Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari pandangan kasar, hanya nampak dia biasa sahaja. Apatah lagi, empunya diri seorang yang ceria dan suka mengukir senyuman.
Namun, siapa sangka di sebalik senyuman itu, ibu bernama Azlina Aziz, 44 tahun ini rupanya bertarung dengan penyakit yang digeruni kaum wanita iaitu kanser payudara . Kansernya kini berada di tahap dua.
Dugaan tidak terhenti setakat itu sahaja bila mana anak keduanya juga kemungkinan turut menghidap kanser.
Ditemui ketika dalam majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay baru-baru ini, Azlina bersama 20 ‘cancer survivor’ lain hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka
Menceritakan detik awal disahkan menghidap kanser, Dia awalnya menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Selepas ke hospital dan membuangnya. Namun, tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan muncul semula tetapi kali ini di bawah ketiak.
“Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2. Jadi, saya terus terus sahaja buat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.
“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.
Ads
“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ujar Azlina memulakan perbualan bersama penulis.
“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.
“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payu dara dan sepupu sebelah ayah pula menghidap kanser hidung.
“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.
Reda dengan ujian Tuhan, menurut Azlina lagi, ketika bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri, dia mencuba produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan.
“Hampir dua tahun bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan. Mungkin itu salah satu faktor Tetapi saya tahu ini semua kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.
Ads
“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi.
Mengulas mengenai anaknya bernama Nadia yang kemungkinan menghidap kanser, akui Azlina mungkin itu disebabkan pemakaian produk pemutih wajah.
“Anak saya memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila dia menjalani ujian biopsi, Doktor cakap kemungkinan dia menghidap kanser kulit.
“Walaupun begitu, anak saya seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.
Biarpun dirinya menghidap kanser, namun itu tidak mematahkan semangat Azlina untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.
“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak. Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi.
Ads
“Cuma saya tak benarkan mereka datang menjaga saya. Sebab saya tak mahu mereka nampak ‘down’ bila melihat keadaan saya ketika itu. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.
Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.
“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menghidap kanser payudara.
“Saya juga sudah 6 kali buat rawatan kimoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.
“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.
“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring. Saya reda dengan dugaan Tuhan dan menerimanya dengan hati yang tabah,” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.
Cukup kreatif apa yang dihasilkan oleh Nurul Nabilah ini. Sebuah jam yang boleh dijadikan sebagai pelengkap dekorasi ruang kediaman.
Pun begitu apa yang mengujakan, siapa sangka jam yang nampak begitu eksklusif seperti ini adalah hasil DIY menggunakan bahan-bahan yang ekonomi. Sekali pandang mesti ramai yang tidak percaya, namun itulah kenyataannya.
Jadi apa kata bagi anda yang ingin menghias kediaman, bolehlah mencuba untuk hasilkan jam dinding ini.
Jom kita lihat langkah demi langkah untuk lebih faham.
Ibu bapa mana yang tak risau bila melihat anak terutama yang remaja asyik bermain handphone setiap hari.
Lebih lagi membimbangkan apabila sesi pembelajaran secara PdPR bersambung lagi bagi mengelak jangkitan Covid-19 dikalangan pelajaran.
Hakikatnya bukan mudah untuk berkomunikasi dengan remaja yang suka memberontak berbanding anak-anak yang masih kecil.
Inilah yang dikongsi oleh saudara DrShukri Abdullah yang menerima luahan hati seorang ibu yang tidak tahu cara yang betul menasihat anak remajanya daripada asyik bermain handphone. Ikuti lanjut perkonsian ini.
YA, MACAM MANA NAK RAMPAS HP ANAK ?
Seorang ibu tanya soalan berikut, “Macam mana nak rampas handphone anak remaja? Yg sekolah rendah ok,yg menengah ni..”
Ada beberapa faktor dalam menjawab soalan ini.
Jika ibu ayah dari AWAL lagi memberi kebebasan pada anak guna handphone (Hp) “anytime, anywhere, for any reason” DAN tidak pernah TEGUR SECARA SERIUS – bukan tegur “ambil syarat” saja dan jika ibu dan ayah itu terlalu berlembut dengan anak maka agak sukar untuk bertindak.
Sebaliknya sekiranya ibu bapa itu memang TEGAS dan KOTA APA YANG DIKATA maka tindakan merampas Hp anak hatta anak Tingkatan 3, 4 atau 5 lebih mudah.
Terbaik ibu bapa kena sentiasa berkomunikasi dengan anak pentingnya pelajaran, pentingnya mereka belajar bersungguh2 untuk sambung belajar sampai ke peringkat kolej-universiti. Terbaik anak kita kena ada wawasan dan halatuju yang jelas.
Tanpa wawasan dan halatuju yang jelas, maka dia tidak nampak pentingnya pelajaran. Maka dia tidak nampak pentingnya kelas online, pentingnya memberi tumpuan dalam kelas, pentingnya ulangkaji dan pentingnya peperiksaan. Maka atas sebab itulah pada dia yang penting ialah enjoy, main game, bermedia sosial, tonton video YouTube, lawan bola maya dsb.
Tetapi kalau ibu bapa jarang bercakap dengan anak, sekali sekala saja tanya bab pelajaran, tidak ambil kisah kemajuan akademik anak dan membiar anak dengan agande remajanya sendiri … pada ketika nitulah SUKAR nak bertindaka apa-apa pun jika anak menyimpang dari jalan yang sepatutnya. PRASYARAT sebelum rampas HP anak, kena bagi anak faham, kena membuang masa dengan HP satu kerugian besar.
‘Rampas’ bersyarat ada caranya
OK ada tatacara sebelum merampas Hp anak.
PERTAMA Kena buat peraturan yang JELAS dan KHUSUS bila, berapa lama, untuk tujuan apa Hp boleh digunakan. Peraturan ini mesti diberitahu pada anak. Terbaik BUAT PERATURAN BERTULIS dan tampal di tempat tertentu di rumah. . KEDUA Termasuk dalam peraturan ialah TINDAKAN YANG AKAN DIKENAKAN jika ingkar peraturan. Ini termasuk MERAMPAS HP untuk sehari atau 2 hari atau beberapa harinikut pertimbangan ibu bapa. . KETIGA Pada masa kini di mana guru mengadakan pengajaran online (PdPR) kita kena akur akan reality ini. Ini bermakna wpun dirampas HP, masa PdPR mesti diberi balik pada anak.
Bertegas dengan anak kerana sayang. Terima kasih. .
Sumber: Dr.Shukri Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.