‘Perkenalkan Putera Kelima Kami, Tapi Yang Pertama Di Dunia.” 6 tahun Berjuang Miliki Cahaya Mata, Kisah Ibu Ini Cukup Berinspirasi!

Share

Perjalanan pasangan ini dalam mendapatkan zuriat cukup berliku. Lima kali dikurniakan cahaya mata namun takdir Allah semuanya dijemput Ilahi sebelum sempat menjengah dunia.

Namun, tidak sedikit pun timbul keluhan jauh sekali meratapi akan nasib diri. Sebaliknya, pasangan ini terus berusaha dan tidak putus asa memohon pada Yang Esa.

Nyata doa mereka dimakbulkan bila mana lahirnya seorang putera melengkapi  hidup pasangan ini. Ikuti kisah yang dimuat naik  puan As-syahidah Dukturah Inirah dalam facebooknya.  Cukup berinspirasi buat pasangan lain yang masih berusaha untuk memiliki cahaya mata.

KERANA TAKDIR ALLAH SELALU INDAH.

Alhamdulillah segala kesusahan dan kesulitan terasa ringan setelah melihat wajah yang tidak berdosa.
1. Wan muhammad asdaq, 17w, 240g
2. Wan muhammad ahmas, 19w, 270g
3. Thuwaibatul aslamiah, 20w, 290g
4. Wan muhammad aman, 23w, 400g

#5. WAN AHMAD DIHYAH KHALIFAH BIN WAN MUHAMMAD SILMI,
12/10/20, 37w1d, 2.78kg, baby boy

We did it!!
Perkenalkan putera ke lima kami, tapi yang pertama di dunia.

😊😊😊😊

PERMULAAN pada perjuangan kami untuk anak sulung di dunia ini telah selesai.

Setelah hampir 6tahun perjuangan 😭😭
Namun masih jauh perjalanan di hadapan sana.🤧🤧

Merancang untuk hamil pada bulan 3 setelah perbincangan dgn pakar. Alhamdulillah awal bln 3 disahkan mengandung. Indahnya takdir 😊

Pada awal kandungan, sy bermimpi melihat bulan mengambang, besar dan cerah, saiz nya besar daripada bulan yang kelihatan di dunia ini. Pada saat tu, sy yakin Allah akan beri peluang bagi kami kali ini.

Warded di HUSM selama 16minggu, dari umur kandungan 20minggu sehingga 36minggu. Sempat discaj seminggu, dan selamat melahirkannya pada 37minggu.

Sempat menyambut besday suami d wad korporat (20w-29w stay d wad korporat).

29w ke atas stay dalam wad biasa. Tanpa suami menemani di wad dan waktu bersalin kerana musim covid. Seminggu sekali saja dapat jumpa suami dan mak.

Kisah Saidatina Maryam menjadi penyuluh dan penguat semangat. Beliau menghadapi saat mengandung dan kelahiran seorang diri. Hanya kepada Allah tempat bergantung dan berserah diri.

Kuasa Allah! Doa termakbul bila kandungan dapat bertahan sehingga 37minggu. Walaupun pada usia 33w terpaksa buka ikatan cerclage kerana ada kontraksi pramatang. Alhamdulillah, baby bertahan cukup bulan!

Ok, Covid Gelombang ketiga awak keluar Dihyah 😅

Saat lahirnya Dihyah ke dunia, Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Syukurnya, tanpa ucapan yang mampu diungkapkan. Dan perkara pertama yang ku ingat, adalah wajah abang-abang dan kakak nya. Mirip sekali semuanya.

“Dihyah, awak ada kakak dan abang-abang, mereka tunggu kita di sana 😊😊”

Mama takkan lupakan anak2 mama yang sentiasa menunggu kami di sana.

Sekali lagi diuji, belum sempat balik ke rumah, Dihyah ditahan di wad kerana jaundice. Dan sekali lagi, mama seorang diri bersama Dihyah.

Belum sempat rehat mental fizikal, kena kuatkan jiwa sendiri. Air mata tumpah memberi kekuatan untuk bertahan. Sehari bagaikan seminggu. Dan memang seminggu dalam wad 😅😅

Alhamdulillah hari ketujuh Dihyah boleh balik rumahhh!! Terus tahnik.

Dihyah Khalifah merupakan seorang sahabat Nabi, antara yang terawal memeluk agama Islam, merupakan sahabat yang paling tampan (paling mirip wajahnya dengan baginda nabi), malaikat Jibril menyerupai beliau ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi.

Semoga Dihyah juga menjadi seorang yg soleh. Aminnn..

*ingin sy kongsikan antara amalan harian kami lakukan sepanjang mengandung. Ikhtiar kami supaya dikurniakan rezeki anak di dunia. Namun, segalanya adalah kehendak Allah jua.

1. Selawat 500x setiap hari
2. Qiamullail, tahajjud, taubat, hajat, witir
3. Baca quran sebelum subuh
4. Sedekah setiap hari, dan jika jumpa dengan org susah, minta mereka doakan kandungan kita selamat
5. Alfatihah 41x selepas solat maghrib beserta doanya
6. Solat hajat 100x qulhuallah


7. Istighfar sebanyak mungkin
8. Membaca alquran sebanyak mungkin, dan dengar Qurantime sebagai pengisian jiwa
9. Solat dhuha 12 rakaat (4/6/8/10 rakaat ikut kemampuan)
9. Doa lah banyak2, karang ayat yang baik untuk dibaca di hadapan Allah, minta kepadanya dengan bersungguh2.

Amalan2 ini semua daripada nasihat2 orang dan ilmuwan sekeliling. Mungkin amalan2 ini blh membantu kalian juga dalam mencapai hajat kalian (jodoh, anak, harta). Semoga ia juga menjadi saham pd kami. 😊

Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini, malaikat kecil, Dihyah.

Doakan anak kami jadi anak yang soleh, dipilih Allah menjadi penolong agamaNya. Amin….
اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل امين

Catatan ini sebagai nukilan mama untuk mama sendiri sebagai memori terindah perjalanan melahirkan Dihyah ke dunia.

Terima kasih ya Allah atas takdirMu yang terindah ini. 🥰🥰🥰

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub