Ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman pagi ini memaklumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Datuk ND Lala yang merupakan pelakon dan penyanyi era 1980-an.
Perkara ini dikongsikan sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya yang memaparkan sebuah gambar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang berbentuk mesej suara.
Di ruangan kapsyen, Fauziah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir. Dedah Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan memaklumkan kepada dirinya pada Selasa.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah,” tulisnya.
Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Ads
“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini memohon orang ramai mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan sepertimana ketika dirinya ditipu.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Ads
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” jelasnya.
Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.
Mira Filzah pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu, “Rasa nikmat dapat solat Tahajud di Masjidil Haram.” Setiap Muslim, peluang untuk menunaikan Umrah adalah satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan.
Mira Filzah Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu, “Rasa Nikmat Dapat Solat Tahajud Di Masjidil Haram”
Mira Filzah Tunai Umrah Bersama Keluarga, “Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu”
Bagi pengacara dan juga pelakon Mira Filzah, pertama kali menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu merupakan satu pengalaman yang baru buat dirinya. Ibu jelita ini mengakui bahawa ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.
Berikut hantaran Mira Filzah di laman Instagramnya.
Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me. We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.
Thank you my love @wanemirastar.Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.
Kalau anak-anak dulu, bebas dibiarkan bermain kat luar. Tak kisah la apa pun, bermain basikal, main bola, lompat getah, dan bermain lari-lari. Sememangnya itulah kehidupan yang pergi dihadapi oleh mereka. Dunia yang bebas dengan masalah.
Tapi kini, sejak munculnya pelbagai jenis gajet, anak-anak lebihnya masa di rumah. Banyak habiskan masa di hadapan screen tak kisahlah televisyen mahupun telefon pintar menonton video atau bermain permainan.
Perkara ini sememangnya ini amat merisaukan untuk ibu bapa. Mereka perlu memantau juga anak-anak.
Namun, lain pula dengan video ini apabila ibu bapa membawa anak mereka ke sebuah muzium penjara telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok, keluarga ini pada ketika itu sedang melawat sebuah muzium penjara yang terletak di Melaka. Pada ketika itu, dapat dilihat juga pegawai bertugas sedang menunjukkan bagaimana cara sebatan bagi pesalah di penjara tersebut.
Dalam pada demonstrasi tersebut, si ibu dan bapa turut mengusik anak mereka yang suka bermain telefon dengan bertanyakan kepada pegawai tersebut adakah kanak-kanak yang suka bermain telefon akan mendapat sebatan yang sama.
Dek kerana faham dengan situasi tersebut, pegawai berkenaan mengiyakan saja dan memesan agar jangan selalu bermain telefon.
Situasi itu membuatkan si anak menangis kerana takut akan mendapat nasib sebatan yang sama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa terhibur melihat respon dari adik berkenaan. Malah, ada juga yang bersetuju nasihat begini kepada anak kecil supaya mereka tidak terus lalai dalam dunia gajet ini.
Mungkin cara kita peluk anak selama ni tidak betul. Keadaan ini mungkin menyebabkan anak makin keras dan melawan!
Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.
Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!
Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.
Cara peluk yang betul :
1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.
2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.
3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke ?
4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!
6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.
7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!
Sumber: FB Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.