Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyifatkan dirinya bernafas semula selepas dibebaskan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram pada 2021.
Usai dibebaskan, Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkupiah putih menzahirkan keinginan untuk bertemu ibunya.
“Perkara pertama yang saya nak buat, jumpa mak saya di sepang, dia sakit, itu keutamaan saya,” katanya.
Dalam pada itu, pengalaman dipenjarakan memberikan kesan yang besar kepada dirinya.
“Sepanjang dipenjarakan, saya macam mati namun masih bernafas sebab tiada hubungan luar, namun alhamdulillah… Allah bagi saya bernafas semula, pengalaman itu beri pengajaran yang cukup besar.
“Berbekalkan semangat yang ada, radio ‘Bapakku FM’ akan dibuka semula. Cuma beri sedikit masa, saya akan teruskan kembali sebagai penyampai radio,” katanya.
Dalam pada itu, DJ veteran yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun itu tidak sabar menjalankan tugas sebagai bapa bagi mewalikan anak pernikahan anak perempuannya Oktober ini.
Setelah sekian lama meringkuk di penjara, baharu ini dia dapat merasakan kebebasan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak.
@keluarga.my Betul ke OCD ini akan membuatkan kita pening? Ini yang dihadapi oleh Awal Ashaari yanb menghidap OCD #keluaga #majalahkeluarga #awalashaari #ocd ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
“Insya-ALLAH, saya akan mengadakan majlis doa kesyukuran, saya memohon semua pihak memberi masa sebulan, untuk saya berehat,” kata juruhebah ‘legend’ sejak 1990-an itu.
Ismahalil dibebaskan selepas Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Berikut adalah kronologi kes dihadapinya:
1-Ismahalil didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 September 2021.
2-Pada 21 Februari tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
3-Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
4-Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.
Ismahalil bermula sebagai juruhebah pada tahun 1994 di Radio Muzik diikuti Rediffusion FM dan THR Gegar Pantai Timur.
Sumber : Sinarplus