Pernah Gagal Dalam Peperiksaan, Namun Kini Punya PhD! Sila Baca Untuk Ambil Pengajaran.

Share

PT3 adalah medan permulaan dan bukannya pengakhiran untuk anak-anak menempa kejayaan dalam kehidupan. Walau ada yang kecewa dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan, ingatlah mungkin kegagalan hari ini bakal menjadi titik permulaan untuk anak-anak anda berjaya dalam hidup!

Sebagai ibu bapa, teruskan bersikap positif dan berikan 100%  semangat dan galakan agar anak berubah dan faham akan kepentingan ilmu demi masa depan yang cerah dan terjamin.

Reset minda anda, dan katakan anak anda bukan seorang yang gagal!

Perkongsian kisah dan pengalaman hidup Encik Hayrol Azril ini umpamanya diharapkan dapat menyuntik semangat baharu dan memberi inspirasi untuk kebaikan bersama.

Aku Yang Dahulu

1997 – balik ambil result PMR, aku termenung panjang kat hujung katil.. ibu cakap ‘berubah sekarang, masih ada masa’, nada ibu kecewa.. ayah, terus ke dapur, minum secangkir kopi dan rehatkan tulang belakang dia, sambil menghisap sebatang rokok.. ayah nampak tenang, tapi aku tahu, aku dah kecewakan ayah.. penat dia mengharung dingin subuh setiap hari dengan Yamaha lama dia, nak menghantar aku ke sekolah…aku pula dapat keputusan yang macam ni.. gelap dunia aku rasa masa tu..

Aku Yang Kini

2017 – 20 tahun selepas peristiwa tu.. rezki aku, masih belajar… aku duduk dalam bilik Viva 2 di SPS UPM.. berdebar menunggu keputusan chairman…

“Tahniah hayrol, kamu lulus viva PhD ni dengan minor correction’

Alhamdulillah.. aku rasa macam satu beban besar dilepaskan dari bahu ni.. Aku bersyukur sangat sebab titik kegagalan yang kusangka Allah temukan sebenarnya adalah permulaan kepada kejayaan hidup aku…

Terima kasih Allah sebab bagi ibu dan ayah yang tak pernah berhenti berdoa dan berharap kejayaan anak sulung mereka..

Terima kasih Allah sebab beri seorang isteri yang faham bebanan tiga tanggungjawabku sekali gus – seorang ayah, penyelidik dan pelajar

Terima kasih Allah sebab berikan aku tiga orang mualim yang tak pernah lokek ilmu pengajian dan kehidupan.. kepada Prof Azimi, Prof Bahaman dan Dr Lateef, janji aku, takkan aku kapankan sekali ilmu yang mereka beri..

NEXT, apa nak buat? soal ibu, kenapa tolak jawatan tu, aku jawab ‘ x berani, tanggungjawab pensyarah ni besar, aku kerdil daya, x mampu.. cukupla sekadar PhD ni jadi teladan kat anak-anak, sekurangnya ada lah bukti yang ayah mereka ni dulu rajin belajar.. kalau boleh aku nak mereka capai lebih lagi.. Lagipun, aku selesa dengan keadaan sekarang.. buat research, cari ilmu dan kongsi bersama.. indah..

Satu pesan aku. kepada rakan-rakan semua, dalam kembara ilmu ni jangan sesekali kita rasa hendak berputus asa… janji Allah.. dia akan bagi ganjaran kepada yang berusaha.. Allah tidak pernah mungkir janji dengan hambanya..

Maaf sahabat semua, tidak sempat ambil gambar.. lepas abis viva tadi.. salam examiner dan chairman dan ucap terima kasih.. terus gegas ke rumah ibu, salam tangan dan cium dahi ibu..

 

sumber : Hayrol Azril Hayrol