Perkahwinan Ni, Tak Ada Remeh-Temeh. Semua Perkara Penting. Selesaikan Sendiri Atau Bincang Dengan Pasangan.

Share

Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan. Dalam hal ini, pasangan dilihat sebagai melengkapi antara satu sama lain.

Namun ada juga yang sebaliknya. Jika ia berlaku, tentu akan memberi kesan kepada perkahwinan itu. Biarpun hal remeh temeh, ia sebenarnya penting dalam sebuah perkahwinan.

Ikuti hal ini sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini.

Pernah dengar ayat "Lelaki tidak suka benda remeh-temeh" ??

Nur pernah. Tapi dah tak ingat dari mana dari siapa dan bila.

Pernah dengar ceramah Ustaz Elyas Ismail. Pernyataan ini betul tetapi ia perlu guideline.

Wanita perlu berdikari.
Tapi jangan sampai terlebih.

"B, sewa rumah belum bayar"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.

"B, beras habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.

"B, pampers anak habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.

Ada isteri, sampai masa, terus bayar, terus buat. Diam saja.

Jangan hairan. Ada suami, mereka memang langsung tidak tahu dan takda idea apa yang mereka patut lakukan. Betul, ada. Lagi-lagi bila isteri pun bekerja.

Dulu, Aidil pon macamni. Dia macam tak terfikir apa yang patut dia buat.
Walaupon benda tu nampak kecil / remeh di mata Nur.

Jadi nak buat apa??

Bagitahu. Cakap.
Bukan nak peningkan kepala suami. Apabila kahwin, secara automatik akan ada banyak benda remeh-temeh akan kena fikir.
Kalau rasa nak hidup aman, tenang, fikir tentang diri sendiri… Perlu fikir banyak kali dulu sebelum kahwin.

ISTERI INGATKAN SUAMI

Isteri, tolong ingatkan.
Dan Alhamdulillah..
Sekarang, Aidil automatik dah program dalam kepala dia hal² yang kita rasa 'remeh' ni.
Sampai kadang Nur terlupa bagitahu beras / barang² lain dah habis pon dia yang beli dulu. Sebab dah terbiasa terperhati.

Dalam perkahwinan, tak ada yang remeh-temeh. Semua perkara adalah penting. Cuma ada yang perlu dibincang, ada yang boleh dan patut diselesaikan sendiri tanpa suami. Ada yang perlu dibiarkan saja.

Kredit: Nur Zaind