Masih ingatkah kita dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu?
Hari ini, Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kini berusia 13 tahun sudah pun dapat kembali ke sekolah selepas hampir setahun kejadian itu berlaku.
Perkembangan terbaru kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Asyifa Ghazali di laman TikToknya yang turut meluahkan rasa syukur apabila Darwisy sudah memulakan sesi persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1, baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas 336 hari adik Darwisy hari ini mula bersekolah.
“Kepada tuan puan yang selalu tanya tentang adik Darwisy, tnya khabar adik Darwisy terima kasih banyak-banyak ya tuan puan semua,” ujar Asyifa.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Darwisy dilihat cukup tenang dan semakin sihat berjalan ke sekolahnya.
Kanak-kanak itu sebelum ini pernah mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan.
Malah, Darwisy yang ketika itu berusia 12 tahun terpaksa ditidurkan kerana kritikal akibat daripada kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat Darwisy bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi serta memulihkan kesan lecur.
@eyfaghazali2696 alhamdulillah selepas 336hari adik darwisy hrini mula brsekolah kembali..kepada tuan puan..yg selalu tnya tentang adik darwisy..tnya khabar adik darwisy terima kasih bnyk2 ya tuan puan semua..🫶🫶 #adikdarwisytnb ♬ bunyi asal – Asyifa Ghazali
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my