Masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutamanya membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar.
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan kes seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemui mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya kerana tidak dapat menerima beban kerja yang banyak.
Demikian juga kes ibu beranak 6 yang juga seorang guru mempunyai masalah kemurungan ditemui mati lemas.
Itu bukanlah kes yang pertama, bahkan sebelum ini ada kes cubaan bunuh diri oleh guru.
Mengapakah ini berlaku. Adakah disebabkan oleh bebanan kerja semata-mata atau ada faktor lain?
Seorang wanita bernama Wanney Kie dalam perkongsiannya di laman facebook memberitahu tekanan kerja dan kehidupan rumah tangga akibat perkahwinan jarak jauh (PJJ).
Dia yang bertugas sebagai guru terpaksa berjauhan dengan suami kerana permohonannya untuk bertukar tidak mendapat kelulusan biarpun lebih 6 kali mengisi permohonan tersebut.
Pernah saya menangis dalam kereta macam orang gila lepas hantar suami naik bas. Waktu kami PJJ. Selalu! Kadang2 ank saya tengok saya menangis, dia pun turut menangis..meraung.
Bila dia meraung, saay terus berhenti menangis..sebab fokus pujuk dia. Kadang kami nangis sama2.
Pernah saya menangis ketakutan bila ada orang yang tak dikenali ekori kereta saya. Sampai satu masa saya tengok orang yang tak dikenali (jiran) senyum pun saya takut!
Pernah saya menangis sebab tertekan. Dengan tugasan di sekolah. Saya guru baru..tahun pertama mengajar, macam2 yang saya tak tau dan tekanan tu tak mampu nak cerita..itu belum lagi time dengar Nazir nak datang memantau.
Kadang2 saya menangis di talian mengadu kat suami smpai sakit kepala! Last2 tertidur Pernah dulu rasa sangat penat! Bila terpaksa ulang alik ke kampung (time anak di kampung) dengan angkat stok susu untuk anak bawak naik bas.
Ads
Jiwa tak tenang takut susu rosak. Itu belum lagi kalau mak bagitau anak tak sihat. Allah!
Pernah saya balik kampung hari rabu lepas sekolah terus cari tiket bas sebab anak masuk hospital. Sekolah khamis jumaat?? Saya dah tak kisah orang atas nak cop saya apa.
Janji saya dapat tengok anak saya. Sampai satu masa saya rasa saya sangat sedih, tertekan sebab suami dan anak duk jauh. Saya buat keputusan bawa anak ke sini.
Pernah saya menangis sambil dukung anak, panjat tangga rumah tingkat 4 setiap hari dengan bawak beg laptop dan barang2 anak..itu belum lagi tambah kalau beli barang dapur.
Saya tambah lagi, bab parking. Kadang2 bab parking boleh buat stress skala 7. Kita duduk menyewa rumah flat..jangan mimpi nak ada lot parking sendiri. Yang pernah duduk kawasan flat Kl, tau la macam mana azabnya nak dapat parking.
Balik sekolah dekat pukul 7. Sah2 la tempat parking semua dah penuh. Selalu sangat sampai sejam pusing2 cari parking. Kadang2 dah pukul 8 baru naik atas rumah. Boleh bayang tak stres tu macam mana. Time menangis dalam kereta tu takyah cite la.
Memang air mata saje lah..time2 macam ni memang kita akan terbayang “kalau suami ada bersama aku kan best..” Lepas anak datang tinggal dengan saya, suami pulak berulang alik datang ke sini. Dua minggu sekali.
Ads
Bila kau PJJ, memang kau kene hadap soalan “eh, minggu ni suami datang ke?” “Eh..minggu lepas suami ko tak datang kan?” Dan sebab itu la bila orang tanya memang saya akan jawab suami saya datang tiap2 minggu! Sebab saya rasa tertekan! Dengan macam2 mulut orang.
Sedang org tak tahu kewangan keluarga kita Itu belum lagi tekanan saat kau sakit, tapi kau masih kena buat segalanya sendiri. tapi saya bertuah sebab jumpa keluarga pengasuh yang baik dan layan macam keluarga sendiri..
Saya masih ingat, saat saya mengandungkan anak saya..berjauhan dari suami dan hanya menyewa bilik berkongsi dengan orang-orang yang saya tak kenali.
Setiap hari adalah tekanan bagi saya. Saya melalui fasa kehamilan tanpa suami di sisi. Kesakitan dan kepayahan saya lalui..hanya ditemani adik dan orang-orang yang tidak saya kenali.
Kalau nak tulis semua, saya rasa pengalaman saya tak seberapa berbanding kawan2 yang PJJ dengan suami dan anak..sebab ada yang lebih lama daripada saya.
Tapi kalau bagi duit beribu pun saya tak sangup. Sebab TEKANAN tu sangat besar. Sungguh saya terkesan bila baca kes guru ditemui meninggal di tepi pantai. Ya. Dia ada masalah kemurungan.
Ads
Guru yang masih muda, punyai anak 6 org yang masih kecil dan tinggal berjauhan daripada suami. Allahu..
Saya doakan semoga kawan2 saya yang PJJ akan dapat tinggal bersama secepat mungkin.
Mohon orang atasan, bila melibatkan kes kakitangan yang PJJ ni, mintaklah budi bicara tinggi sikit. Dengar masalah mereka..ringankan beban mereka.
Jangan pula hari yang sepatut cuti, hari yang sepatut mereka pulang jumpa keluarga, diberi pula tugas..kalau tak buat atau tak datang, kena tindakan. Jangan lah macam tu..
Saya sendiri rasanya lebih 6 kali isi egtukar. Tp tak berjaya. Sebab memang hebat lah kalau kau dapat masuk ke kelantan. Tapi nasib saya agak baik. Suami saya bukan seorang guru. Jadi sistem pertukaran tu berbeza dengan guru.
Saya ingat lagi perbualan saya dengan suami di talian selepas keputusan egtukar keluar. Keputusan seperti biasa.. itu kali terakhir saya mengisi egtukar..dan saya bgtau dia.
“SAYA TAK KISAH DUDUK DI MANA-MANA PUN ASAL AWAK ADA DENGAN SAYA” Dan Rezeki suami saya di tukarkan ke sini. Allahu..
Ini antara pengalaman yang masih saya ingat..kalau nak senarai semua rasanya memang takkan mampu..
Pastinya ramai yang mengenai pengacara dan pelawak, Johan dan isterinya pelakon, Ozlynn yang sentiasa menarik perhatian peminatnya.
Muat naik mengenai kisah keluarganya sentiasa meraih perhatian termasuk hubungan suami isteri dan anak-anak.
Antara perkongsiannya yang mendapat perhatian adalah mengenai kejayaan anak sulungnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di luar negara.
Malah seorang warganet menerusia facebooknya, Siti Suryani Yaakop kagum dengan kisah keluarga selebriti itu. Dia telah mengulas mengenai kisah keluarga itu dari kaca matanya sehingga mendapat pelbagai pandangan dikalangan warganet.
Nyata, keluarga selebriti Johan- Ozlynn begitu inspirasi!
SAYA KAGUM CARA JOHAN OZLYNN DIDIK ANAK
Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai.
Tu lebih saya kagum lagi.
Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan.
Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake.
Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.
Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyak emosi dalam setiap famili tu bagi saya adalah normal.
Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai susuk seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia.
Dan konsisten. Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali.
Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik. Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak.
Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun dia tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa. Marah yang ada sebabnya. Tegur yang ada tujuannya. Sempoi yang ada batasnya.
Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah. Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita.
Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena. Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika.
Bahasa ringkasnya.
Cakna.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Mac yang lalu, pasangan selebriti Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan yang diberi nama yang cukup indah dan sedap maknanya iaitu Sumayyah binti Mohd Syamsul. Sebelum ini, pasangan tersebut telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam.
Baru-baru ini, Syamsul Yusoff menerusi laman instagramnya ada memuat naik gambar terbaru anak-anaknya. Perkongsian tersebut mendapat maklum balas daripada netizen, rata-rata memuji wajah comel dan segak anak pasangan tersebut.
Malah ramai mengakui anak kedua pasangan ini mirip Syamsul Yusoff. Tak kurang juga yang mengatakan Sumayyah adalah kombinasi wajah Puteri Sarah dan juga Yusoff.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang kes Puteri Sarah Liyana yang telah memfailkan tuntutan talak terhadap suaminya, Syamsul Yusof, ramai yang bersetuju bahawa ianya telah banyak membuka mata dan jalan bagi golongan wanita terinaya lebih-lebih lagi yang ditinggalkan suami tak bertali.
Baru-baru ini, Syamsul Yusof yang enggan melepaskan Puteri Sarah dan memilih untuk berdamai membuatkan pelakon wanita tersebut memilih untuk melantik hakam sekiranya Syamsul masih berdegil untuk melepaskannya.
Bagi sesetengah pengikut yang mengikuti kisah mereka ini, perkataan hakam’ adalah sesuatu yang baru. Mungkin bagi yang kurang arif, mereka pasti akan buntu apabila suami enggan melepaskan selepas permohonan cerai dibuat.
Seorang bekas peguam yang banyak membantu memberi penjelasan kepada pelayar Tiktok sepanjang prosiding Puteri Sarah ini berlangsung, sekali lagi tampil membuat penjelasan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan dalam kes ini.
Menurut Reina Lum, “Hakam adalah prosiding melibatkan orang tengah. Hakam bukan sesiapa je you boleh pilih”
Reina Lum yang pernah mempunyai pengalaman sebagai peguam turut menjelaskan lebih lanjut tentang konsep Hakam.
Ringkasnya, hakam boleh diaplikasikan sekiranya suami masih enggan lafaz talak walaupun sudah ada aduan dan pembicaraan dibuat di mahkamah.
Biasanya Hakim akan melantik ibu bapa kepada suami isteri itu (atau sewaktu dengannya) untuk menjadi hakam bagi berbincang lagi tentang kemelut yang berlaku.
“Hakam is a good things… You bincang tapi dengan campur tangan keluarga.”
Jika proses perbincangan masih gagal juga, saat itulah hakam berhak membuat keputusan untuk melafazkan talak. Kemudian, mereka boleh membuat laporan dan hantarkan ke mahkamah untuk mengesahkan status perpisahan tersebut.
“Sarah sangat bertuah sebab ada duit, boleh lawan. Kalau orang biasa takde ilmu, masakkkkkk!”
Perkongsian bekas peguam ini telah meraih hampir setengah juta tontonan dan mendapat respon baik netizen.
Sekali gus membuka mata mereka terhadap cabang melibatkan ilmu-ilmu syariah.
Ramai berterima kasih kerana sepanjang perbicaraan Puteri Sarah berlangsung, netizen belajar banyak istilah baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.