Pernah Diberhentikan Kerja, Suami Ni Kongsi Perjalanan Hidupnya Untuk Bangkit Semula!

Share

Hidup ini ada kala terasa senang dan bahagia, sekali sekala didatangkan ujian yang terasa begitu perit dilalui.

Pun begitu dalam menempuh ujian dan dugaan, kita perlu faham kenapa adanya ujian. Andai tidak difahami dengan jelas, bimbang kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih sedih lagi bersangka buruk dengan Allah.

Tidak mahu terjadi begitu, perkongsian daripada seorang suami ini mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi anda sekiranya saat dan ketika ini berdepan dengan ujian diberhentikan kerja.

Ini perkongsiannya.

Bila diberhentikan kerja, saya tahu ia adalah satu perasaan yang amat buruk.

Sudah hampir dua minggu saya tak datang kerja, tak lapor diri, tinggalkan kerja kerana masa tu isteri baru bersalin anak kedua, carah.

Gambar hiasan

Saya dapat sms,

“Dimaklumkan bahawa staf bernama Muhammad Abu Hurairah Bin Roslan sudah di tamatkan perkhidmatan serta merta. Harap maklum”

Masa tu, saya dalam perjalanan naik komuter ke Kuala Lumpur mengajar nasyid. Masa tu memang saya ambil job mengajar nasyid di tadika untuk menampung anak isteri yang menumpang rumah abang ipar.

Down.

Satu persatu, rasa asa ini dipatahkan. Terdiam sahaja dalam perjalanan ke tempat mengajar.

Bermula lah perjalanan saya dalam menjadi suami dan lelaki realiti.

Satu hari, masa saya berjalan-jalan tiada arah di kotaraya, saya nampak ramai orang berkumpul. Oh, ada pertandingan gusti lengan. Hadiah dia lumayan. Saya nampak tempat ketiga saja sebab tahu saya tak kuat mana. RM300 hadiah dia. Sempena pembukaan Kedai komputer Dell.

Saya daftar yuran RM5 dan lawan.

Saya tak pasti dari mana kekuatan untuk sampai ke separuh akhir dan dapat tempat ketiga. Wang tunai RM300 dalam tangan. Cuma nak genggam duit tu tak boleh sebab tapak dan lengan bengkak melawan tadi.

Balik rumah beli semua barang dapur, pampers dan keperluan anak yang baru lahir.

Lepas subuh buka laman web cari kerja. Nampak iklan angkat perabot dan barang pindah rumah. Sehari boleh dapat RM80. Kalau buat kerja lebih masa InsyaAllah ada bonus. Balik dari kerja kaki luka tersepak kaca, tangan berbirat tersagat almari. Namun rasa tenang bila anak isteri dapat makan.

Tanya kawan, ada kerja boleh tolong tak. Alhamdulilah, dapat RM50 sekali tolong pun syukur dah. Walau pergi balik kerja naik turun bas. Alas perut air kosong dan roti.

Bawa van sekolah. Dari subuh hingga ke senja. Penat dan migrain silih berganti saja. Demi hanya untuk berusaha dan demi keluarga.

Kalian,

Hidup ini mengajar kita banyak perkara dalam menjadi lelaki dan suami.

Saat kita penat dan lelah, bangunlah di tengah malam dan bercakaplah dengan Allah. Berkeluh kesah lah denganNya.

Bila rasa tak mampu, peganglah Allah selalu.

Selalu minta anak isteri doakan kita tanpa jemu.

Bangunlah sebelum subuh kerana di situ ada ketenangan dan kekuatan yang beribu kali ganda untuk lelaki sepertimu.

Jangan memilih kerja. Buatlah apa saja. Tak perlu malu pada sesiapa.

InsyaAllah.

Peganglah janji Allah, bahawa setiap kesulitan itu akan ada kesenangan. Allah janji! Janji Allah itu pasti.

Jemputlah rezeki itu datang dengan percaya. Percaya pada Allah.

Sumber : Abu Hurairah Asifa

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club