Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Status OKU bukan penghalang untuk wanita ini mengejar kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Perkongsian wanita bernama Zeeda Aziz cukup berinspirasi dan wajar dicontohi.
Dia tak punya masa untuk meratap selepas kakinya terpaksa dibuang, kecacatan fizikal itu membuatkan dirinya lebih kuat dan mencabar diri untuk mengorak langkah.
Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yg sayangkan saya menangis.
Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dsb.
Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yg dua kaki buat!”
Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide utk angkat kaki (Thank God we are still happily married 😅). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai²lah saya nak survive nanti.
HENDAK SERIBU DAYA.
Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.
Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya
Aduhai..sayu hati tengok apa yg terjual. Tak boleh jadi ni.
Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.
Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yg boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi 😅. Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup²nya.
Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier.
Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni 😅).
CABAR DIRI SENDIRI
Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dgn topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan². Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak 😅.
Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai² lah imbang badan supaya tak salah bearing.
Setiap hari masa mula² nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya:
– Pagi mencari stok.
– Tengahari membungkus.
– Petang buat product photoshoot.
– Malam buat editing/marketing.
– Tengah malam membungkus lagi.
Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah).
Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal utk dapat rehat yg baik bila dah tua nanti.
Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz.
Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.
Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya.
Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. 🤲 Ameen…
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club