Perkenalan singkat pasangan ini akhiirnya menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah
Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.
“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.
pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.
“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.
Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.
Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan. Ditanya mengenai anak, kedua-dua mereka mengakui tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Dalam pada itu, pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.