
Bercerita tentang pengalaman, tentu macam-macam kisahnya. Apa yang pasti, setiap pengalaman hidup itu yang menjadikan kita menjadi lebih arif.
Tak kisahlah apa pun pengalamannya hatta bab arif nak pastikan sayur-sayuran lebih tahan lama.
Ini sebagai perkongsian pengalaman daripada seorang yang pernah berniaga makanan.
Cara Simpan Sayur Dalam Peti Bagi Tahan Lama
Dah lama cik kak praktikan cara penyimpan ni, sebab dulu cik kak kan meniaga kedai makan. Jadi kena ada cara penyimpan yang betol. Cuma cik kak tak kongsikan.
Ok,ni bukan ape, MPK (Majlis perbandaran Kuantan dan Kesihatan) bila serbu kedai, dia akan ke dapur dulu, peti tu sasaran dia, faham-faham sudahla kan.
Sekarang tak niaga dah, kita buat je kat rumah.. Ada sayur yang cepat kering, kecut, layu, walapun disimpan dalam peti, ok ni cara cik kak, orang lain tak tahu lah kan.
(Lain org, lain caranya… Tak gitu)
Semua sayur ni cik kak tak basuh,silap hari bulan jadi lembik.
Masa nak guna barula kita basuhkan,cuma letakkan dan lembapkan tisu terus letakkan dalam ‘tipuware’, masukkan bahan-bahan yang nak disimpan.
Sebelum simpan, pastikan tak ada bahan-bahan yang rosak, nanti berjangkit.
Cik kak siap potong sayur-sayur yang perlu dipotong, ambik basuh, campak-campak je. Kan senang. Warning dari cik kak, jangan perap sayur ni lama-lama tau, masak jangan tak masak!
Kredit: Rohanoradila Aidil
Baja Chitosan Dari Kulit Udang Bantu Tanaman Imun Dari Serangan Fungus. Wanita Ni Kongsi Cara Buatnya!

Tak sangka, rupanya kulit udang bermanfaat untuk tanaman terutama membantu mengeluarkan pucuk baru.
Zat yang ada dalam kulit udang iaitu Chitosan menajdi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan fungus.
Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Enkay Nik Mustaffa.
Kuasa baja kulit udang
————————————-
InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru.
1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.
2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.
3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.
4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.
5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan.
Cara membuat baja kulit udang.
—————————————————
Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.
Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian.
Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden
Laksa Sarawak, Macam Bau Herba Tapi Bila Makan Terasa Sangat Sedap. Ni Resipinya!

RESEPI LAKSA SARAWAK HARUM SEMERBAK
Kalau sebut pasal laksa biasanya kuahnya dibuat daripada isi ikan yang dikisar halus bersama ramuan-ramuan lain. Namun bila menyebut tentang Laksa Sarwak, nyata menu nan satu ini cukup unik dan istimewa.
Laksa Sarawak mempunyai rasanya yang tersendiri dengan aroma berempah yang menyelerakan. Bahkan rasanya juga cukup berlemak hingga membolehkan sesiapa sahaja menikmati kuahnya hingga dihirup licin.
Jadi sekiranya ada yang belum pernah mencuba rasa, bolehlah sediakan menu ini untuk dijadikan menu untuk seisi keluarga. Sama ada dihidang ketika makan tengah hari ataupun disajikan ketika minum petang. Nyata ia cukup menyelerakan.
Bahan-bahan kuah :
2 belah dada ayam/isi ayam
200 gram pes laksa Sarawak-Beli online DI SINI
250 gram udang
2 liter air
300 ml santan
2 batang serai
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara untuk masak kuah :
1) Basuh dada ayam bersih-bersih kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2)Setelah masak keluarkan dan toskan dada ayam (sudah sejuk boleh la dicarik-carik)
3)Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4Rrebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskan udang.
5)Dengan menggunakan air rebusan ayam dan udang tadi, masukkan pula serai yang telah diketuk.
6)Masukkan pes rempah laksa Sarawak
7)Masukkn kiub ayam
Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8)Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9)Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10)Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.
Sediakan bihun :
- Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
- Jika ia mendidih, masukkan bihun dan rebus sehingga sedikit lembut.
- Bihun biasanya cepat lembut dalam air panas.
Jadi jangan rebus terlalu lama.
Bahan-bahan untuk membuat sambal :
3 tangkai cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
½ sudu teh garam / rasa
1 sudu teh gula / rasa
1 biji limau nipis
Cara-cara membuat sambal :
1)Sediakan cili padi, cili merah dan belacan.
2)Kisar bersama-sama sehingga lumat
3)Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
4) Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.
P/S Tapi sambal belacan Uwan nih disebabkan cilipadi, cilimerah dah abis..uwan guna cilikering..
Resepi sambal cara Uwan :
Cili kering buang bijinya.
Kemudian basuh bersih-bersih.
Pastu rebus sekejap
Toskn air rebusan
Pastu tumbuk, belacan, garam dan gula sehingga lumat
Ok siap…nak perah asam limau boleh tak mahu pun boleh.
Uwan tak letak asam limau…sebab asam limau dah perah dalam kuah laksa.
Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:
1)Ayam yang telah direbus air tadi disiat-siat
2)Udang
3)Telur dadar dipotong nipis
4)Taugeh dicelur
5)Daun ketumbar
6)Limau
7) Sambal belacan
Cara menghidangkan Laksa Sarawak
1) Masukkn meehoon dalam mangkuk
2) Hiaskn dengan ayam yang dicarik-carik tadi
3)Susun udang
4)Masukkn taugeh dan daun ketumbar
5) Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau…
6)Sedia untuk dimakan.
Kredit : Resepi Asal kk@pbt
Kredit : Diolah oleh Uwan Nolly Epin
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik

Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club