Pernah Kena Sindir Jual Kuih, Tak Patahkan Semangat Pemilik Kueh Untuk Berjaya!

Share

‘Ala meniaga kuih je pun, ini makanan tepi jalan je, ala bape sen je sangat’

Itulah ayat keramat yang diterima oleh CEO Kueh Cafe, EN Ezwan Mohamad Zain Ketika baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan siapa sangka, dengan menjual kuih inilah menjadikan perniagaannya kini sudah memasuki tahun ke-6!

Menurut bapa tunggal yang berusia 43 tahun ini, pencapaian terbesar baginya apabila perniagaan Kueh Cafe bukan sahaja dikenali ramai iaitu dalam kalangan penduduk Shah Alam sahaja, malah ada juga pelanggan yang datang dari negeri Johor, Melaka dan Perak.

Bagi yang belum menjejakkan kaki ke sana, Kueh Cafe membawa konsep tradisional tapi mengenakan rekaan hiasa berbentuk moden. Di sana, anda akan disajikan dengan 40 jenis kuih yang berbeza, dan antara yang paling mendapat sambutan adalah roti jala di mana anda boleh makan panas-panas seusai masak, malah anda juga boleh tengok sendiri cara penyediaannya di sudut roti jala! Menarik kan?

Bukan cuma itu, bagi yang ingin singgah untuk makan tengahari, ada juga pilihan makanan berat disediakan seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi hujan panas, laksam, mee kari, dan banyak lagi!

Konsep sahaja tradisional, tetapi untuk pilihan air Kueh Cafe tidak ketinggalan untuk  mengikut trend iaitu menyajikan pelbagai pilihan kopi. Tetapi, apapun tetap tak boleh kalah dengan teh tarik yang sentiasa hot menjadi menu yang sentiasa hot selling!

Sudahlah sibuk dalam menguruskan perniagaan Kueh Cafe, perlu menjaga anak seorang diri. Bagi Ezwan, dia seorang yang akan mengasingkan masalah ketika di tempat kerja dan juga peribadi.

“Sudah pasti setiap perniagaan tu ada pasang surutnya. Saya jadikan ia sebagai cabaran. Think positif dan ambil langkah positif dengan dalam masa sama tak campur aduk masalah kat rumah,” katanya dipetik dari video Familiku D’Boss.

Jom saksikan video penuh tentang kehidupan CEO Kueh Cafe dalam menguruskan perniagaannya dan kisah peribadinya dalam membesarkan anak.