
TambahMalang tak berbau kan. Biasanya kita mendengar kes anak ditinggalkan ibu bapa di dalam kereta kerana mahu keluar membeli barang. Akhirnya terkunci di dalam dan terpaksa dipecahkan tingkap atau memanggil pihak bomba untuk membantu membuka pintu.
Namun, situasi berbeza berlaku pada hos dan instafemes bernama Ameera Zaini. Anaknya terkunci di dalam kereta. Menerusi catatannya di dalam laman isntagram, Ameera memberitahu, dia keluar dari kereta dan mahu bergerak ke arah anaknya. Namun tiba-tiba kereta terkunci secara automatik.
“Dah sampai depan rumah dah pun. Mateen masih tidur dalam carseat, lepastu mommy turun nak angkat dia from the side where the car seat was placed, tapi pintu locked!,”tulisnya dikapsyen.
Tambah Ameera lagi, panik dengan situasi tersebut, dia berlari masuk rumah memanggil suaminya yang turut panik.
“Masa tu Meera plan kalau Mateen bangun nak pecahkan je cermin kereta (memang itu yang selalu Meera fikir setiap kali nampak case camni) lepastuuu Nasib baik teringat ada mobile apps yg boleh remote smart car via phone je and fuhhh legaaa. (Depends on car, lain kereta lain apps rasanya)
View this post on InstagramA post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on
Sumber” IG ameerazaini
“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.” Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Amalkan ayat kursi & yassin
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Allah tekan suis
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Sumber: Majalah Keluarga & IG haziq_hotfm
Stress Bila Kulit Muka Terlampau Berminyak, Boleh Selesaikan Dengan Mask Serap Minyak 2 Dalam 1, Confirm Lega!

Stressnya bila cuaca panas, kulit makin berminyak. Muka rasa tak selesa nak bermekap tebal. Lagi pula bila pakai produk yang tak kena dengan kulit, muka naik berjerawat. Makin tambah stress jadinya.
Kulit yang berminyak sememangnya buat kita rasa tidak selesa. Memilih produk-produk di pasaran juga sedikit sukar kerana bimbang kulit muka semakin berminyak.
Selain mengenakan kertas minyak dengan kerap ke muka, pemakanan yang tepat disertai dengan pencucian yang kerap menjadi pilihan untuk mengtasi masalah ini.
Jangan runsing kerana mencuba petua tradisional seperti menggunakan oat yang dapat menyerap minyak adalah langkah bijak dalam mengatasi kulit berminyak.
Pun begitu kalau anda rajin, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh Cek Ti di facebooknya. Nampak mudah dan paling penting jimat! Kosnya sikit je.
Cuaca panas macam sekarang ni memang tak best kan. Kulit cepat hitam, mekap luntur cepat sebab berpeluh dan paling tak tahan sekali kulit muka jadi berminyak, melekit dan baunya OMG . Boleh pengsanlah .
Bila dah macam ni, banyaklah masalah kulit akan timbul. Maka terhasilah petua Mask Skrub Serap minyak 2 in 1 ni.
Bahan bahan:
Aloevera
Oat
Beras
Kunyit
Garam
Susu
Masker skrub ni boleh dipakai dimuka dan dibadan tau. So sangat jimat.
Cara pakainya:
1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan dimuka dan badan. Lebih mudah pakai brush masker.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala skrub).
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.
Kenapa guna 6 bahan ni?
Aloevera – bertindak untuk kurang kesan burn
Oat -serap minyak
Beras -untuk skrub
Kunyit -kawal jerawat/jeragat
Garam -sebagai detox kulit dan buang resdung muka
Susu -memutihkan dan lembapkan kulit /buang lebam bawah mata
Selamat mencuba.
Kredit: Cek Ti
Bukan Mudah Nak Didik Anak Ini, Guru Buktikan 11 Pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka Cemerlang SPM, Catat 5,6 & 7A!

Secara fitrahnya, semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik dan bersih. Namun setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Bagaimanapun mereka berhak diberi peluang ke dua dalam hidup termasuk cemerlang dalam akademik Perkongsian facebook rasmi, Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan setiap insan itu boleh berubah amenjadi baik untuk cemerlang dalam hidupnya.
Difahamkan pelajar sekolah berkenaan meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang.”
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.”
Nyata, ini membuktikan biarpun pelajar-pelajar ini dulunya nakal dan jauh tersimpang dalam landasan hidup yang betul, hasil didikan guru, mereka boleh berubah menjadi lebih baik.
Keputusan cemerlang SPM itu menjelaskan bahawa jika seseorang itu berusaha untuk berubah pastinya akan berjaya.
Sumber: Sekolah Henry Gurney Melaka
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club