“Pernah Tak Tertanya-Tanya Kenapa Anak-Anak Syurga Ini Dipanggil Anak Istimewa? Ibu Ini Terangkan Sebabnya…

Share

Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.

Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu  melainkan dalam kadar kemampuan mereka.

Perkongsian ibu kepada Muhamad Syukur  mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.


Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda?
(Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)

Istimewa sebab
1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.

Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya.
(Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).

2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya.
(Special because they have hidden talent that we adult could not have).

3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja.
(Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).

4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak.


(Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)

Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive.
(When you are looking at your own kids, do think about it positively.)

Sumber: Facebook Hamidah Tajudin