
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang kini sedang hamil sempat berkongsi pengalamannya sepanjang hamil.
Akui Syasya, dia kini berperang dengan emosi malah mudah tersentuh dengan pelbagai hal disekeliling.
Tambah Syasya lagi, dia juga mengalami perubahan ketika hamil iaitu sering merasa sunyi meskipun ramai menemaninya.
“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil..ianya tentang rasa sunyi.
“Walaupun ada orang yang di sekeliling yang menyokong dan teman tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.
“Sangat penting untuk ada ‘support system’,” katanya berkongsi.
Akui Sasya lagi dia pada mulanya turut merasa pelik dengan perubahan emosi yang dilalui sejak hamil.
“Kadang kadang akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis.
“Entahlah, pelik juga,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat perkara tersebut adalah normal bagi seorang wanita hamil yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.
Terdahulu, Syasya dan suami, Nasrullah Mohd Sapie disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.
“Kalau Bergaduh Dengan Isteri, Mesti Settle Dulu Sebelum Tidur.” Dato Fazley Kongsi Tip Tangani Masalah Suami Isteri!

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri.
“Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
“Tunggu Ibu Yang Nak, Di Syurga.” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Anak 9 Bulan Didakwa Lemas Dalam Baldi.

Berita duka di pagi Jumaat. Seluruh warganet mendapat berita pemergian seorang bayi yang baru berusia sembilan bulan yang maut dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat tubuh kecil anak yang selama ini lincah dan gelagat yang mencuit hati, tetapi sekelip mata, hilang padangan mata dan kaku tanpa nafas meninggalkan alam fana menuju ke alam abadi.
Menurut laporan, tragedi menyedihkan ini, berlaku apabila mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh penjaga taska berkenaan, selepas didapati tiada di dalam bilik.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, petang semalam.
Ahli sukarelawan sebak menguruskan jenazah
Sementara itu, melalui perkongsian Unit Khas Van Jenazah menceritakan suasana pilu ketika jenazah dimandikan. Lebih meruntun jiwa melihat seorang ibu menangisi pemergian anak yang masih bayi.
Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi.Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.
Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut ” rayyan tunggu ibu disyurga”,”tunggu ibu ye nak disyurga”.
“Tunggu ibu ye nak, disyurga”.
Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak.tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!
Kebumi jenazah secara percuma
Menurut perkongsian Unit Khas Van Jenazah ini lagi, urusan kebumi jenazah bayi berkeaan dilakukan secara percuma tanpa bayaran. Tambahan pula, ibu bayi adalah adalah ibu tunggal.
Pada masa yang sama, pihak mereka mengharapkan keadilan dengan kecuaian oleh pihak pengurusan taska.
Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.
Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.”
Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!
Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.”
Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin.dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!
Sumber: Berita Harian dan Unit Khas Van Jenazah
‘Isteri Ni Sebenarnya Nak Perhatian Lebih Daripada Suami Aje.’

Isteri ni jika di sayang sangat pada suaminya, tentu segala yang dilakukannya adalah segalanya untuk suami.
Kadang apa yang dibuatnya, pada pandangan suami nampak remeh tetapi ia sebenarnya nak perhatian suami.
Ini dinyatakan oleh saudara Muhammad Yusof ada benarnya. Ikutinya catatanya.
Sebenarnya dalam perkahwinan, suami kena belajar ‘seni’ dalam memahami kaum perempuan sebab dalam dunia ni antara makhluk Tuhan yang paling komplikated untuk difahami ialah perempuan. Kenapa aku kata gitu?
Kadang-kadang suami dah tanya bini dah ‘sayang lapar tak? Nak makan apa?’ Berpuluh kali isteri jawab ‘sayang tak lapar..’. Then, masa ko dah tukar kain pelekat nak tidur, ‘Abang, sayang lapar la.’ Nampak? Ni contoh pertama mengapa perempuan ni makhluk paling susah untuk difahami.
Contoh lain. Suami punyalah pulun satu hari dobi baju, basuh moto waisuki, mop lantai, basuh tandas, isteri rilek je santai-santai main henset. Then bila tengahari, isteri masak, suami pulak ambil peluang baring-baring kejap sambil main henset, tiba-tiba terdengar suara dari dapur ‘U ni memang kerja menghadap henset je satu hari, kan!’.
Apa-apapun buat suami walaupun perempuan sebegitu rupa perangainya tapi ingatlah perempuan inilah yang berada di belakang kita saat jatuh dan bangun, saat susah dan senang. Saat daripada naik motor berdua sampai naik mpv. Permudahkan kerja mereka, cukupkanlah makan pakai mereka dan hargailah mereka walaupun macam aku cakap ‘perempuan ni adalah makhluk paling komplikated dalam dunia.’
So kepada suami, bersiap sedialah daripada awal. Kalau isteri kata tak nak makan tu ko tapaulah siap-siap. Kalau dia masuk dapur tu ko tolonglah apa yang patut, buat air ke, masak gulai kepala ikan ke, parut kelapa ke.
Isteri ni sebenarnya dia nak perhatian lebih daripada suami dia je. Yelah, perempuan ni selain daripada susah difahami, isteri juga adalah makhluk Tuhan yang paling setia. Hidup dan mati dia hanya untuk suami yang dia sayangi.
Saje nak tanya ni, betul tak puan-puan isteri semua?