Pernah Gagal Semai Sawi & Cili Sebelum Ni, Buat Begini Pula Pasti Jadi!

Share

Bila baru ingin mencuba bercucuk tanam, tidak dinafikan  tidak semua anak benih yang yang ingin ditanaman dapat disemai dan hidup dengan subur. Terkadang dicuba beberapa kali, namun gagal juga hingga ada yang patah semangat untuk meneruskan hobi bercucuk tanam.

Pun begitu, buat yang masih ingin mencuba buat sekian kalinya untuk menanam cili dan sawi dengan menggunakan semaian biji benih, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad ini. Semoga usaha kali ini berjaya untuk anda memiliki pokok cili dan sawi, serta dapat menuai hasilnya bila telah matang.

Untuk itu, jom hadam langkah demi langkah yang dikongsikan ini.


 

Saya tau ramai yang dah berjaya tanam sawi dan cili. Jadi pos saya ni special untuk mereka yang gagal menyemai sawi dan cili dari peringkat awal sahaja kerana ‘kejayaan itu bermula dari kegagalan’.

Step step yang saya bagi sangat mudah. Sawi dan cili anda semua takkan jadi kutilang lagi. Media semaian dan tanaman yang paling senang untuk diperoleh di semua nursery.

Good luck.

Step 1 : Ini semua bahan yang mesti ada.Tanah organik, cocopeat, baja organik(tinja ayam atau kambing atau arnab) biji benih, bekas plastik dan air. Kos dlm RM12 semua sekali.

Step 2 :Ini 3 media tanaman yang paling penting untuk dicampur. Tanah organik + cocopeat+baja organik(ayam /kambing /arnab).Baja perlu dihancurkan. Nisbah 3:2:¹/².Tanah 3 mangkuk kecil, cocopeat 2 mangkuk kecil dan baja ¹/² mangkuk kecil.

Step 3 : Masukkan baja ke dalam bekas yg berisi 3 mangkuk tanah.

Step 4 : Masukkan 2 mangkuk kecil cocopeat ke dalam tanah yang dah dicampur baja. Gaul sebati kesemuanya.

 

Step 5 : Bekas plastik perlu ditebuk bawahnya. Perlu supaya air tidak bertakung.

Step 6 : Masukkan tanah yang sudah digaul sebati ke dalam dua bekas ini. Buat lubang dalam 0.5cm shj.

Step 7 :Masukkan benih cili. Satu lubang dua biji.

Step 8 : Ini biji sawi. Ambik tak perlu banyak. Anggaran dalam 30 biji.

Step 9 :Masukkn benih sawi ke dalam lubang. Anggaran 0.5 cm juga, sama dengan cili

Step 10 : Kemudian tutup lubang tadi. Alas nipis dgn cocopeat.

Step 11:Spray kedua dua bekas bg basah. Satu botol spray 500ml bahagi dua bekas. Air sama byk.

Step 12 : Ni paling penting. Benih jadi kutilang sebab tak dapat cahaya. Saya letak atas batu dekat gate supaya cahaya pagi dpt tembus. Tak perlu tunggu benih bercambah baru bagi cahaya. Letak terus atas ni, cahaya pagi dapat terus masuk 8-12 tengah hari. Matahari petang tak dapat takpe. Rajinkan siram pagi dan petang, jangan bagi kering. Media mesti basah. Result kita tunggu lagi beberapa hari untuk sawi dan seminggu -10 hari untuk cili.

Sumber : Liyana Mohd Poad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club