Kisah tragis arwah Adik Adam Rayqal yang meninggal dan mayatnya disembunyikan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya baru-baru ini mengejutkan masyarakat. Pembunuhan kejam itu bukan sahaja mendapat respond dari masyuarakat bahkan selebriti juga tak kurang melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan kepada ibu bapa malang ini untuk bangkit kembali.
Terbaru salah seorang ahli kumpulan UNIC iaitu Bazli mengunjungi keluarga Arwah adik Adam Rayqal. Dalam kunjungan tersebut, dia menghulungkan hasil kutipan daripada sumbangan orang ramai.
Menurut Bazli, dek rasa simpati kepada keluarga ini menyebabkan dia, isterinya serta tim amalaofficial
tergerak hati untuk mengiklankan di dalam media sosialnya mengenai kutipan tersebut.Niat yang baik sentiasa dipermudahkan dan itu terbukti bila mana mereka berjaya mengutip sebanyak RM11430.00.
Jika kita nak rasa bahagia, carilah kebahagiaan tu dgn cara membahagiakan org lain. itulah yang kami kami belajar dalam pertemuan ringkas malam tadi bersama keluarga tersayang Adam Rayqal, saudara sufi dan farah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah pemberian wang sumbangan org ramai kepada keluarga kecil mak ayah anak syurga Adam Rayqal. .
.
Pelbagai perkongsian dapat kami dengar dari mak ayah Adam Rayqal. Sebak, sedih dan pilu menyelubungi perasaan apabila kami dengar live sendiri dari mereka. .
.
Alhamdulillah, kehadiran kami jg disambut baik dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan nampak garis gembira di riak wajah mereka. Kami lega melihat mereka berdua tersenyum walaupun pastu dalam hati hanya Allah saja mengetahui. .
.
Utk pengetahuan semua, jumlah sumbangan berjumlah RM11430.00. Kami serahkan secara cash RM200.00 dan selebihnya kami transfer melalui “online bank-in” utk memudahkan pemberian. Terima kasih semua. ♥ #adamrayqal #anak #tabah #rinduanak #sabar
terobek.. awal pagi selepas viral berita menggemparkan, kesedihan seluruh rakyat Malaysia. rasa tak sedap hati kasihan dan sayang, saya terus iklankan d instagram saya dan @amalaofficial sumbangan ikhlas kasih sayang utk keluarga ini dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah sumbangan rakyat Malaysia juga dari Singpore dan Brunei Dm Pm saya turut menyumbang.
insya Allah saya dan team akan teruskan usaha kecil ini. dan memanfaatkan kepercayaan yg dberi. terima kasih @asiahabubakar90 dan rakan2 team @amalaofficial
terima kasih anakanda yg drindui @syahid_bintangsyurga atas inspirasi utk ayah mama.
#syahid #bintangsyurga #amala #adamrayqal
Sumber:IG bazliunic