Pernah Merajuk Dengan Datuk K, Tapi Begini Rupanya Cara Tok Ti, Sopannya!
Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan bahagia hingga ke hujung nyawa. Lantaran itu, bagi memastikan hubungan suami isteri itu bahagia sudah pastinya ada cara dan tip untuk kekal keharmonian rumahtangga.
Bagi yang sudah lama dan baru berkahwin, tidak boleh culas untuk mencari ilmu membahagiakan pasangan.
Menarik dengan hantaran terbaru penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi mengenai tip bahagia suami isteri yang menjadi amalannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian LIVE berkenaan Siti berkongsi mengenai tip supaya suami makin sayang.
Katanya dalam sebuah rumahtangga untuk kekal bahagia perlu ada beberapa yang perlu ada dalam diri suam isteri iaitu antaranya sikap saling hormat, saling memahami, menerima kelemahan dan kekurangan pasangan.
Dia juga menegaskan bahawa pentingnya komunikasi dengan suami isteri.
“Jika suami tengah marah, kita pun jangan marah jugak walapun geram kena sabar.
“Jika sama-sama naik, masalah tidak boleh diselesaikan. Bgi suami ‘bising’ dulu, bila dah sejuk, cari masa yang sesuai.
“Orang yang marah dia suka bercakap sesuka hati dan bertindak diluar ketenangan. Tunggu dia cool dulu.
Ads
“Atau jika susah nak cakap, kita guna whatsapp. Untuk bagi tahu apa isi hati kita. Letak icon manja-manja atau lagu percintaan.
MERAJUK, MUNCUNG DUA INCI TAPI SOPAN!
Dalam pada itu, Siti juga mengakui pernah merajuk dalam tempoh perkahwinannya. Namun dengan tenang dia memberi penjelasan bahawa dia mempunyai cara tersendiri.
Katanya cara merajuknya dengan mendiamkan diri. Diam adalah cara terbaik dalam rumahtangga. Namun apabila suami memanggil tetap dituruti untuk mengelak sebarang konflik. Katanya caranya itu berhasil apabila suaminya memujuk bila dia diam seribu bahasa.
“Saya merajuk. Tapi cara saya diam. Ia adalah cara terbaik. Tapi bila kena panggil, pergi juga. Tapi saya akan diam. Akhirnya akan pujuk saya. Mucung jugak dua inci, tapi tak panjang,” Katanya dalam nada berseloroh.
LAUK SIMPLE DATUK K SAMBAL BELACAN DAN IKAN GORENG
Ads
Siti juga menambah dalam memastikan suami semakin sayang, jangan lupa memasak makanan kegemarannya.
Menurutnya, Datuk K , lauk yang akan menggembirakannya adalah sambal belacan dan ikan goreng.
“Air tangan isteri itu penting. Masak simple-simple pun boleh buat suami ‘happy’.
“Datuk K senang aje, Ada sambal belacan, ikan goreng dah cukup buat dia happy.
“Tapi tak akan nak masak lauk tu hari-hari itu. Kena juga belajar memasak. Kena tahu apa yang suami suak dan belajar juga dari mertua.
DATUK K PANGGIL KETIKA LIVE
Dalam tempoh Siti dengan berkongsi tip kebahagiaan rumahtangga, Datuk K menegur, dengan spontan beralih perhatian kepada suami. Tapi gelagat Siti memang mencuit hati.
Ads
“Ya Sayang. Ok Darling.” Sahut panggilan suami sambil membuat mimik muka yang comel.
Sementelah itu, Siti menjelaskan bahawa dalam rumahtangga kena ada ‘lawak-lawak’ untuk mewarnai rumahtangga.
Sebelum mengakhir LIVE Siti mendoakan peminatnya diberikan kebahagian dalam rumahtangga.
Memiliki keluarga bahagia adalah kunci rumahtangga itu hidup dalam suasana yang harmoni. Tambahan pula kehadiran cahayamata penyeri buat pasangan suam isteri.
Namun, ada pasangan yang cepat mendapat zuriat dan ada yang sebaliknya. Sudah pastinya pelbagai usaha dilakukan agar mendapat cahayamata buat penyeri rumahtangga.
Begitulah yang dilalui oleh pasangan ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana menerusi facebooknya.
Biarpun isteri menolak untuk menggunakan kaedah Persenyawaan in vitro (IVF) atas kerisauan bajet dan kejayaan kaedah ini, beliau tetap setia dan mendoakan agar dikurniakan zuriat. Akhirnya doa pasangan ini dimakbulkan setelah 9 tahun berkahwin mereka dianugerahkan sepasang kembar.
Siapa sangka berkat sabar dan sentiasa membahagiakan pasangan, akhirnya ‘rezeki’ datang jua walaupun lama menunggu.
Ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi.
Hari ini genaplah anak saya berumur 1 tahun. Pejam celik cepat je masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam saya dan isteri berbual pasal nak dapatkan anak.
Masih segar dalam ingatan saya. Malam tu saya menyatakan hasrat yang saya teringin nak ajak wife untuk cuba jalani rawatan IVF.
Dengan selamba isteri saya cakap. “membazirlah B, kan duit tu kita boleh gunakan untuk perkara lain”
Tipulah kalau saya tak tersentak dengan kata² tu. Almaklum dah hampir 9 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mestilah saya berhasrat untuk ikhtiar.
Malah saya cuba meyakinkan isteri masatu.
“Duit kita boleh cari, tapi untuk dapatkan anak. Belum tentu kita boleh dapatkan?.”
Isteri saya membantah lagi sekali.
“Ye tahu kita mesti cuba, tapi belum tentu kita buat terus jadikan, kalau tak jadi rugi je bayar dah la mahal. Baik duit tu kita buat pergi umrah. Doa depan Kaabah.”
Saya agak hampa dengan jawapan tu.
Sebagai seorang suami yg bekerja berhempas pulas.
Saya yakin saya mampu untuk cari duit sebanyak tu untuk mencuba asalkan kami boleh dapat zuriat sendiri.
Setelah mendapat respon yg agak mengecewakan. Malam tu saya cuba mengasingkan diri dari isteri.
Biasalah merajuk orang laki.
Dalam hati saya beranggapan isteri saya tak serius untuk dapatkan anak walau telah hampir 9 tahun menunggu.
Saya pun ambil bantal dan baring depan tv.
Saya bagi alasan nak tunggu tengok bola start. Padahal dalam hati sebenarnya saya amat kecewa. Tapi saya jarang tunjuk depan isteri saya apa yg saya rasa.
Naluri seorang isteri memang takkan dapat dipisahkan. Beliau dapat merasakan yg saya sedang merajuk.
Malam tu lebih kurang jam 2 pagi isteri saya kejut ajak saya masuk bilik.
Saya pun pura² mengatakan tunggu game bola pukul 2.45 pagi.
Tak lama lepastu isteri saya peluk saya erat².
Kemudian melutut dihadapan saya.
Dia mintak maaf, buat saya terasa hati katanya. Saya hanya diam dan pura² tak tahu.
Tak lama lepastu isteri saya dengan bersungguh bercerita. Dia mengatakan sebagai seorang isteri. Siapalah yg taknak anak. Semua orang nak anak. Cuma dia taknak saya membazir.
Saya pura² keraskan hati. Biasalah, nama pun lelaki. Dalam rumah tangga, mesti ada pasang surut. Mana ada orang bahagia 24 jam. Mesti akan ada waktu yg mereka akan tergelincir sekejap.
Tak lama berselang, saya lihat isteri saya menangis sebab saya tak layan dia. Dia masuk bilik dan ambil Alquran. Dia halang pandangan saya dari lihat TV. Tak lama lepas tu dia letak Alquran di hadapan saya.
Sambil memegang Alquran Isteri saya berkata.
“Demi nama Allah.
Sesungguhnya saya memang nak sangat anak. Tetapi belum rezeki kita.
Tolonglah faham, bukan saya taknak anak. Cuma taknak kita bazir duit.”
Setelah melihat kesungguhan isteri memujuk hati saya. Barulah saya yakin dengan kata2 beliau walau ada sedikit merajuk lagi.
Saya tanya dia. “Betul ni? tak main².”
Isteri saya bangun dan peluk saya. Mana mungkin nak main² hal macamni.
I sendiri memang nak sangat anak. Tapi I kan dah operate. Doktor cakap dalam tempoh 2 tahun ni kita akan dapat anak. Kita sabarlah sikit. InshaAllah dalam masa terdekat kita akan dapat anak.
Allahuakbar.
Malam tu sedikit sebanyak membuat hubungan kami semakin erat. Saya pun bangun dan ambil semula bantal dan masuk ke bilik.
Tak lama lepastu isteri perli saya. “Bukan ke tadi u nak tengok bola, pergilah baring dekat depan tu.” “tak apalah, bola tu bila² boleh tengok.”
Sesungguhnya, Allah maha mendengar. Apa yang diperkatakan oleh isteri dihadapan Alquran. Benar² terjadi.
HAMIL
5 minggu berselang.
Isteri saya pulang dari kerja.
Beliau bersalaman dengan saya yg berada depan tv dan terus masuk ke bilik mandi.
Saya macam biasa. Malam minggu wajib tonton EPL dulu. Tak lama berselang isteri keluar dengan towel dalam keadaan menggigil.
“Cuba U tengok ni”
Dia tunjuk pregnancy test ada 2 line.
saya agak terkejut dan happy sekejap.
Saya pun pura² cakap.
“Nanti call lah adik u tanya. Betul ke mengandung kalau macamtu.
Kadang benda ni bukan boleh percaya sangat.”
Saya pura² menenangkan keadaan.
Sebab taknak terlalu berharap.
Kalau tak ada nanti kesian pulak wife.
Wife saya pun menghubungi ahli keluarganya memaklumkan keadaan tersebut.
Saya pun dengan pantas pura² nak mandi jugak. Masuk je bilik air. Bukak pancu4 air tu laju-laju. Selaju mana air tu jatuh. Selaju itulah airmata saya mengalir kegembiraan.
Hanya Allah yg tahu masa tu.
perasaan setelah kian lama menunggu.
Keesokannya saya pergi kerja macam biasa.
dalam pukul 12 tengahari macamtu isterinsaya call mengatakan yg beliau disahkan hamil 5 minggu.
Sekali lagi airmata jantan ni mengalir baq hang. Tapi terpaksa cover².
takot kawan tempat kerja nampak saya menangis kegembiraan.
Setelah pulang ke rumah.
Perkara pertama sekali saya cakap dengan isteri. Berhenti kerja dan saya cakap saya akan tanggung semua perbelanjaan rumah selepas ni.
Sebelum ni bukanlah tak mampu tanggung semua. Tapi isteri bekerja sebab nak hilangkab bosan tinggal dirumah sepanjang hari.
Doa seorang isteri yg bersungguh² untuk memujuk hati suaminya.
Allah makbulkan.
Bukan 1 anak tuhan bagi.
sepasang sekali gus.
Alhamdulillah, berkat bersabar.
Akhirnya Allah beri tepat pada waktunya.
Tanpa perlu jalani rawatan ivf. Kami dapat anak secara normal. Berkat doa seorang Isteri yg sentiasa bersabar.
Sekarang kedua² anak ni lah yg meneman isteri saya dirumah saat saya terpaksa berjauhan. Dan isteri tak lagi rasa sunyi sebab dia sebuk uruskan kedua² doktor yg sedang membesar ni.
Saya redha saya kurang diberi perhatian.
Asalkan perhatian untuk kedua² anak saya di beri secukupnya. Saya taknak anak² saya kurang kasih sayang.
Dan terima kasih saya ucapkan kepada yg menyumbang hadiah basikal untuk kedua² anak saya dan yg telah menyumbang duit untuk saya beli kek kepada mereka.
Semoga murah rezeki anda semua.
Dan saya berharap buat insan diluar sana yg masih belum dikurniakan anak.
Jangan putus harap.
teruskan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin Jangan pernah berputus asa dalam berdoa, in shaAllah, Allah kabulkan…
Cepat atau lambat pasti hadir.
Kes viral mengenai suami influencer yang berkahwin dua turut membuatkan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri terkesan.
Memahami keadaan sukar itu, Datuk Aliff turut menyifatkan mereka yang bermadu dan dimadukan adalah wanita hebat.
Malah menerusi perkongsiannya di TikTok, bapa kepada enam cahaya mata ini juga
berkata tiada wanita di dalam dunia ini boleh menerima dirinya dimadukan oleh suami mereka keran perkara itu teramat melukai hati mereka.
“Poligami tak haram sebenarnya, cuma poligami ni amat memedihkan dan menyakitkan oleh wanita.
“Tak ada wanita pun dalam dunia ni nak terima dirinya dimadukan. Sakit, pedih. Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima.
“Jadi kepada wanita dekat luar sana, nasihat saya untuk mereka yang bermadu dan berjaya dimadukan, anda seorang wanita yang hebat,” katanya.
Datuk Aliff juga turut menasihatkan pada suami diluar sana agar setia dengan isteri kerana bukan mudah untuk berkahwin lebih dari satu.
“Tak semua wanita itu mampu untuk melalui detik ini, jangan kita pandang benda ini semudah oh senangnya jadi madu orang, mudah jadi isteri nombor dua.
“Nasihat saya kepada anda lelaki kat luar sana, kalau boleh setia satu isteri, kita setialah. Nak jaga dua isteri bukan senang.
“Satu pun ada banyak masalah apatah lagi dua. Tapi jodoh itukan hak milik Allah, siapalah kita untuk menidakkannya.
“Dalam Islam sendiri pun mengatakan berpoligami itu dibolehkan cuma kenalah ada syaratnya, kalau rasa duit cukup, tenaga zahir dan batin tu cukup barulah boleh,” katanya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bagi ibu-ibu terutama wanita yang bekerjaya, menyediakan menu berbuka setiap hari untuk anak-anak pastinya menyulitkan. Bila dihujung puasa, ibu mula buntu memikirkan apakah menu yang harus di masak.
Tip paling berkesan bagi menghilangkan rasa buntu dan bosan ini adalah merancang jadual menu setiap hari. Confirm ibu-ibu tak ter’miss’ jadual. Paling penting tak buntu menu apa yang hendak dimasak.
Menjelang Ramadan, apa yang ibu wajib lakukan adalah menyediakan 30 resipi lengkap, khusus untuk sebulan berpuasa. Amalan ini sepatutnya telah lama diamalkan. Cara ini bukan hanya lebih mudah bahkan tidak perlu pening kepala dan buntu setiap kali hendak memasak.
Jika anak-anak gemarkan satu-satu menu itu sahaja, kekalkanlah menu itu dengan kerap dan hanya tambah menu selebihnya untuk ahli keluarga lain. Ini pasti membantu variasikan hidangan pada hari itu. Bagaimana membuatnya?
Ikuti tip dan panduan serta beberapa jenis menu yang dirasakan menarik untuk anda cuba.
Senaraikan Menu Anak
Pertama sekali senaraikan menu anak terlebih dahulu. Ayam Goreng, Ayam Masak Kicap dan Sup Ayam misalnya pasti menjadi menu wajib dan kegemaran anak-anak bukan?
Keluarkan kesemua menu ini dan letakkan pada carta teratas. Ini penting supaya mengingatkan akan kepentingan menjaga rasa dan kepedasan berbeza untuk dihidangkan kepada anak-anak nanti.
Makanan Kegemaran
Seterusnya senaraikan makanan kegemaran anda dan suami pula serta seluruh isi keluarga lain. Senaraikan 10 jenis makanan suami dan 10 lagi makanan kegemaran anda. Ini penting bagi mengetahui apa jenis makanan yang patut didahulukan dan apa makanan yang patut di berada di bawah carta.
Cipta Resipi
Setelah semua resipi anak-anak dan kegemaran dan suami sudah dilengkapkan, selebihnya barulah anda cari resipi baru, terkini atau boleh juga mencuba resipi viral di internet. Resipi baru pasti buat anda teruja untuk mencuba. Malah suami dan anak-anak pun tidak bosan.
Ulang Resipi
Selebihnya barulah anda ulang semula resipi terdahulu, baik yang menjadi kesukaan anak-anak mahupun suami. Cara ini pasti membuatkan ahli keluarga tidak bosan menghadap menu yang sama. Malah yang paling penting, anda sendiri tidak buntu memikirkan apakah yang bakal dimasak setiap hari.
Rangka Jadual Lengkap
Lakukan senarai seperti di bawah ini dengan menyenaraikan sekali mengikut nutrisi. Tidak perlulah berlebih-lebihan mengira jumlah kalori dan sebagainya. Cukup hanya ada menu utama, sayur dan sedikit tambahan pelengkap makanan.
Jika perlu letakkan sekali air kesukaan anda. Lakukan senarai ini sehingga 30 hari. Percayalah ia sangat membantu anda.
Buat rangka jadual ini sehingga ke 30 hari dalam telefon bimbit. Kalau rajin siapkan lengkap dengan menu bersahur sekali. Senang mama nak semak dan ikut saja.