Pernah Berhasrat Buka ’Nursery’ DI Office Tapi Tak Mampu Tunaikan. Hafiz Mahamad ‘Ganti’ Dengan Elaun Taska RM350 Sebulan

Share

Siapa yang tak kenal dengan usahawan , Hafiz Mahamad yang gemar melakukan kerja-kerja amal.

Malah peribadinya sebagai seorang majikan yang sangat memahami dan menitikberat kepentingan pekerja sering meraih perhatian masyarakat yang menjadikannya sebagi inspirasi.

Jika anda mengikuti perkembangan kerjaya serta peribadinya di laman sosial, pasti anda tahu akan hasratnya yang ingin menyediakan taska di ruangan pejabat bagi membantu menringankan beban pekerjanya.

Namun baru-baru ini, Hafiz telah mendedahkan bahawa hasratnya untuk membuka satu taska di bangunan pejabatnya tidak kesampaikan selepas mengambil kira beberapa faktor yang mungkin boleh memberi impak kepada pekerja serta perniagaannya.

Hafiz yang menjawab soalan yang ditanyakan pengikutnya di Instagram Strory mendedahkan bahawa sekiranya dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu seperti penyakit berjangkit akan timbul bila mana terdapat salah seorang anak pekerjanya jatuh sakit di taska tersebut.

Kan saya pernah cakap sebelum ni yang saya nak buka ‘nursery’ untuk staf-staf saya supaya anak-anak diaorang boleh duduk dekat ‘nursery’ tu kan? Jadi jawapannya jadi ke tak buka adalah tak jadi.

Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik. Sebagai contoh, benda yang baik adalah objektifnya saya nak meringankan beban-beban staf saya ni nak bayar ‘nursery’ yang mahal di luar sana.

Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Instagram Story, Hafiz memberitahu bahawa jika dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu kesihatan anak-anak pekerjanya. Hal ini kerana, apabila salah seorang daripada mereka kurang sihat atau sakit, kemungkinan ianya akan berjangkit dan sekaligus merisikokan kesihatan kanak-kanak lain yang berada di taska tersebut.

Tapi risikonya bila saya buka (nursery), saya akan nampak contoh, kalau satu anak berjangkit jadi dia akan berjangkit maka semua anak-anak staf saya akan berjangkit sakit tu. Jadi, saya kena bertanggungjawab.

Jadi satu anak sakit, satu mak mesti kena cuti. Kalau sepuluh orang anak sakit, sepuluh staf dah kena cuti. Jadi, lebih baik saya bagi kebebasan untuk staf saya cari ‘nursery’ yang terbaik di luar sana.

Meskipun hasratnya itu tidak kesampaian, Hafiz melakukan satu inisiatif yang lain buat kesemua pekerjanya yang mempunyai anak apabila dia memberikan elaun taska sebanyak RM350 untuk seorang anak bagi setiap pekerjanya.

Tapi saya tukarkan kos itu kepada elaun. Saya bagi mereka elaun kepada staf-staf saya untuk diaorang bayar ‘nursery’ di luar sana.

Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club