Walaupun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.
Sekali gus muncul johan bagi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Manakala Qariah Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid, diumumkan Johan Qariah.
Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017, 2019 dan juga 2020.
Kemenangannya tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekali gus menggondol tempat pertama.
Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Naib johan disandang qari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dan qariah Johor, Nurul Nadiah Hashim, yang masing-masing menerima RM10,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Ads
Tempat ketiga dimenangi qari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur dan qariah Terengganu, Nor Jannah Abd Rahman, yang masing-masing menerima RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Ads
Dalam majlis hafazan dari juzuk 1 hingga 10, bahagian hafiz, Muhamad Al-Jazari Muhammad Helmi dari Kedah dinobatkan sebagai johan, diikuti tempat kedua, Abdul Muni’m Ihyauddeen (Wilayah Persekutuan) dan tempat ketiga, Muhammad Imran Hussin (Selangor).
Untuk bahagian hafizah, Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak diumumkan pemenang diikuti Nurul Husna Abdul Aziz (Kedah) di tempat kedua dan Masyithah Mohd Farid (Negeri Sembilan) di tempat ketiga.
Johan menerima RM5,000 dan piala, untuk naib johan menerima RM4,000, tempat ketiga menerima RM2,000 dan RM1,000 untuk penerima saguhati.
Majlis hafazan kategori juzuk 1 hingga 20, menyaksikan Sheikh Muhamad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Terengganu dan hafizah dari Kelantan, Putri Auni Khadijah Mohd Hanif, masing-masing dinobatkan johan yang menerima RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah.
Ads
Bagi kategori terakhir iaitu hafazan juzuk 1 hingga 30, johan bahagian hafiz milik Mohamad Hakim Mohd Hisam dari Kedah dan bahagian hafizah, Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan) yang masing-masing menerima RM15,000 dan wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala dan akaun Al-Awfar berjumlah RM20,000 tajaan Bank Islam.
Majlis Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Februari lalu dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.
Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua buah keluarga besar ini.
Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dlm soal anak-anak. Tidak hairanlah apabila netizen melabelkan mereka sebagai keluarga contoh.
Terbaru, Norman Hakim bersama keluarga besarnya bakal. menunaikan umrah bersama.
Sehubungan itu, mereka telah mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sebelum. berangkat ke tanah suci.
Majlis yang sederhana namun meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat termasuklah rakan-rakan. bertemakan putih, keluarga Norman cukup manis dan sopan dalam persalinan masing-masing.
Tiga pingat emas berjaya dikutip oleh Atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam Sukan Para Asia 2018 di Jakarta baru-baru ini.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Dik Wan’ dalam kalangan rakan sepelatihnya, mengakui, ibu bapanya iaitu Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50 menjadi antara individu penting yang mendorongnya untuk terus mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.
“Doa dan sokongan padu ibu bapa serta ahli keluarga menjadi azimat terbaik untuk mencipta kejayaan luar biasa
“Dik Wan nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sepasukan di atas kejayaan cemerlang ini.
“Tidak dilupakan staf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu Dik Wan sepanjang berada di Jakarta.
Bapa Dik Wan dalam pada itu mengakui cukup berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.
“Pakcik rasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T di atas kejayaan cemerlang anak saya pada Sukan Para Asia dan kami sekeluarga berharap dia dapat kekalkan kecemerlangannya pada mana-mana kejohanan selepas ini,” jelas Mohamad Puzi yang tiba di KLIA selepas selesai mengerjakan umrah bersama isterinya di Mekah.
Mohamad Ridzuan mempamerkan aksi luar biasa setelah meraih tiga emas pada Sukan Para Asia 2018 selain turut mencipta satu rekod dunia.
Dia memenangi emas pertama dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 11.87 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.
Ridzuan meraih emas kedua dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.Anak jati Perlis itu meneruskan aksi cemerlangnya setelah memenangi emas ketiga dalam acara lompat jauh T36, dengan catatan rekod baharu temasya iaitu 5.49m.
Ridzuan sebelum ini mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.
Dik Wan disahkan doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun. Namun kekurangan tersebut bukan penghalang untuk dia mencipta kejayaan dalam bidang sukan.
Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakatnya dicungkil pada 2004. Dik Wan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.
Menggoreng paru mungkin ada di antara kita merasakan mudah sahaja untuk disediakan, apatah lagi hanya sekadar digoreng. Pun begitu, kalau tidak biasa memasaknya belum tentu hidangan paru yang rangup dan berasa dapat disajikan untuk seisi keluarga.
Orang kata memasak paru ini ada petua dan tipnya yang harus dilakukan sebelum dan semasa menggoreng. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh Azlin Safena Azihar. Jom semak.
RAHSIA: Paru Goreng Rempah yang lembut sangat dan ranggup
1-Cara nak buang bau hanyir, rendam dengan limau nipis jap.
2– Cara nak lembut kan paru
a) Masukkan air dan paru dalam periuk
b) Masukkan garam, kunyit dan asam keping
c) Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.