Pernah Dipukul Bekas Kekasih. Diana Danielle Nasihatkan Netizen Supaya Keluar Dari Hubungan Toksik

Share

Tiada siapa yang ingin menjalani hubungan toksik walaupun dengan seseorang yang kita cinta? Jangan dera diri dengan berdiam diri sebaliknya keluarlah dari kepompong tersebut dan carilah seseorang yang lebih menghargai anda.

Hubungan cinta ini bukan sekadar pada kesetiaan pada perasaan cinta tersebut tetapi ianya juga haruslah bersifat melindungi. Kalau dengan orang yang dicintai kita sudah dipukul, bagaimana pula dia mahu melindungi kita?

Pelakon Diana Danielle berkongsi pengalaman berada dalam hubungan toksik sebelum menyulam cinta dengan pelakon Farid Kamil.

Didera Secara Fizikal
Menerusi program ‘Studio Sembang’ bersama aktres Amelia Henderson, Diana mendedahkan kejadian buruk itu berlaku ketika usianya masih belasan tahun.

Kata Diana, 31, dia pernah dipukul oleh bekas kekasihnya yang tidak didedahkan identiti sehinggakan mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.

Saya didera secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu ‘sentuh’ saya kali pertama.

Tidak ada peluang kedua, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson terus mengambil keputusan ‘angkat kaki’ dan berpisah dengan lelaki terbabit.

Saya sangat gembira tidak lagi berada dalam perhubungan itu. Mana-mana lelaki letak tangan di anggota badan anda, tolong keluar daripada hubungan toksik itu.

Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan.

Farid Pilihan Tepat
Dalam pada itu, pelakon drama Raisha mengakui berasa lebih tenang dan sentiasa positif selepas berkenalan Farid. Katanya lagi, dia juga yang mula jatuh cinta dengan pemilik nama Farid Kamil Zahari selepas beberapa kali bekerja sekali.

Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi.

Sebelum berkahwin dengan Farid, saya pernah bekerja dengannya dalam beberapa projek sebelum itu. Saya sentiasa dambakan dan selalu bermimpi tentangnya. Saya juga memang peminat dia.

Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love.

Terdahulu, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.

Sumber : Oh Bulan

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club