‘Pernah Tak Dengar Ada Rumah India Kacau Dodol Masa Deepavali. Kami La Tu…’ Nostalgia Lelaki Ini Tarik Ramai Perhatian Warganet, Rindu Suasana Dulu.

Share

Setiap antara kita punya kisah silam untuk di kenang. Ada yang duka dan ada yang manis. Sudah tentu ia akan dikenang sehingga hayat dikandung badan. Kenang itu yang akan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan masa kini.

Begitulah yang dilalui oleh saudara  Veera Saravanan menerusi grup Malaysiaku Dulu Dulu Official berkongsi coretan kenangana menyambut Depavali zaman dahulu. Kehidupan ketika itu dengan masyarakat penduduk setempat berbilang bangsa bagaikan sebuah keluarga.

Malah katanya, tidak lupa apabila rumah setiap kali menyambut perayaan Depavali, akan ada aktiviti mengacau dodol. Walaupun ia bukan amalan tradisi masyarakat India, ia dilakukan oleh keluarga. Kini, ia tinggal sejarah untuk kenangan manis, setelah pemergian ibu tercinta.

Lebih manis, perkongsian beliau telah menarik perhatian warganet yang turut berkongsi kisah manis masing-masing. Ada juga teruja dengan kisah yang dipaparkan ini.

Ikuti perkongsian ini.

Image via arezuera.blogspot.my

Boi kembali bercerita. Kali ni episod Raya Deepavali kat rumah kami. Mentang la raya esok. Amik mood sikit. Pernah tak dengar ada rumah India kacau dodol time Deepavali. Kami la tu.. Biasanya seminggu sebelum Deepavali, hari Ahad la selalunya.

Akan kedengaran suara panggilan pakcik Johar atau Abang Darus kat tingkap bilik saya. Boi tak bangun lagi, bertuah punya anak bujang, dia cakap. Pagi pagi dah sampai rumah kami. Pukul 8 dah start potong kayu api. Ada yang pasang khemah sementara pakai kanvas lori ikat kat pokok kuinin.

Rumah kita dulu dikelilingi pokok mangga. Sapa nak, amik free je. Mak takkan jual, buah tak jadi katanya.

Gotong royong masak 

So bermulalah kisah kacau dodol. Sebelum sarap dulu. Kopi O, thosai, kuah dall semua mak dah siap buat. Makan ramai ramai bawah khemah sambil pasang api. Nikmat tu. Sembang dan ajuk orang kampung tu paling best.

Pasang dapur dulu, level kan tanah. Lepas tu susun batu, susun kayu api. Start api pakai serabut kelapa ngan getah sekerap punya sampel. Getah leper. Kuali besor ngan godak kayu bawak dari Surau kat depan umah.

Start la. Semuanya buat sendiri. Petik kelapa, bukak kulit kepala. Parut sendiri, perah santan direct direct kat situ jugak. Didih santan, masuk gula.. Tepung dulu kira kampit, mau tujuh lapan kampit sekali kacau. Ketua chef bagi arahan je. Kita main tuang je. Bila dia kata cukup.. Cukup la. Jangan nak memandai. Godak punya godak, air sirap pun sampai.. Minum dan bergilir gilir godak. Penat..lepas tu panas bahang api lagi.

Semuanya ada proses, jaga api, jaga godak kuali, potong kayu, jaga angin dll. Team yang biasa buat dia tahu la kepentingan peranan masing masing. Tak akan hilang dari posting dia.

Makan tengahari pun ikut giliran 

Makan tengahari ikut shift. Nasi putih, lauk ayam, acar timun. Makan bawah khemah lagi.


Ada yang berehat tido bawah pokok kelapa sawit tadah kain sarong. Ni la tempat paling best tido. Sejuk semacam. Lagi la kalau penat.

Sambung bergodak lagi. Dah petang pun. Teh la pulak. Kena ngan biskut. Time ni dodol dah pekat. Kena gandakan usaha mengodak, kalau tak bergumpal dodol tak jadik.
Agak agak siap buat dodol ni time Maghrib dah. Masing masing settle kan apa yang perlu dan bersihkan kawasan masak. Dan balik sembahyang.

Sampai la sehari sebelum Deepavali, meriah suasana rumah. Kat division kami. Satu satunya famili India, kami la tu. Mula la rewang, potong bawang, kisar halia, potong ayam, potong kambing, potong sayur kupas bawang putih dan pelbagai aturcara lain yang akak akak jiran semua datang menolong.

Datang makan ramai-ramai

Tak pernah senyap la sehari sebelum raya. Pasang khemah depan rumah. Susun pokok bunga la, cuci keliling rumah, pasang lampu kelip. Semua nak kasi meriah punya pasal. Time kitorang baru sampai kat estet ni, tahun pertama Deepavali, sunyi sangat, maklumlah belum mesra ngan orang kampung. Sedih sangat. Tapi tu la last sekali Deepavali yang sunyi, lepas meriah setiap tahun. Hari sebelum Deepavali, Hari Deepavali, raya kedua mesti ramai pengunjung kat umah. Mak jenis yang nak pastikan semua orang mesti puas hati makan.

Orang kampung lain adap dia, datang makan ramai ramai, segan kalau datang sorang. Lepas tu dia siap kemaskan rumah kita. Kalau skali kena ambush, takde tempat nak jalan kat rumah. Duduk la dia kat mana mana. Buat macam rumah sendiri. Seronok kita, isi balang kuih, isi kuah kari, sajikan thosai ngan idly yang mak buat, layan bunyi keronyok murukku. Bila dah balik semua, sunyi je rumah. Layan pesta Deepavali kat TV2.

Ni semua dah tinggal kenangan manis sekarang . Mak pun dah jadi arwah. Suasana Deepavali dah tak macam dulu lagi. Tak pernah sama la kalau nak dikatakan. Ibu ni tonggak yang memegang keeratan keluarga. Balik kampung tak sama rasa dia macam dulu. Tahun ni lagi la, semua adik beradik raya di rumah masing masing. Amalkan PKPB dengan betul.

Ok buat setakat ni bercerita minggu ni. Selamat Hari Deepavali semua.
Salam Ikhlas.

 Sumber: Veera Saravanan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster