Tiada yang lebih disyukuri penyanyi, Elyana apabila dimaklumkan dirinya pulih dan bebas daripada kanser limfoma tahap empat.
Namun, Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.
“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.
Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” jawabnya.
Ads
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” katanya.
Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.
“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.
“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.
Ads
“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.
“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” tambahnya.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Malang tidak berbau… Demikian boleh diungkapkan dengan kisah si kecil ini. Tragedi yang menimpa si kecil ini dikongsikan oleh ibunya yang dikenali dengan nama Nurull Diyanah, di mana anak lelakinya terpaksa dibedah selepas besi cermin mata tertusuk pada kepalanya.
Menerusi perkongsian Nurull Diyanah di Facebook, ibu ini meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak lelakinya, Fateh. Difahamkan, insiden cemas ini berlaku ketika waktu subuh iaitu sekitar jam 6 pagi pada 2 Disember yang lalu.
Anaknya yang bernama Fateh sedang tidur, secara tiba-tiba telah terjatuh dari katil dan pada ketika itulah besi cermin mata tersebut telah tertusuk di kepala anaknya itu.
Tragedi subuh.. Pukul 6 pagi.. jatuh dari katil tertusuk spek mata umie.. Biasa tidur letok spek mata tepi bantal.. macam manalah fateh jatuh katil sedar2 sepak dah duduk doket atas pale..
Susulan daripada insiden itu, Fateh dikatakan akan menjalani pembedahan.
Nok cabut sendiri dia kemah bawak ke kk paka pah ke Terengganu kena gi.. besi dia pendik jer tapi tembus tengkorak.. nak tak nak kena oparet jugak sikit takut ada kecederaan bawah tengkorak.. dari bagun tidur sampai malam tak makan benda lagi.. Tolong doakan Fateh semoga kuat, selamat dan tiada kemudaratan lain.. aminn
Semoga adik Fateh kembali sembuh seperti sediakala. Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menanggung kesakitan, tetapi sudah tertulis sedemikian.
Cuma pesanan admin buat ibu bapa di luar sana, sentiasa berhati-hati dan alert dengan persekitaran anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak penyeri kehidupan suami isteri, walaupun karenah masing-masing boleh buat pening kepala, tetapi ia juga boleh menghilangkan segala rasa penat, duka dan masalah yang ada.
Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik. Ada-ada sahaja perkongsian dari Tomok mahupun isteri yang membuatkan ramai kagum dan tak kurang yang terhibur.
Terbaru, Tomok berkongsi satu video bersama anak-anaknya. Dalam video tersebut kelihatan dua anak lelaki Tomok, iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman sedang membelek-belek jambang yang tumbuh di wajah Tomok.
Apa yang melucukan adalah, wajah mereka cukup teruja apabila menjumpai sehelai bulu jambang yang berwarna ala-ala keemasan.
Masing-masing menjerit kegembiraan kononnya si ayah kaya kerana memiliki bulu jambang berwarna gold itu.
Projek mencantikkan rumah, selain sekadar dibersihkan daripada habuk dan disusun atur semula kedudukan perabot agar selesa meraikan tetamu. Ada satu perkara yang dari dulu hingga kini, memang kita biasa akan buat bila tibanya musim perayaan. Lain tidak bukan, mestilah mengecat rumah. Maklumlah bila rumah dicat semula, barulah nampak lebih berseri-seri rumah yang dihuni.
Contohnya seperti rumah ini, tuan rumah memilih cat warna merah jambu yang digabungkan dengan warna putih sebagai tema raya kali ini. Terbukti, hasilnya memang luar biasa!
Bercerita lanjut tentang rumah kayu berwarna merah jambu yang viral di media sosial, ini perkongsian lanjut daripada anaknya.
Okey tak warna cat macamni? Code colour : Taupe pink 10YR 50/101 NIPPON, White on white 30GY 88/014 NIPPON.
Mak saya suka sangat bunga-bunga..Rumah kampung je. Tapi nyaman sangat. Kg halaman tercinta saya ni di Bukit Pulau Melaka.
Ni lah tuan rumah (emak). Lagi sorang tuan rumah(ayah saya) tak suka bergambar. Jadi tak ada gambarnya.. Doakan ye sahabat semua moga mak ayah saya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka.
Rumah ini sudah berusia 45 tahun, ikutkan mak ayah nak warna lain, tapi saya bagi cadangan untuk warna ni. Mak ayah mula-mula risau juga sebab takut tak masuk dengan rumah papan kan.
Tapi saya yakin kan mereka, warna ni cukup cantik kalau dicatkan dirumah ni. Jadi mereka setuju. Ayah cuma pilih nak ada campuran putih. Jadi terjadi la rumah pink+putih.
Bercerita tentang kenangan masa cat rumah bila nak dekat raya memang tak kan saya lupakan. Indah sangat. Bergurau senda dengan adik beradik dan mak ayah. Sambil berkongsi pendapat untuk mencantikkan lagi rumah mak ayah. Masa tu lah dapat eratkan lagi silaturrahim sebab semua saling bantu membantu.
Warna asal rumah sebelum dicat
Menariknya juga tentang rumah keluarga ini, siapa sangka pernah jadi lokasi shooting.
Seingat saya sudah 3 kali dah rumah kami dijadikan lokasi shooting. Tapi kami dah lupa cerita apa. Dah bertahun lamanya. Yang paling last sekali 5 tahun yang lepas.
Sekarang tinggal mak dan ayah sahaja dirumah tu. Sebab anak-anak semua dah bekerja luar. Kalau hari cuti, kami akan berkumpul sekeluarga bersama.
Mak saya sayangkan sangat rumah ni. Memang dia sentiasa pesan pada kami adik beradik, jika ada kerosakan perbaiki lah. Jangan dirobohkan. Inilah kenangan yang tinggal nanti. Lagi satu sebab rumah peninggalan atok kami. Hasil titik peluh atok yang bina rumah tu. Jadi memang banyak kenangan di situ.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.