Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
Ads
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
Ads
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
Ads
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Ikan Cencaru adalah antara masakan yang menjadi kegemaran ramai. Namun cara untuk menyiang kulit ikannya bukan suatu yang mudah.
Jika silap caranya tentu habis isi ikan terkoyak sama. Bagi yang tak tahu cara untuk siang ikan cencaru atau juga dikenali sebagai ikan jaket, nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Masa Ai kecik² dulu selalu admire cara Bubuyi(Ibu) Ai buang kulit ikan caru nie. Memang teringin sangat nak siang, setiap kali bubuyi or ayah beli caru, Ai akan siang.
Jadi seawal umur 13 tahun Ai dah expert buang kulit caru nie. Hari nie Ai tunjuk cara Ai buang kulitnya ea.. pada Ai senang sangat .
Video pertama tue cara Bubuyi Ai dulu² yang Ai admire tue.. tarik guna pisau ataupun playar. Ai guna dua² cara nie ikut kesenangan Ai la.. 3 cara tarik kulit tue ; 1) guna playar 2) guna pisau seperti video pertama 3) guna tangan seperti video kedua.
Jangan risau, tangan or jari Ai tak pernah luka guna cara-cara nie. Mungkin sebab dah biasa kot. Semoga bermanfaat pada mereka² yang takut or x mahir buang kulit caru Try la. Senang sangat.
Peringatan bersama jangan biarkan anak terdedah kepada renjatan elektrik. Kesannya memang bahaya sehingga boleh nembawa maut.
Ikuti nasihat Dr ni mengenai hal ini apabila berlalu kepada keluarga anda.
__________________________________
“Tau-tau je anak saya dah terbaring. Macam nak gugur jantung saya.”
Saya teringat lagi kata si ibu ni. Anaknya terus lembik lepas terkena renjatan elektrik.
Muka pucat dan tak ada respon bila dipanggil namanya.
Mereka berjalan di bandar dan duduk di bawah satu pokok besar yang dikelilingi oleh beberapa lampu sorot (spotlight).
Setiap satu lampu sorot tu ditutup dengan penutup besi berjaring. Tapi tangan kecil anak ni masuk ke celah jaring dan menyentuh lampu sorot tu.
Terus menjerit anaknya dan rebah ke tanah. Pada tapak tangan ada satu kesan terbakar kecil.
Berlari ibu ni membawa anak ke kereta.
Anaknya sedar semula semasa dikejarkan ke hospital.
Syukur lepas pemeriksaan doktor, anaknya stabil dan boleh discaj dari wad keesokan harinya.
Cara berkesan untuk elakkan renjatan elektrik:
1.tutup semua soket elektrik.
2.semua wayar adalah dilindungi dengan penebat.
3.jauhkan wayar dari jangkauan tangan anak.
4.anak-anak dipantau bila berada di kawasan yang berisiko mengalami kecederaan elektrik.
Jika anak terkena renjatan elektrik:
1.Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.
2.Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak anak dari sumber elektrik.
3.Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah.
4.Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa anak untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada, teruskan dengan CPR .
5.Jika anak ada kesan luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga reda kesakitan.
6.Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik dan tunggu di sisi mangsa hingga bantuan tiba.
Bantu saya sebarkan supaya lagi ramai mak ayah yang tahu. Kita nak anak kita selamat di dalam dan luar rumah.
Kredit: Redza Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.