Nama Adam Corrie tidak asing lagi pada kita. Selain pandai berlakon, rupa-rupanya ayah kepada Adam Fateh Lee ini juga pandai memasak.
Beliau berkongsi resipi Mee Kicap Wantan Sup yang merupakan makanan kegemaran masyarakat Cina.
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri boleh tiru resipi yang Adam Corrie kongsikan ini. Selamat mencuba!
Jemput makan sambil tgk bola.
siap dah dinner saya mlm ni..
Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya.
Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup.
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
? Mee Wantan ?
– mee wantan
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi
? campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
?Kulit Wantan ?
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
⭐️ payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
?Isi / Inti Wantan?
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
⭐️gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
⭐️ dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
?Sup Ringkas Adam Corrie ?
– Air
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
?didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masing-masing.
Sumber: FB ADAM CORRIE