Dalam pada bangga melihat anaknya berbakti kepada masyarakat, terselit rasa kebimbangan dalam diri wanita tua ini apabila anaknya yang bekerja sebagai Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sering berdepan dengan ancaman dari haiwan berbisa.
Pada Selasa lalu, maka terungkailah segala kebimbangan Noriah Awang apabila anaknya Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad telah meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa ketika sedang bertugas.
Lebih menyedihkan lagi, anaknya itu sepatutnya bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya Aidiladha yang bakal menjelang pada bulan Jun ini.
Menurut Noriah Awang yang berusia 67, anak lelakinya itu adalah daripada lima beradik itu akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu.
“Arwah minat dengan haiwan reptilia ini sejak kecil dan dia mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular.
“Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Mohd Idris telah dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar ketika sedang bertugas.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
“Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buang pinggangnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Kaum Wanita Letih Sediakan Juadah, Tak Cukup Tidur! Tapi Mereka Adalah Golongan Yang Paling Banyak Pahala Sepanjang Ramadan Kerana….
Sepanjang bulan Ramadan ini, ramai berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah demi meraih pahala berganda yang dijanjikan. Namun bagi sebilangan wanita, mereka mungkin merasakan bahawa mereka adalah insan yang rugi kerana waktu untuk beribadah sangat terhad.
Seperti yang diketahui, setiap wanita tidak dapat berpuasa ‘penuh’ kerana kedatangan haid. Pun begitu, waktu mereka sepanjang bulan Ramadan ini juga snagat terhad apabila terpaksa melakukan pelbagai perkara seperti menyediakan juadah sahur dan juga berbuka puasa.
Malah bagi wanita yang bekerja, sudah pasti waktu tidur seharian mereka terganggu kerana harus bangun awal untuk menyediakan makanan bersahur.
Di sebelah petangnya pula, setelah penat pulang bekerja mereka akan sambung melakukan kerja di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa bagi keluarga tercinta.
Walaupun kaum wanita ini merasakan mereka sangat rugi kerana waktu untuk duduk di tikar sejadah bagi menunaikan solat sunat dan juga masa untuk membaca al-quran adalah terhad .
Bagaimanapun sebenarnya kaum wanita merupakan golongan yang paling banyak pahala pada bulan Ramadan ini lebih-lebih lagi yang bergelar ibu atau isteri yang banyak menyediakan juadah bagi keluarga tercinta.
Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri, orang yang paling banyak pahala puasa adalah para isteri dan ibu. Merekalah yang menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.
Yelah, rutin isteri dan ibu berubah apabila perlu bangun awal pagi untuk menyediakan lauk pauk bersahur. Bahkan juga penyediaan makananan berbuka puasa.
Tidak dinafikan rutin akan berubah hingga membuatkan ada segelintir isteri mula merungut tanpa sedar.
Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri, ini sebabnya;
1. Sebab mereka ini masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
2. Nampak macam biasa-biasa sahaja masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
3. Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa mereka itu mereka akan dapat.
4. Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau mendiami rumah mertua.
5. Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
6. Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja kan? Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
7. Jadi, para isteri dan ibu jangan pernah rasa letih untuk masak pada waktu petang ketika bulan Ramadan kerana pahalanya sangat besar.
8. Walau masak tidak jadi ke, walau masak tidak sedap ke, itu lain cerita. Yang penting, masak sahaja, lepas itu ada orang makan untuk buka puasa, sudah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan itu.
9. Apa lagi kalau masak dengan ikhlas, masak dengan wajah manis, masak sambil berzikir, masak sambil dengar bacaan al-Quran. Lagilah bertambah banyak pahalanya itu.
Semoga bermanfaat!
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rugi RM735,000, Pesara Kerajaan Terpedaya Sindiket ‘Phone Scam’
Rugi RM735,000, pesara kerajaan terpedaya sindiket ‘phone scam.’ Dalam era digital ini, kita semakin kerap mendengar tentang penipuan melalui panggilan telefon atau lebih dikenali sebagai ‘phone scam’.
Rugi RM735,000, Pesara Kerajaan Terpedaya Sindiket ‘Phone Scam’
Sindiket penipuan ini menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsa, sering kali melibatkan pemerasan wang atau pencurian maklumat peribadi.
Memetik Sinar Harian seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.
Beliau berkata, warga emas itu kemudiannya diminta untuk memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.
“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya, dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
INFO TENTANG SINDIKET ‘PHONE SCAM’
Modus Operandi
Sindiket ‘phone scam’ beroperasi dengan cara yang sangat licik dan sering kali sukar dikesan. Berikut adalah beberapa taktik yang biasa digunakan:
Penyamaran sebagai Pihak Berkuasa: Penipu menyamar sebagai pegawai kerajaan, polis, atau bank, dan memberitahu mangsa bahawa mereka terlibat dalam kesalahan atau aktiviti mencurigakan. Mangsa kemudian diminta untuk membayar denda atau memberikan maklumat peribadi.
Hadiah Palsu: Penipu memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah besar, namun untuk menuntut hadiah tersebut, mangsa perlu membayar sejumlah wang sebagai ‘yuran pentadbiran’.
Tekanan Emosi: Penipu menggunakan taktik tekanan emosi seperti mendakwa ahli keluarga mangsa terlibat dalam kemalangan atau berada dalam bahaya, dan meminta wang segera untuk membantu.
Kesan Kepada Mangsa
Kesan daripada menjadi mangsa ‘phone scam’ boleh menjadi sangat parah. Antaranya termasuk:
Kehilangan Wang: Mangsa boleh kehilangan sejumlah wang yang besar, yang sering kali sukar atau mustahil untuk diperoleh kembali.
Kecurian Identiti: Maklumat peribadi yang dicuri boleh digunakan untuk pelbagai tujuan jenayah seperti pembukaan akaun bank palsu, permohonan pinjaman, atau pembelian atas nama mangsa.
Tekanan Mental: Mangsa boleh mengalami tekanan mental yang teruk akibat daripada ketakutan, kebimbangan, dan perasaan malu kerana terpedaya.
Langkah-Langkah Perlindungan
Untuk melindungi diri daripada sindiket ‘phone scam’, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon, terutamanya jika panggilan tersebut tidak dijangka.
Semak Identiti Penelefon: Jika seseorang mendakwa daripada organisasi tertentu, minta nombor untuk dihubungi kembali dan semak kesahihan identiti tersebut dengan organisasi berkenaan.
Jangan Terpedaya dengan Tekanan: Penipu sering kali menggunakan tekanan untuk membuatkan mangsa bertindak segera. Luangkan masa untuk berfikir dan semak kebenaran sebelum membuat sebarang keputusan.
Lapor kepada Pihak Berkuasa: Jika anda menerima panggilan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sindiket ‘phone scam’ merupakan ancaman yang semakin berleluasa dan boleh memberi kesan yang serius kepada mangsa. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah-langkah perlindungan yang sesuai, kita boleh mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan ini. Sentiasa berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik licik penipu.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Tiba-Tiba Rebah Kerana Dapat Berita Pemergian Isteri, Lelaki OKU Ini Rupanya Scammer! Tipu Ramai Orang Dengan Cerita Sedih
Pernah Disangka Scammer, Obcakession Raih Perhatian Tawar Pakej Murah
Jangan Terpedaya! Scammer ‘Bantuan Warganegara Malaysia’ Kini Berleluasa
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
SAKSIKAN DIARI MADAMMU INSPIRASI KEJAYAAN WANITA MASA KINI YANG BAKAL DITAYANGKAN PADA 3 JUN
Eriyca Baiduri usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah
memulakan perniagaannya sejak tahun 2017. Siapa sangka Madammu yang pernah
menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya
melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty. Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan. Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi
sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet
yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit
tentang hidupnya.
Oleh yang demikian, Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv akan
menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit yang bertajuk
“Diari Madammu”. – “Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam (6)
episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di
saluran ASTRO RIA.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona
ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan
menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi
impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana
untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai
impian mereka.
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca
Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang
isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya. Diari Madammu ini juga
turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di
rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan,
bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah
ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya
sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak
pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan
proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh
dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang
wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun
sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya
hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi
lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi
gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan
dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi
yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke
labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak
terduga.