Perlu Togelkan Daunnya! Ni Petua Nak Tanam Pokok Daun Sup & Barulah Hidup Subur.

Share

Menariknya bila menanam daun sup ini,  sekiranya hendak digunakan ketika memasak,  gunting sahaja sebatang dua.  Cukup mudah dan menjimatkan!

Kata orang kalau ‘tangan sejuk’, bagilah pokok atau tanaman apa sekali pun,  pasti hidup subur. Tapi sejujurnya bukan semua antara kita pakar dalam bab menanam ni.

Oleh itu,  ayuh ketahui dulu tip menanam daun sup yang dikongsikan oleh Yanie Raihan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.


Ini perkongsiannya.

Salam, saje nak share tips sikit sebab saya dapati tips ni (juga dicedok dari group ni) agak berkesan.

Umur anak pokok daun sup ni dalam 2-3 bulan (lupa dah bila tanam).

Alhamdulillah kal ini nampak berjaya (setelah 3 kali percubaan). Sebelum ditanam haritu daun semua dah digondolkan.

Ni nampak meriah sikit dah daun baru banyak tumbuh so saya rasa tips tu memang berkesan.

Tipsnya:

1. Sebelum ditanam,  daun semua dah digondolkan.
2. Tanam akar sahaja, jangan dibenam sampai ke batang.
3. Spray tanah sekeliling, cukup sekadar bagi tanah di sekelilingnya lembap. Takyah siram.

Daun sup ini bila hidup subur memang cantik bentuknya. Sesuai sangat ditempat di ruang dapur untuk dijadikan pokok hiasan.

Apa yang penting pastikan kedudukan pasu tersebut ada cahaya matahari.