Memiliki wajah lembut persis ibunya, Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid sering menjadi perhatian warganet.
Rupa paras jelita anak sulung kepada dua beradik itu salin tak tumpah dengan ibunya yang merupakan pelakon popular pada era 80-an dan 90-an.
Dr Julia, 30, yang merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Permata sulung Ziela Jalil itu mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Genap lima tahun berumahtangga pada bulan lalu, pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Tun Alayna Zeeya yang kini berusia empat tahun dan Tun Ameena Zeeya, setahun.
Ads
Kehilangan bapanya tersayang akibat kanser pada usia remaja, Dr Julia tidak lupa menitipkan ingatan buat bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
“Bapa saya pulang kepada Maha Pencipta ketika saya baru berumur 15 tahun. Sejak itu, tidak pernah ada sesiapa yang boleh menggantikannya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diganjarkan dengan kedudukan tertinggi di jannah,” titipnya.
Ads
“Bagaimanapun, saya mempunyai figura bapa dalam hidup dan saya mensyukurinya. Pertama, kepada mama. Mama telah menjadi ibu dan bapa membesarkan dan mendidik kami. Terima kasih kerana menjadi tonggak kekuatan.
“Kepada Walid, terima kasih kerana menjadi figura bapa yang hilang ketika saya muda dan telah menambahkan kebaikan dan kasih sayang kepada keluarga kami.
“Kepada bapa mentua, terima kasih Daddy kerana menerima saya dalam keluarga dan menganggap diri ini seperti anak sendiri.”
Ads
Dan terakhir kepada suami, Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. Being with them when I can’t be there and showing them how a man should be,” titip Dr Julia di Instagram.
Dr Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan ibu bapanya yang dibina pada tahun 1991.
Beliau memiliki adik lelaki, Megat Jufri Nasrullah, 28, dan seorang adik angkat, Ibrahim Junid, 11.
Sumber : NONA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini ada beberapa kluster yang kita biasa dengar disebut-sebut sepanjang kes Covid-19.
Pun begitu, mungkin ada yang tidak perasan sebenarnya wujud lagi beberapa ‘kluster’ lain yang buat kita mak-mak boleh naik geram dibuatnya sepanjang PKP ini.
Ini sebagaimana perkongsian di Kelas Baking Online Cikgu Miza. Walau pun sedikit kelakar pendekatannya, tapi rasanya ramai antara kita yang berdepan dengan ragam tersebut.
Jom semak, kita pula kluster yang mana ye?
JENIS-JENIS KLUSTER KORANG KLUSTER MANA ?
➡️ KLUSTER SUIS
Buka lampu x reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi x tengok. Dah on komputer x reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu x tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🤣🤣🤣
➡️ KLUSTER PERIUK API
Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego.
Pergghhh….terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh 🥺🥺
➡️ KLUSTER BISKUT
Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh…berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa….rasakan xde benda nak ngunyah dah.
➡️ KLUSTER X RETI PENAT
Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main x henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm….sampai kesudah aku telan air liur jela 🤤🤤🤤
➡️ KLUSTER MENANGIS
Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges.
➡️ KLUSTER MEMERAP
Langsung aku x boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain. Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, xde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur…hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🤣🤣🤣
➡️ KLUSTER MEMUNGGAH.
Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.
➡️ KLUSTER SUSAH NAK MAKAN
Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je x terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin. Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🤣🤣🤣
➡️ KLUSTER SINKI
Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10xlah cawan lain deme guna. Haaa…ko darab lerrr 5 orang anak 🤣🤣🤣
➡️ KLUSTER BILIK AIR
Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka….hahaha macam manala mak kome x jadi ur mother is green 🤣🤣🤣
➡️ KLUSTER BUKA PETI AIS
Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 5 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk….teruk beno angaunya
➡️ KLUSTER TV.
Kalo deme dah start ngadap TV, jangan harap lerrr dapat tukar channel lain. Yang lagi geram nyer, remote tu melekat kat tangan deme je. Sampaikan p jamban pon deme bawak takut ibu tukar channel lain. Dok nyorok remote sana sini penyudahnya sampai laaa ni remote hilang. Deme lupa kat mana deme sorokkan 🤣🤣🤣
‼️‼️ Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI. Seminit pon x dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 😁😁
Setiap orang tak sama perjalanan hidupnya, ada yang tinggal bersama, tak kurang ada yang terpaksa berjauhan dengan pasangan. Dengan kata lain, PJJ yakni perkahwinan jarak jauh.
Dan tidak semua orang mampu melalui perjalanan hidup berjauhan dengan pasangan lebih-lebih lagi jika ada anak. Bukan satu tugas yang mudah, kena bijak membahagikan masa.
Begitu pun, orang sekeliling terutama keluarga dan rakan-rakan perlu memberi sokongan dan tidak lokek menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Namun tidak semua orang faham akan situasi PJJ. Demikian secebis kisah yang dikongsikan oleh Najibah Mustaffa menerusi laman facebooknya.
JANGAN SESEKALI UKUR KEHIDUPAN ORANG GUNA PEMBARIS KITA
Dulu masa saya PJJ dengan suami, tak jauh pun Kuantan – Temerloh. Sekitar 2 jam perjalanan. Bila saya bercerita perihal sukarnya saya PJJ, urus dua anak sendiri. Ada lah rakan sekerja yang memandang remeh keluhan saya. Padanya tiada apa sangatlah setakat PJJ begitu. Ada orang lagi lama, lagi jauh.
Perasaan saya masa tu terhenyak. Rasa jatuh berkeping keping. Oh gajah pada mata saya, hanya kuman pada mata orang yang memandang.
Lalu saya belajar. Jangan mengatakan perkara yang sama kepada orang yang sedang dalam kasut ujian. Jangan diremehkan, sebaliknya bantulah menguatkan sebuah perasaan. Hulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita kuat hadapi sesebuah situasi, belum tentu orang lain sama.
Sebab, pembaris kita tak pernah sama. Dan tak akan pernah.
Syukurnya Maghrib ini bila baca berita Ustazah yang hilang itu sudah ditemui selamat. Ustazah ini juga teruji dengan jarak jauh antara rumah dengan sekolah. Setiap hari bangun seawal pagi, membelah malam yang masih pekat dan memandu ratusan kilometer untuk ke sekolah.
Yang buat rasa sebal di dalam hati bila ada komen komen tak fikir sensitiviti lebih kurang begini.
“Alah, setakat ulang alik kerja macam itu, isteri kawan aku relaks je. Bahagia je. Anak pun ramai. ”
“Ala. Acah acah depression je ustazah ni. ”
” Ustazah tak kuat iman.”
” Kalau dah tak boleh nak mengajar. Lepas je jawatan tu bagi orang lain. ”
Allahu. Kita akhir zaman ni begini lah. Laju sangat menaip sampai lupa nak tapis kata kata ikut batasan adab, akhlak dan perikemanusiaan. Seolah olah kalis benar dari ujian.
Semua nak ulas ikut pembaris sendiri. Walhal kita tak tahu pun cerita sebenar.
Kita sedar atau pun tidak. Simpati atau empati ke tidak. Kenyataannya wanita hari ini ramai yang terpaksa jadi kuat. Lebih daripada kemampuan dirinya. Urus rumahtangga, bekerja, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri.
Sakit, tahan.
Sedih, pendam.
Penat, biarkan.
Dan sudah lama tak mampu ukir senyuman.
Sedar tak sedar ramai wanita kemurungan dan ada penyakit mental. Antara punca kerana gaya hidup yang menekan hari ini. Tambah lagi tiada sistem sokongan sekeliling terutama suami. Banyak kes pengabaian rumahtangga.
Kes kelar anak. Nak terjun jambatan. Lemas kat laut.
Antara secebis kisah berkaitan isteri, ibu, wanita yang kita pernah dengar. Kita tak tahu berapa ramai lagi jiwa jiwa ini yang sedang berduka. Belum sembuh.
Keadaan jadi lagi buruk bila ada jenis lelaki yang nak samakan kudrat wanita dengan dirinya lelaki bab bekerja etc. Walhal jika diri mereka diminta mengurus rumahtangga sebagaimana wanita. Belum tentu bagaimana.
Kita mungkin lupa satu perkara. Wanita dan lelaki ini Allah jadikan berbeza design dan software nya. Fizikal pun tak sama. Apatah lagi emosi, kemampuan diri.
Kalau pun tak boleh empati. Simpati sahaja sudah cukup.
Najibah Mustaffa
Berkata lah yang baik. Atau pun diam sahaja. Ikut pesan Rasulullah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.