Menariknya bila menanam daun sup ini, sekiranya hendak digunakan ketika memasak, gunting sahaja sebatang dua. Cukup mudah dan menjimatkan!
Kata orang kalau ‘tangan sejuk’, bagilah pokok atau tanaman apa sekali pun, pasti hidup subur. Tapi sejujurnya bukan semua antara kita pakar dalam bab menanam ni.
Oleh itu, ayuh ketahui dulu tip menanam daun sup yang dikongsikan oleh Yanie Raihan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Ini perkongsiannya.
Salam, saje nak share tips sikit sebab saya dapati tips ni (juga dicedok dari group ni) agak berkesan.
Ads
Umur anak pokok daun sup ni dalam 2-3 bulan (lupa dah bila tanam).
Ads
Alhamdulillah kal ini nampak berjaya (setelah 3 kali percubaan). Sebelum ditanam haritu daun semua dah digondolkan.
Ni nampak meriah sikit dah daun baru banyak tumbuh so saya rasa tips tu memang berkesan.
Ads
Tipsnya:
1. Sebelum ditanam, daun semua dah digondolkan.
2. Tanam akar sahaja, jangan dibenam sampai ke batang.
3. Spray tanah sekeliling, cukup sekadar bagi tanah di sekelilingnya lembap. Takyah siram.
Daun sup ini bila hidup subur memang cantik bentuknya. Sesuai sangat ditempat di ruang dapur untuk dijadikan pokok hiasan.
Apa yang penting pastikan kedudukan pasu tersebut ada cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang bahagia, tentu inginkan kebahagian yang sehingga ke akhir hayat.Pastinya untuk bahagia rumahtangga itu ada petua yang setiap pasangan perlu tahu.
Ikuti pandangan lelaki ini dilaman facebooknya Firdaus Shakirin mengenai rencam rumatangga kini. Moga muhasabah diri untuk kebahagiaan keluarga bersama.
Cabaran kehidupan berumahtangga dulu dan skrg tak sama…
Zaman dulu, subuh2 lagi suami dah keluar bekerja…zaman skrg, subuh2 lagi suami masih membuta sampai matahari terpacak atas kepala…
Zaman dulu, suami kuat, bleh menoreh, buat bendang, bela lembu, bela kerbau, berkebun…zaman skrg, suami manja, tak suka bos berenti, tak suka opis mate, berenti… tak larat ulang alik, berenti…keje kejap, berenti…nak keje ikut yg dia suka…
Zaman dulu, ptg2 suami main dgn anak2, bwk anak2 ronda…zaman skrg, smpai ja rumah, hp terus depan mata…
Zaman dulu, mlm2 suami ke masjid, dengar ceramah, belajar agama…zaman skrg, mlm2 suami ke mamak, melepak dgn kwn2 smpai pagi buta…
Sbb tu zaman skrg, kehidupan berumahtangga tu sgt2 mencabar dan berbeza…isteri skrg susah nk sesabar isteri dulu…isteri skrg, susah nk semulia isteri dulu…sbb?
Dpt suami yg xtahu soal agama…
Yg dia tahu, suami ada kuasa mutlak terhadap isteri…yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami…yg dia tahu, isteri berdosa klu tak ikut cakap suami…
Dia tak sembahyang xpe, dia tak puasa xpe, dia on off keje xpe, dia xtunai nafkah xpe, dia main hp & game xpe, dia melepak lama2 xpe dan sebagainya…semuanya xpe sbb dia xphm tugas seorang suami tu APA…
Suami dulu, guna agama utk dekatkan dan eratkan hubungan dia dgn isteri…suami sekrg, guna agama utk tundukkan dan mencipta jurang antara dia dgn isteri…
Hard to digest? This is nowadays fact…
Nota kaki : Sebab tu byk rumahtangga org dulu2 kekal lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengemas rumah untuk pastikan setiap hari terlihat bersih dan tersusun rapi itu memang satu cabaran buat ibu yang berkerjaya. Belum pun habis penat bekerja di siang hari, tiba di rumah disambung pula dengan melakukan tugas-tugas harian seperti mencuci baju, memasak, melipat kain dan pelbagai lagi hingga lewat malam terpaksa berjaga.
Andai begitu rutin harian yang dilalui sepanjang waktu, tentu akhirnya mendatang kelesuan dan lelah yang tidak tertanggung oleh tubuh. Jadi sebaiknya, lakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga ini dengan lebih bersistematik. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh seorang doktor di page Hani Mynis. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Macam mana Hani merancang menu mingguan, nak kemas rumah pun Hani siapkan satu binder khas: “Cleaning binder” untuk Hani simpan “daily and weekly cleaning checklist” dan cheat sheet untuk Hani kemas rumah dengan sistematik dan stress-free.
Langkah-langkah perancangan kerja rumah harian dan mingguan
✅Senaraikan kerja rumah yang WAJIB buat hari-hari
Contoh: kemas katil, sediakan bahan nak memasak, memasak, basuh pinggan, lap atas dapur dan atas kabinet dapur, buang sampah, sapu sampah, basuh baju, jemur baju, lipat baju, seterika baju, kemas mainan sebelum tidur, kemaskan sofa/atas meja makan pastikan kosong, bersihkan bilik air dan lain-lain
✅Dari senarai kerja rumah tadi, bahagikan tugas kepada orang lain
Suruh suami tolong buang sampah, anak kalau dah pandai kemas mainan sendiri boleh tolong kemas mainan, anak-anak ramai boleh bahagikan tugas tolong basuh pinggan lepas makan, tolong basuh baju
✅Dari senarai kerja rumah tadi, tengok mana yang tak perlu buat setiap hari
Basuh baju, jemur baju dan lipat baju mungkin boleh buat dua hari sekali, seterika baju/tudung kerja dan sekolah boleh buat seminggu sekali (jimat masa dan elektrik jugak), sediakan bahan masak (prep sayur, paste dan protein) boleh buat seminggu sekali.
✅Buat jadual mingguan untuk “Deep cleaning” setiap bahagian rumah
Khaskan satu bahagian rumah untuk satu hari. contoh: Setiap hari Isnin buat deep cleaning ruang tamu. Selasa: Bilik air. (Penerangan lebih boleh rujuk caption gambar 2)
✅Buat jadual. Jadual “daily and weekly cleaning”
Setiap orang rutin “daily cleaning” dia tak sama. Buat jadual pagi buat apa, tengah hari buat apa dan malam buat apa. Dah buat jadual, print, laminate, tampal lah kat mana yang mudah nampak contoh peti ais, kalau ada command center lagi bagus. Hani tampal kat command center. Bila buat kerja ada rutin dan jadual, kerja siap tanpa stress.
✅letakkan semua peralatan mengemas dan membersih di satu tempat/bakul/bekas khas.
Hani sediakan “cleaning caddy” khas untuk letak berus-berus/penyapu kecil, spray pembersih + pewangi dan peralatan membersih yang sesuai. Kalau nak buat deep cleaning kat mana-mana, angkut je bakul tu.
✅Go minimalistic
Kurang barang, kurang bersepah, kurang mengemas.
✅Pastikan setiap barang ada “rumah”nya. dan Label kalau perlu.
Kek minyak memang cukup digemari ramai, resipi yang simple dan cara buat pun mudah.
Jika ibu-ibu teringin nak buat untuk minum petang atau sajian hujung minggu nanti, boleh lah cuba resipi ini.
Menggunakan bahan yang mudah dan caranya pun tidak rumit. Guna pengisar pun dah boleh dapat kek yang gebu Dan lembut. Nah admin kongsikan resipi daripada puan Masni Bahari
Kek minyak sunquick kukus..alhamdulillah menjadi dgn gebunya…ada yg suka x🙋♀️
Edit resepi..
Kek Minyak Sunquick Kukus
Bahan-bahan
4 biji telur..
2 cawan tepung gandum..
1cawan gula..blend halus
1 cawan susu cair..
1cawan minyak masak..
1sudu besar ovelet..
1sudu besar baking powder..
3 sudu besar pati sunquick..nak lebih silakan
Skit pewana oren..
Caranya..
Satukan semua bahan kecuali tepung minyak susu cair..mixer bahan td sampai jadi putih gebu. Kemudian, baru tuang susu cair minyak..mixer sebati baru tuang tepung..adun sebati.
Sapu minyak skit dekat loyang alaskan dgn kertas minyak..pastu kukus selama 45minit sampai masak na.
Pastikan air betul2 mendidih baru letak adunan kek tadi. Siap!
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi. Bagi mereka yang...