
Kanak-Kanak ini pernah viral suatu ketika dulu tahun 2018 apabila aksinya sukar makan ubat sehingga membuat kiraan 1 hingga 10 mencuit ramai warganet. Lebih menarik, view video telah tular sehingga 30K share!
Terbaharu, kanak-kanak ini tampil pula dengan celotehnya sebagai penolong ketua kelas. Gaya cara penyampainnya telah mencuit hati apabila ramai terhibur.
Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama Amrlamnnn, kanak-kanak perempuan itu berada di dalam kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Wah “I as penolong” uuaools 🤣 pic.twitter.com/cfQpRM4PlE
— Yon ❼ (@Amrlamnnn) March 9, 2021
Menceritakan peranannya sebagai penolong dan gaya memarahi murid yang nakal mencuit hati.
Manakala murid yang tidak nakal pula, kanak-kanak itu berkata dia akan menggunakan nada yang lembut untuk meminta mereka pulang ke tempat duduk.
Celoteh kanak-kanak ini membuatkan ramai terhibur dengan gaya spontannya.
Gelagat kanak-kanak itu bercerita tentang tugasnya membuat ramai terhibur dan geli hati dengan dua personaliti berbeza yang dimainkan sebagai penolong ketua darjah.
VIRAL 30K SHARE KISAH MAKAN UBAT
Memang mencuit hati!
Suami Ni Nak Beri ‘Me Time’ Pada Isterinya, Ni Helah Dibuat Agar Anak ‘Berkepit’ Pula Dengannya!

Secara logiknya tidak susah untuk seorang anak rapat dengan ibunya berbanding ayahnya dek kerana hubungan istimewa antara anak dan ibu telah terjalin sejak anak tersebut berada di dalam kandungan lagi. Oleh itu, tidak hairanlah, anak-anak dengan sendirinya akan selesa ‘berkepit’ dengan ibunya berbanding ayah.
Bila anak lebih rapat dan semahunya mahu ‘berkepit’ siang malam dengan ibu, secara tidak langsung juga akan menyebabkan ibu tersebut seakan tidak ada lagi istilah ‘Me time’ baginya.
Mengelakkan daripada ini terjadi, seorang suami yang begitu prihatin dengan isteri tercinta, cuba melakukan sesuatu agar isterinya dapat menikmati ‘Me Time’ dan hal ini telah dikongsi di akaun fbnya untuk turut dijadikan panduan untul lelaki lain bergelar suami. Jom semak perkongsiannya.
Ada juga orang tanya, macam mana nak bagi anak mesra dengan ayah, dan boleh berenggang dengan mak? Nak bagi ‘me time’ pada isteri tapi anak tak nak ikut ayah.
Tip mudah yang aku boleh bagi, ayah kena banyakkan masa dengan anak. Tak ada jalan pintas atau magik.
Secara nalurinya, memang anak-anak akan rapat dengan mak sejak kecil. Yang menyusu badan lagilah, siang malam berkepit.
Waktu sedih atau dalam kesusahan, anak biasanya akan mengadu pada mak. Jumpa ayah bila nak berjimba atau buat benda gila-gila saja.
Jadi bila masa yang ayah boleh renggangkan anak dengan mak?
1. Waktu anak terbangun waktu malam. Kalau anak tak menyusu badan, ayah buatkan susu dan ayah dodoikan sehingga tidur. Kadang-kadang anak terbangun sebab lampin penuh, maka ayah gantilah lampin dan tidurkan. Biar isteri kau berehat.
2. Petang-petang, bawa anak keluar ke taman permainan tanpa isteri. Kau tolaklah anak tu naik buaian ke, turunkan dia di gelongsor ke. Kalau kau yang naik sekali takut roboh pula.
3. Hantar anak ke sekolah, tuisyen, kelas tambahan, kalau boleh ayah yang buat. Waktu ini, banyak masa untuk ayah bersembang dan buat lawak hambar dalam kereta.
4. Cari satu hobi yang diminati bersama oleh ayah dan anak-anak. Jadikan itu rutin yang selalu dibuat di luar rumah tanpa kelibat isteri. Tumpukan pada hobi tersebut dan keseronokan anak meluangkan masa dengan ayah. Contohnya main layang-layang ke, tangkap belalang ke, main futsal ke.
5. Waktu membeli-belah di pasar atau pasaraya, biarkan isteri di rumah. Ayah bawa anak-anak membeli barang dapur bersama. Bolehlah kau ambil masa ini ajar anak nama-nama ikan, macam mana nak pilih ikan segar dan jenama beras pilihan.
6. Untuk anak lelaki, ayah bawalah pergi masjid untuk solat, kuliah atau karnival masjid. Selain baik untuk pembentukan sahsiah dan dapat pahala, boleh juga kau rajinkan diri bergaul dengan masyarakat setempat. Tak adalah pak imam nanti jeling kau semacam.
7. Ayah haruslah peluk, cium, dukung dan bergurau dengan anak setiap hari. Biar anak rasa mesra dan tidak melarikan diri dari kau. Ini kalau sentiasa bengis, memanglah budak-budak itu nak melekat pada emak mereka saja.
Begitulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi. Lain-lain, kau boleh sesuaikan ikut situasi dan kreativiti masing-masing.
Mudah-mudahan anak-anak makin mesra dengan ayah dan emak pun dapat rehat serta ‘me time’ yang diperlukan.
sumber : Ahmad Affzan Abdullah
“Anak-Anak Pun Dah Besar” Rita Rudaini Tak Pernah Hasut Anak Benci Bapa!

Umum mengetahui kisah pergolakan pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil yang tidak berkesudahan. Lama berdiam diri, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya bila mana dia dipersalah malah menghasut anaknya untuk berjumpa bapa mereka.
Tambah Rita menerusi satu temubual, dia benar-benar kecewa malah tiada siapa yang mengetahui kepayahannya membesarkan dua anaknya, Rayyan dan Arjuna.
Bahkan kata Rita lagi, jauh sekali dia menghasut dua anak lelakinya itu untuk membenci bapanya.
“Yang korang nak sedih dan kesian tu, aku yang berpeluh-peluh bela anak daripada kecik korang kesian tak?
“Yang di sana sebut sikit nama terus kesian,” luahnya kecewa.
Dalam satu temubual kata Rita, dia paling terkesan bila mana anak pertamanya dituduh bukan anak kandung kepada bekas suaminya, Aidil.
“Satu benda yang saya akan ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain. Jadi jangan tengok anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat,” luahnya kecewa.
Tambahnya lagi, anak pertamanya iaitu Rayyan sendiri yang sudah tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka dek kerana terlalu lama tidak bertemu.
“Tiada masa saya nak hasut anak-anak. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa.
“Saya tak boleh nak paksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata hati, kena scan betul-betul,” jelasnya.
Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumahtangga pada 2008 namun berpisah pada tahun 2013. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan, 15 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon

Pelakon filem Pendekar Awang serta usahawan berjaya, Fattah Amin memberitahu tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidupnya selain keluarga. Prioriti utama adalah isteri, anak dan keluarga mereka.
Hal ini diakui Fattah melalui sebuah temuramah bersama Pa&Ma ketika ditanyakan apakah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Fattah juga tidak segan untuk berkongsi penghias wallpaper di telefonnya adalah foto Fazura dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
“Sudah tentu keluarga adalah nombor satu bagi saya. Ke mana-mana saya pergi, inilah wallpaper saya. Lama dah gambar ni, Fatima pun masih kecil lagi. Umur dia dalam dua tahun rasanya masa ni. Ini peneman saya, bila saya shooting ke kan, sebab kita kan selalu scroll phone.”
Fattah juga berkongsi bahawa dia dan Fazura akan berusaha sedaya upaya untuk luangkan masa bersama seisi keluarga meskipun kedua-dua mereka sibuk dengan tuntutan kerja.
Tonton video ini;
“Kalau boleh nak buat bersama, kami buat. Contohnya solat. Sibuk macam mana pun kami cuba cari masa untuk makan sekali dan layan anak sama-sama. Itu adalah satu cara untuk eratkan bonding kami sebagai suami isteri..”
Tonton video ini;
Watch on TikTok
Perkongsian Fattah ini sekaligus menjawab spekulasi tidak berasas yang mengatakan pasangan romantis ini mempunyai masalah dengan perkahwinan mereka sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, Fattah telah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Fazura pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikuriakan seorang anak iaitu Fatima yang kini menginjak usia empat tahun.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my