Cabaran yang dihadapi setiap keluarga susulan pandemik Covid19 memberi kesan pada ekonomi dan pendapatan isi rumah. Ini memang tidak dapat dinafikan dan impaknya begitu hebat, lebih-lebih lagi bagi golongan bawahan dan berpendapatan rendah. Apatah lagi andai turut mengalami tempoh kuarantin dengan memakai gelang pink, pastinya sukar untuk mencari rezeki dalam tempoh tersebut.
Pun begitu, tahukah anda untuk meringankan beban yang ditanggung di kalangan keluarga B40, sekiranya pernah diarahkan untuk melakukan kuarantin dengan memakai gelang pink, anda sebenarnya boleh menuntut RM50 sehari.
Caranya bagaimana, ini dikongsikan oleh Najmi Farisham untuk info bersama. Ini Perkongsiannya.
Aku tak tahu kalian dah tahu ke belum pasal benda ini.
Sekiranya kalian dah pernah pakai gelang pink dan diarahkan untuk melakukan kuarantin, kalian layak untuk membuat tuntutan MySalam tau.
Tak kisahlah kuarantin itu di rumah sendiri ke, di hospital ke atau di pusat kuarantin.
Asalkan kalian memang diarahkan oleh pihak kesihatan bersama surat hitam putihnya. Keputusan positif atau negatif, mereka tak nak tahu pun.
Dapatlah juga RM50 sehari, mereka bayar.
Tuntutan MySalam ini layak buat mereka yang tergolong dalam kalangan B40. Walau apapun, boleh semak kelayakan di sini dulu ya.
https://www.mysalam.com.my/b40/info/
1. Kalau layak, terus log masuk ke portal. Jika ini first time login, pilih Log Masuk Kali Pertama.
2. Kalian pilih kolum Tuntutan.
3. Kemudian Penyerahan Tuntutan.
4. Seterusnya Tuntutan Hospitaliti.
5. Ha, isilah segala maklumat yang mereka minta di situ.
6. Untuk Nama Hospital, kalian pilih nama hospital tempat dikuarantinkan tempoh hari. Jika kuarantin di rumah, pilih Non Panel Hospital.
7. Lepas itu, kalian kena muat naik gambar kad pengenalan bersama surat sokongan. Jika masuk hospital, surat discaj hospital. Jika kena kuarantin saja, surat pihak kesihatan yang mengarahkan kalian menjalani kuarantin. Yang ini penting.
8. Selepas itu, tekan hantar ya.
Mohonlah tuntutan ini segera. Paling kurang, dapatlah memberikan sedikit kegembiraan dan bantuan buat diri kalian dan keluarga di bawah tanggungan.
Itulah.Semoga bermanfaat.
Sumber : Najmi Farisham
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club