Pernah Buka Butik, Kini Berniaga Makanan Tepi Jalan. Ibu Ni Terus Struggle Cari Rezeki!

Share

Hidup di atas dunia ini penuh cabaran, begitu jugalah rentaknya dalam mencari rezeki bagi menyara keluarga tercinta. Seringkali ada ujian dan dugaan yang harus ditempuh. Ini sebagaimana peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa ada rintangannya.

Jatuh bangun dalam membina kerjaya juga adalah lumrah kehidupan. Percayalah setiap antara kita punya jalan cerita dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Ini sebagai mana perkongsian Adeela Azhar di akaun fbnya.

Ikuti perkongsiannya dan semoga memberi inspirasi buat ibu-ibu untuk berani mengorak langkah sepertinya.

“Rezeki Allah tu luas. Bak kata laki aku, sabar sayang. Ni baru permulaan. Kita boleh pergi jauh”- Adeela Azhar 

Aku ada diploma engineering. Laki aku pun ada diploma bisnes. Masing masing boleh kalau nak cari kerja kalau nak. Aku pernah kerja office bahagian HR, starting gaji dah RM1.6K tahun 2014 kat Perlis plak tu dengan takda pengalaman kerja.

Aku penah jadi technician kilang besar kat Penang, kalau sebut ja nama kilang ni mesti orang akan kata gaji tebal la hang dok kilang tu. Kadang2 buat ot boleh pergi 3K gaji masa tu, ni cerita 2014 dulu.

Aku pernah bukak butik, tapi share dengan kawan aku. Lani dia dah bukak 2 cawangan dah. Lani sapa makan gaji ada diploma nak dapat 3K sebulan pun susah wei. Struggle gila gila buat dua tiga kerja. Tapi ni semua ikut rezeki masing-masing, kalau dia dapat rezeki kerja company elok. Elok la gaji dia.

Cabar Diri

Sebab tu, lepas kawin aku dah malas sangat sangat nak kerja. Nak ulang alik minyak kereta. Bayar sewa rumah. Lunch kat luar lagi. Berapa sangat tinggal bulan bulan. Tu belum cerita beli susu anak dan pampers anak lagi.

Banyak bidang aku dah tempuh, now aku cabar diri jual makanan tepi jalan pulak. Normal la org kata 5 tahun fasa perkahwinan. Struggle gila nak survive!

Seriously, memang aku ni ditakdirkan muka tak reti malu. Laki aku suruh ambik gambar buat peace ka buat gaya atomen ka. Aku buat ja! Ada aku kisah org lalu lalang dok tengok.

 

Bagi aku cari rezeki tepi jalan ni, memang agak mencabar. Kadang kadang hujan takda orang. Ribut mai serang habis lauk lauk atas meja. Duit sale terbang sekali dengan angin ribut pun pernah wei. Banyak gila suka duka jual tepi jalan ni. Tapi kalau nasi habis, lauk habis itulah benda paling menggembirakan hari tu! Sedih! Nak nangis wei.

Apa apa pun aku redha, rezeki aku Allah bagi ikut sini. Doakan aku sampai berjaya ye kawan kawan semua.

Niat aku satu ja, aku berniaga ni. Kerana Allah. Aku nak settel kan hutang hutang dan aku nak bantu family aku. Kami bukan orang senang. Kalau kita tak tolong diri sendiri takda sapa nak tolong kita. Yang penting hidup kena ukur baju kat badan sendiri.

Apa pun cabang bisnes ampa buat, jangan pernah malu! Pekak kan ja telinga. Suara suara sumbang kat belakang tu biasa la. Takpayah fikir pun. Last last nanti depa jugak malu. Last last nanti depa jugak dok mai mintak tolong kita. Tu normal beb. Normal. Jadi ja diri sendiri. Confident level kena tinggi. Malu tu buang jauh jauh!

Dan lagi satu, jangan pernah malu nak buat bisnes dengan laki sendiri. Sapa lagi nak tolong suami sendiri kalau bukan kita isteri dia ni.

sumber : Adeela Azhar