Berita keruntuhan rumah tangga penyanyi Shila amzah sememangmnya mengejutkan ramai para peminatnya dan para wartawan. Sememangnya sukar untuk menghidu cerita perkahwinannya walaupun Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang agressif dalam melontarkan sesuatu pendapat.
Mengakui keputusannya untuk menamatkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa hubungan itu harus diselamatkan namun Shila memilih untuk tetap dengan keputusannya.
Shila yang pernah berdepan ujian episod hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja. Ianya tidak wajar didedahkan kepada umum.
“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
“Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.
Sementara itu, Shila ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama.
Jelas pelantun lagu Jauh Hati itu, Shila yakin bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya sendiri.
“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.
“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila sempat menitipkan pesanan kepada semua wanita dan bapa tunggal untuk membuat keputusan yang membahagiakan diri.
“Wanita boleh membuat keputusan sendiri tak kisah sama ada awak ada pasangan ataupun tidak. Sebagai wanita perlu mampu untuk menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.
“Kepada semua wanita atau bapa tunggal di luar sana, jangan malu dan takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, maka teruskan,” tambahnya lagi.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club