereka akan rasa dihargai.
Bukanlah mereka nak kongkong kita dan nak suruh kita update lokasi setiap masa. Tapi bila berlaku apa2 kemalangan. Atleast isteri di rumah tahu cerita yg anda pergi kemana sebelum kemalangan terjadi. Antara perangai pelik perempuan. Tak ada angin tak ada ribut dia tetiba diam.
Ah sudah. Kenapa pulak ni. Bila ditanya dia jawab “cuba fikir apa yg awak dah buat.” Manalah kita tahu apa yg kita dah buat. Rupanya setelah dipujuk dan pujuk dan pujuk.. pun tak jalan. Peluk dia dari belakang. Dan cuba tanya kenapa. Baru dia jawab. “U ingat tak bulan lepas u dah janji, gaji nanti nak makan shellout” Ah, parah. Bila pulak kita janji. Memang langsung tak ingat tapi nak taknak. Kena bawak jugak sampai ke kedai tu. Dan perkara yg paling menyedihkan. Setibanya di kedai makan tu. Kedai tu tak bukak. Kita jugak yg dipersalahkan sebab punca kedai tak bukak. hahahahahahaha
WALAUPUN DAH LAMA KAHWIN KENA SENTIASA FAHAMI PASANGAN
Walaupun saya dah hampir 10tahun menjalinkan hubungan rumah tangga. Masih banyak perkara tentang perempuan/isteri yg masih belum dapat saya fahami. Hanya sekadar 25-30% je tahap kefahaman saya tu. Betullah seperti yg tertera di gambar bawah. Buku setebal tu hanya baru untuk Bahagian 1.
Yang paling penting. Tolak ansur dalam hubungan dan cuba memahami pasangan. Bila ada benda ni dalam hubungan, inshaAllah. Saya yakin anda akan kekal bahagia. Saya share ni bukanlah saya bijak pandai dalam membahagiakan isteri. Tapi hanya berkongsi cerita. Saya juga manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa. Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memerlukan tenaga banyak dan mental yang kuat.
Perkongsian puan Nurul Hanisah Ahmad cukup mungkin boleh dijadikan perangsang buat ibu-ibu bergelar suri rumah. Jangan malu untuk mengaku anda suri rumah kerana tanggung jawab ini bukan semua orang mampu menggalasnya.
JANGAN MALU MENJADI SURI RUMAH
Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja
Macam-macam feedback dapat hehe.
“ohh rugilah tak kerja”
“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”.
Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,
“Sambil-sambil duk sambung belajar”
“Oh yaa ka..”…muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe.
Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macamtu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.
saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!
Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat
Jadi suri rumah jangan MALU!
Anda suri rumah yang berniaga online, atau anda tidak berniaga pun, jangan MALU, yang penting anda tahu apa yang anda buat.
“Meniagalah,tak adalah melangut ja kat rumah tunggu duit suami”
Tidak, bagi saya berniaga atau tidak, awak lebih tahu situasi awak, jangan rasa bersalah jika awak tak berniaga, boleh jadi awak dah berbincang dengan suami awak, untuk fokus pada anak-anak sahaja untuk beberapa tahun ini, JANGAN MALU dengan keputusan itu.
Jangan Malu, bila balik kampung, adik beradik semua kerja, awak tak kerja jangan malu!sebab banyak kelebihan yang Allah beri pada awak.
Situasi kita semua lain-lain, kita yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita
Suri rumah sekarang semua cantik-cantik, mengalahkan wanita bekerja hehe, tandanya stigma wanita suri rumah kotor, busuk, minda tertutup, semua dah tak boleh guna, bahkan ramai suri rumah sudah lebih produktif, menulis buku,banyak membaca,buat aktiviti homeschool dengan anak-anak,bahkan lebih bahagia.
Berdamailah dengan ketentuan Allah
Masa saya kecil, saya gembira bila balik dari sekolah kebangsaan, bau masakan mak di dapur, rasa bahagia sekali, makan kenyang-kenyang, kemudian bersiap ke sekolah agama pula, memori yang sangat indah, walaupun saya tak tahu di masa depan Allah takdirkan saya bekerja atau tidak, semoga saya dapat wujudkan memori indah-indah semuanya untuk anak-anak,amin.
Umm A’yyash
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasanya ramai para wanita mengenali dan ada sebahagiannya menjadi pengguna tegar produk jamu jenama Mustika Ratu kan?
Mana tidaknya, jamu tradisi yang mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan.
Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan produk ini, tetapi tidak mengenali pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang bertungkus-lumus membesarkan empayar jamu berkenaan di serantau Asia termasuklah Malaysia.
Jika dilihat pada usianya kini, pasti ramai tidak menyangka bahawa Ibu Mooryati Soedibyo sebenarnya sudah berusia 94 tahun kerana beliau masih kelihatan muda seperti 50-an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian. Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,” ujarnya.
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya. Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil. Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan suaminya, Datuk Abdul Halim Khan seorang yang garang tetapi mempunyai hati yang baik.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya yang menyifatkan suaminya seorang lelaki yang penyayang kerana dapat menerimanya sebagai isteri meskipun ketika itu dia sudah mempunyai 5 orang anak dari perkahwinan terdahulu.
“Uncle (suaminya) ni sebenarnya masa mama (Noor Kartini) kenal dia dulu dia seorang yang garang, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama.
“Dulu masa anak anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ” you jaga anak je” tapi mama nakal ada juga jual senyap2 tapi uncle tahu sebenarnya.
“Lama lama bila mama lembut dengan uncle, mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama, yelah kami kan kenal sekejap je then kahwin,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga dia memuat naik foto mereka berdua yang dipercayai ketika itu berada di dalam pesawat.
Kini, Kartini bersyukur kerana usia perkahwinannya sudah mencecah 25 tahun dan dia bahagia hidup dengan suaminya.
“Alhamdulillah dah masuk 25 tahun mama bahagia, Allah hadirkan suami yg penyayang.penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak
mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
“Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya,” kongsinya lagi.
Selama 25 tahun mendirikan rumah tangga Noor Kartini turut dikurniakan 4 orang lagi cahaya mata bersama.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).