Perjalanannya dalam dunia bisnes tidak semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa dilaluinya sebelum menempa kejayaan pada hari ini.
Ibarat jatuh terduduk, beliau sebelum ini pernah mengalami zaman kejatuhan sehinggakan diisytiharkan bankrap. Dek kerana itu jugalah beliau tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk mendaftar syarikat, sebaliknya terpaksa menggunakan nama orang lain.
Enggan mengalah dengan situasi tersebut, jauh sekali berputus asa, sebaliknya beliau terus bangkit dari kegagalan lalu. Bermula dengan zero kos dalam tempoh dua tahun, bisnesnya mula melonjak. kini beliau boleh berbangga sudah memiliki 10000 pengedar dalam tempoh yang singkat.
Demikian serba sedikit mengenai personaliti yang juga Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar merangkap pengasas In3Tree, Sudirman Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan CS. Menjenamakan produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak berusia tiga hingga 20 tahun iaitu In3Tree, ternyata jejaka berumur 35 tahun ini kian dikenali ramai.
“Waktu bekerja sebagai guru sebelum ini, saya ada membuat pinjaman. Tetapi selepas berhenti kerja, saya terlupa nak sambung bayar sehinggalah diisytihar bankrup pada tahun 2016.
“Walaupun sudah selesai membayar, namun mengambil masa yang agak lama untuk nama saya dikeluarkan dari senarai. Sebelum ini saya nak menunaikan umrah terpaksa mengeluarkan surat meminta kebenaran untuk keluar negara.
“Ketika diuji dengan masalah kewangan dan tiada sumber pendapatan ketika itu, saya enggan berkongsi hal tersebut pada orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Sebaliknya saya mengambil pendekatan mendiamkan diri.
Ads
“Bayangkan waktu itu, saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari lalu kumpulkan untuk dibelanjakan bagi membeli beras dan telur selama empat bulan. Malah,demi berjimat, sebiji telur tu saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua. Saya gunakan sumber makanan itu selama empat, lima bulan sebelum In3Tree keluar,” jelas graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling ini.
Beliau yang ditemui dalam satu majlis meraikan kejayaan pengedar serta pengguna In3tree sekali gus meraikan ulang tahun ke-2 In3tree. Percaya dengan konsep ‘memberi semula’, CS juga yakin kaedah yang dipraktikkan itu akan lebih banyak apabila kita selalu memberi.
“Saya mengamalkan konsep memberi pulangan 10 peratus daripada pendapatan yang diperoleh kepada ahli di dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami sudah punya 10,000 pengedar. Bayangkan dulu saya memulakan bisnes ini tanpa modal jauh sekali mendapatkan pinjaman bank.
Ads
“Mungkin sudah tertulis rezeki memihak pada saya dalam bidang ini. Bayangkan saya memulakan bisnes ini dengan berbekalkan kepercayaan 138 orang stokis walaupun ketika itu yang saya ada hanyalah sekadar kertas kerja dan perancangan tentang produk tersebut. namun mereka cukup yakin dan percaya, produk tersebut boleh pergi jauh.
Menurut CS lagi, al-Quran banyak membantu dalam ‘menyuluh’ dalam mencari jalan yang betul.
‘Waktu diri dihujani masalah dan saya menjadi buntu, saya serahkan segalanya kepada Dia Yang Satu. Saya bangun setiap subuh dan bertahajud selain membaca terjemahan al-Quran. Daripada situ saya mendapat jawapan yang selama ini dicari-cari.
“Untuk yang aktif dalam bisnes dan apabila buntu, kembalilah kepada al-Quran kerana di dalamnya tersingkap pelbagai mukjizat termasuklah mengandungi rahsia bagaimana mengelakkan kerugian dalam bisnes.
Ads
Meletakkan sasaran jualan RM50 juta untuk tahun 2019, pihak syarikat juga turut menawarkan Toyota Camry dan Toyota Vios bagi pengedar yang mencapai sasaran jualan.
Selain berjaya melahrikan 8 jutawan, beliau juga turut menganjurkan ‘Apprentice Junior’ khusus untuk mereka yang berumur 28 tahun ke bawah dan belum berkahwin. Modul ini dibina khas untuk membantu belia dan perlu dibuat secara sepenuh masa.
Adat berniaga, pasti ada ‘trial and error’, jelas CS lagi, pengalaman yang cetek dalam bidang tersebut membuatkannya melakukan kesilapan.
“Sebelum ini saya hanya tahu berniaga tapi tidak merancang. Saya buat duit tapi tidak tahu menambahkannya. Setelah saya sedar, barulah saya ambil inisiatif untuk anjurkan seminar dan ajar usahawan untuk melabur dalam hartanah dan sebagainya.
“Cuma saya ingin berpesan, dalam bisnes jangan beli kereta mewah masa awal berniaga. Jangan jadi macam saya dulu. Usahakan untuk melabur dulu dan jalankan perniagaan dalam laluan yang betul dan bayar cukai. Bila dah berjaya, barulah beli kereta idaman,” ujarnya lagi sambil memberitahu In3tree mula ditubuhkan pada Februari 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain menjadi medium perhubungan antara warganet, twitter, facebook, instagram serta beberapa lagi media sosial juga sumber untuk mencari lokasi makanan, aktiviti harian serta tempat-tempat menarik lain.
Seorang selebriti media sosial di Twitter baru-baru ini bertanyakan kepada umum mengenai makanan yang baru sahaja warganet makan, namun tweet itu dibalas seorang ibu muda yang bercerita tentang makanan yang di ambil sewaktu pantang.
Makanan hospital
Dalam coretan ringkas turut, wanita itu turut memuat naik bersama gambar makanan pantang. Akan tetapi, perkongsiannya itu membuatkan warganet sebak dan tersentuh hati.
Bayi perempuan meninggal dunia
Pelayar Twitter yang dikenali sebagai Nurdani itu telah menjelaskan bahawa dia telah selamat melahirkan bayi pada 21 Ogos lepas. Walau bagaimanapun, kegembiraan dia dan suami tidak lama apabila anak perempuannya dijemput Illahi beberapa waktu selepas wanita itu bersalin.
Hal tersebut telah dijelaskan oleh Nurdani menerusi Instagram miliknya disertakan dengan coretan panjang
Salam takziah puan
Rata-rata warganet yang mebaca perkongsian tersebut meluahkan rasa simpati dan mendoakan semoga wanita ini tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.
Mungkin sesetengah orang menganggap berpindah rumah adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan. Angkat sahaja barang dan pindahkan di rumah baru. Bukan semudah itu!
Jangan hanya fikirkan keseronokkan untuk menghias semata-mata. Ada banyak perkara yang anda kena dahulukan untuk pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan selamat. Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil.
5 Perkara Ni Suami Wajib Buat!
1. Laungkan Azan
Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Baca Surah Al-Baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. Solat dan Membaca Al-Quran
Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di
dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi
sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.
Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan hanya pelajar, bahkan ibu bapa juga berdebar untuk mengetahui keputusan SPM anak masing-masing, termasuklah penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin.
Mengakui dirinya sendiri turut gementar untuk menunggu keputusan tersebut keluar. Tidak dinafikan tarikh hari ini pastinya meninggalkan memori dalam lipatan hidup pelajar yang sebelum ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Begitu pun ulas pelantun lagu Dipersimpangan Dilema ini, tidak timbul soal jumlah berapa A yang diperoleh Putri Nor Dahlia, sebaliknya dia terharu memikirkan kehidupan anaknya itu kelak.
Aduhaiiii mama pulak yg nervous, bukan risau pasal brapa A yg akn dapat tapi terharu anak akn melangkah setapak lagi. Alhamdulillah Putri sudah punya plan utk masa depan. In Shaa Allah moga dimakbulkan Allah SWT.
Tak kisah brapa A, yg penting kita dah buat yg terbaik & berniat utk menjadi manusia yg berguna. Itulah pegangan papa arwah Johan selama ini. ‘A’ tak semestinya penentu kejayaan hidup seseorang.
Good luck kpd anak2 yg akan ambik result esk. Kpd ibu bapa, pls support anak2 kita, jgn pressure diarg😍
Dalam pada itu, Nora turut memuatnaik perkongsian terbaru usai anaknya selesai mengambil keputusan SPM.
Alhamdulillah.. Putri, please remember that i am always proud of you, no matter what.😍😍 I’m sure papa pun sama. Its your new beginning. Mama sentiasa doakan terbaik.
Jadilah insan yg berguna & berjaya dunia akhirat Love you my dear 🥰Terima kasih buat semua cikgu2 & ustazah2, yg baik hati yg telah mengajar & mendidik anak saya selama ini. Moga dpt Halalkan ilmu yg diberi.😍
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.