Perlu Buat 5 Perkara Ni, Agar Lebih Subur & Cepat Mengandung!

Share

Mendengar perkataan subur mungkin tidak menjadi perkara penting  bagi yang belum berkahwin. Namun perkataan ini sekali sekala akan menjadi sesuatu yang serius bagi seorang wanita yang telah beberapa tahun berumah tangga namun masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.

Menjalankan pemeriksaan kesuburan adalah salah satu langkah bijak yang perlu anda lakukan. Pun begitu, anda juga  harus cuba untuk memastikan semua aspek penjagaan kesihatan dan kesuburan tetap terjaga. Apakah ia? Jom semak.

1. Pilih Makanan Sihat
Makanan yang sihat pastinya adalah makanan yang baru dimasak. Selain itu pilihlah buah-buahan segar dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.
Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.

2. Kawal Berat Badan

 

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.

3. Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!

4. Elak Aktiviti Berat
Aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan anda. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan anda. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.

5. Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung. Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!