Pernah Jadi Perhatian Dunia, Kembar Siam Bergelar Graduan Sains Komputer
Oktober 24, 2022
Share
Pernah Jadi Perhatian Dunia, Kembar Siam Bergelar Graduan Sains Komputer
Usaha itu tangga kejayaan, ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi.
Kisah kembar siam yang berjaya bergelar graduan turut menjadi inspirasi buat kita semua. Biarpun serba kekurangan, namun mampu berjaya bergelar graduan.
Bagi yang pernah mengikuti kisah kembar siam ini, iaitu Ahmad dan Muhammad yang pernah mendapat perhatian umum hingga ke peringkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini. Pasangan kembar siam ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Pembedahan pasangan kembar siam yang ditaja sepenuhnya oleh Raja Abdullah al-Saud
Dilahirkan pada 1998, pasangan kembar istimewa ini nampaknya tak dapat melalui kehidupan normal seperti pasangan kembar yang lain. Ahmad bin Rosli dan Muhammad bin Rosli adalah pasangan kembar siam yang bercantum dari bahagian dada hingga ke punggung. Keadaan inilah yang menguji ketabahan ibu bapa pasangan kembar Siam tersebut.
Pada asalnya pasangan kembar ni dapat tawaran daripada Prof. Lewis Spitz dari Hospital Ormond Street, London, untuk melakukan pembedahan memisahkan mereka secara percuma, kecuali kos rawatan hospital yang ditanggung oleh keluarga.
Tapi bila kisah pasangan kembar siam ni dapat perhatian dunia, Putera Abdullah al-Saud (putera Mahkota Arab Saudi masa tu) tawarkan diri untuk sponsor sepenuhnya kos pembedahan pasangan kembar siam ni, dengan syarat dilakukan di hospital di Riyadh. Ibu bapa pasangan kembar ni akhirnya bersetuju
Pada 17 September 2002pasangan kembar ini akhirnya berjaya dipisahkan masa mereka berumur 4 tahun. Pembedahan yang mengambil masa 22 jam 45 minit itu diketuai oleh Dr Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi.
Pembedahan ni jugak disiarkan secara langsung kat skrin besar dan laman web hospital tu. Dr Abdullah Abdulaziz bukan doktor biasa-biasa tau, dia dah terlibat dalam 5 pembedahan pasangan kembar siam. Dia jugak pernah dilantik jadi Menteri Kesihatan Arab Saudi (2009-2014).
Tapi masih ada dugaan yang diterima pasangan kembar ini, pada 2011 ibu mereka, Aishah Kandar meninggal dunia akibat kanser payu dara pada usia 35 tahun. Sejak itu mereka dijaga sepenuhnya oleh bapa mereka Rosli Abdul Rahim.
Sekarang Ahmad dan Muhammad dah pun berumur 19 tahun dan masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ahmad dan Muhammad masing-masing tengah belajar di peringkat diploma dalam bidang reka bentuk grafik dan teknologi maklumat di MSU.
Sehingga sekarang jugak mereka berdua tak pernah melupakan jasa Almarhum Raja Abdullah al-Saud yang menaja pembedahan mereka. Kejayaan memisahkan pasangan kembar siam ni jugak merupakan kejayaan yang cukup besar dalam sejarah bidang perubatan dunia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MELANJUT PELAJARAN DI MSU
Dalam keringat dengan serba kekurangan seperti berkerusi roda dan berkaki palsu ketika di bangku sekolah, kemudian menyambung pelajaran pula di menara gading.
Adik beradik kembar ini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
Namun Ahamd tidak dapat meneruskan habiskan pengajian diploma kerana berhadapan dengan masalah kesihatan. Manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
BERGELAR GRADUAN SAINS KOMPUTER
Muhammad, akhirnya bergelar seorang siswazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU). Siapa sangka dalam serba kekuranga, hati anak muda ini bersemangat wajar hingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Semoga kedua-dua pasangan kembar ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa, Insyallah.