Bilamana seorang wanita itu telah berkahwin, reda suaminya adalah syurga baginya.
Hakikatnya, syurga itu menjadi dambaan semua antara kira. Namun perjalanan menuju ke sana tentu ada cabaran dan syaratnya.
Hal ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin. Bersama fahaminya dan semoga kita semua melalui jalan yang dipermudahkan dengan adanya sabar dalam hati.
Perjalanan mencari syurga buat seorang isteri…
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
– Hadis Riwayat Ahmad.
4 syarat utama buat seorang isteri untuk masuk ke syurga pilihannya ialah :
1 – Solat Lima Waktu…✍️ ✅
Ads
2 – Puasa Di Bulan Ramadan…✍️ ✅
3 – Menjaga Harga Diri…✍️ ✅
4 – Taat Perintah Suami…✍️❓
3 syarat utama untuk melayakkan isteri masuk syurga tu tak susah untuk dipenuhi, tapi syarat ke 4…?
Ianya bergantung kepada siapa yang menjadi suaminya…
Ads
Adakah si suami memudahkan urusan si isteri untuk taat? Atau menyukarkan isteri untuk taat…?
Suami tak solat, isteri kena taat…suami tak puasa, isteri kena taat…suami culas bab nafkah serta tanggungjawab, isteri kena taat…suami pemalas, isteri kena taat…
Selagi suami tak suruh berbuat jahat, tak suruh melakukan perkara yang dilarang agama, tak suruh menyekutukan Allah s.w.t…
Ads
Tapi, isteri susah nak taat dan hormat pada suami yang tak memenuhi hak-hak seorang isteri dan tak menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t…ketaatan itu adakalanya dibuat dalam keterpaksaan disebabkan,
Rasa tidak puas hati dan tidak senang hati untuk menurut perintah suami kerana suami tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagai seorang ketua keluarga…
Selagi masih bergelar isteri, walaupun dikurniakan dengan pasangan yang berbentuk ujian, ketaatan itu perlu ada dalam hubungan berkenaan selagi anda memegang status isteri dan dia suami…
Ini untuk melengkapkan syarat ke 4 yang membolehkan anda memasuki syurga pilihan anda sendiri…bersabar dan bertabah lah duhai si isteri yang diuji…
13 Jam Tahan Buang Air Besar Dalam pesawat? Pilot Buat ‘Kursus’ Ajar Guna Tandas Kering Dalam Pesawat
Buat anda yang pernah melancong atau melakukan ibadat haji atau umrah menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pasti tidak ketinggalan untuk menggunakan tandas di dalam kapal.
Tempoh lama dalam kapal terbang membuatkan pengunaan tandas di atas pesawat. Namun jika salah penggunaan tandas sudah tentu berbau dan menjadi kotor. Malah ada yang sanggup menahan daripada membuang air besar.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tak sangka kan ada macam-macam peel penumpang kapal terbang. Cakna dalam hal ini, perkongsian daripada pilot, Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah sediakan ‘kursus’ mengguna tandas dalam kapal terbang.
Ia diharap dapat memberi ilmu baru kepada penumpang. Biarpun nampak biasa-biasa aje tetapi penting untuk mendidik penumpang untuk kebersihan diri
Katanya video itu bukan video rasmi syarikat penerbangannya tetapi video peribadinya untuk berkongsi ilmu.
Menariknya dia menunjukkan jenis-jenis tisu dalam tandas berkenaan termasuk tisu untuk pelapik tandas.
Dia juga menasihati kebersihan amat penting untuk mengelak tandas tersumbat ketika dalam pesawat
CARA BERISTIJMAR TANDAS KERING
Tidak dinafikan penggunaan tandas kering dalam kapal terbang memberi kesukaran kepada penumpang untuk membersihkan diri terutama air besar dan kecil.
Dalam video berkenaan dia menjelaskan bagaimana menggunakan cara beristijmar dalam kapal terbang menggunakan tisu.
“Jangan ragu-ragu. Di sebabkan tak biasa ada yang dalam penerbangan sampai tidak mahu buang air besar menahan sebegitu lama.
“Kalau flight pergi Jeddah 9 jam, flight pergi London 13 jam . Tak nak buang air besar dan anggap tiada ada cara yang betul mengikut cara Islam.”
TANDAS KAPAL TERBANG TAK ADA LUBANG
Dia juga turut menunjukkan cara untuk memastikan tandas dalam pesawat dalam kering dan bersih.
Katanya, lantai tandas pesawat tak mengandungi lubang untuk membolehkan air mengalir keluar disebabkan ia tandas jenis kering.
“Elakkan air jatuh ke lantai yang boleh menyebabkan lantai menjadi kotor dan air melimpah.
“Jika berlaku, lap lantai basah dengan tisu yang disediakan,” sambil menunjukkan cara lap lantai menggunakan kaki.
“Pesannya elakkan air jatuh ke lantai untuk mengelak ia menjadi kotor air melimpah ke lantai. Jika melimpah ambil tisu untuk lap.
“Sendiri guna tandas, sendiri bersihkannya. Kebersihan amat penting,” ujarnya turut meluahkan rasa kecewa apabila ada penumpang muslim tidak menjaga kebersihan tandas.
Berikutan berita kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu yang berpunca daripada penggunaan telur tamat tempoh, ramai warganet melahirkan rasakan kebimbangan. Malah semalam dilaporkan seorang mangsa puding buih pertama telah meninggal dunia akibat keracunan makan tersebut. Benar, ajal dan maut itu semua ketentuan Ilahi, namun tidak salah kita terutama ibu-ibu bersikap teliti dalam penyediaan makanan.
Ekoran itu, ramai yang melontarkan pelbagai persoalan mengenai jangka hayat telur yang dalam keadaan baik. Malah ada juga berkongsi pengalaman, telur dalam keadaan busuk walaupun tarikh lumut masih lambat, telur kuning cair dan sebagainya.
Cakna mengenai hal ini, kerana telur bahan asas dalam membuat hidangan utama kita terutama kek, puding dan biskut. Jika telur tidak dimasak dengan sempurna atau telur yang rosak boleh menjejaskan kesihatan.
Menerusi facebook Khairil Izham, ikuti lanjut panduan bagaimana untuk kita pastikan telur dalam keadaan baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Telur ayam mesti jadi kewajipan setiap rumahkan? Yela, kalau contoh tak ada lauk lain, masa singkat, kecemasan nak makan segera, mesti telur menjadi pilihan utama untuk disediakan selain sardin.
Tapi, adakalanya membeli stok telur yang banyak akan menyebabkan telur rosak jika tidak habis digunakan.
Cara paling senang nak tahu telur masih elok atau tidak adalah dengan cara memecahkannya. Tapi, cara ini agak menyusahkan jika yang dipecahkan adalah telur busuk/telur tembelang.
UJI TELUR GUNA RENDAMAN
Cara bagaimana untuk menentukan telur masih elok tanpa memecahkannya.
1. Sediakan sebuah mangkuk berisi air bersih. (air suhu bilik/air paip)
2. Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk berisi air tadi.
3. Lihat kedudukan telur berkenaan:
– Telur tenggelam ke bawah menandakan ia masih elok.
– Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok tetapi perlu dimasak dengan segera.
– Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok.
Masih segar, baru beli tadi.Telur yang berdiri adalah dalam 2 ke 3 minggu
4. Sekiranya berasa ragu-ragu, cuba ambil telur yang terapung dan goncangkan. Jika terdengar bunyi kocakan bermakna telur sudah tidak elok.
Boleh juga rujuk gambar lukisan untuk tahu usia telur.
Telur dalam keadaan baik terendam. Ini bermakna telur ini segar dan selamat digunakan.
Telur tenggelam tetapi sedikit senget sudah seminggu disimpan.
Telur tenggelam tapi posisi tegak sudah tersimpan lebih 2 hingga 3 minggu. (Penanda rongga udara di dalam telur semakin banyak)
Telur sudah timbul ke permukaan air, bermakna sudah rosak dan tidak boleh digunakan.
Seterusnya ikuti info tambahan daripada laman food-hacks.wonderhowto.com
*ALERT CARTA MUDAH NI.
3.UJI KUNING TELUR
Ada antara kita sudah terbiasa pecahkan telur terus ke kuali. Apa kata selepas ini, jadikan habit, pecahkan telur di mangkuk kecil dahulu sebelum menggoreng. Dengan cara ini kita dapat kesan telur yang tidak elok.
Kuning telur yang masih elok akan berwarna kuning terang dan bila dipecahkan akan terbentuk sempurna. Sebaliknya jika telur yang tidak elok, kuningya akan berwarna sedikit pucat dan cenderung ‘terlerai’ ketika kita pecahkan telur. Malah putih telur pun tidak selikat seperti biasa. Malah, ada juga telur yang mengeluarkan bau yang busuk atau orang dulu-dulu gelarkan ‘telur tembelang’.
4.GONCANG TELUR
Ada juga mempraktikan cara mengoncang telur ke telinga untuk menguji kesegaran. Sekiranya anda dapat mendengar bunyi pemendapan cecair di dalam telur, ia mungkin sudah rosak tetapi jika anda tidak mendengar apa-apa, telur itu dalam keadaan baik. Ini kerana telur yang baru biasanya ketika digoncangkan, tidak akan berbunyi kerana antara putih dan kuning telur masih “mengikat” antara satu sama lain.
5.TARIKH LUPUT
Alert juga mengenai tarikh luput pada bahagian bekas telur. Lazimnya tarikh luput ini ada dipasaraya tetapi agak sukar ditemui di kedai runcit biasa atau pasar borong. Jadi anda perlu bertanya bilakah tarikh telur itu diambil oleh jurujual tersebut.
6. KULIT TELUR
Pegang dan perhatikan sekeliling kulit telur, jika ia mempunyai butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar, ia masih segar. Pastikan juga kulit telur tidak mempunyai sebarang keretakan untuk menjamin telur elok dan tidak tercemar.
Semoga panduan ini menjadi rujukan untuk ibu ayah ketika membeli dan sebelum memasak sebarang hidangan yang menggunakan telur.
IKUTI PERINGATAN DOKTOR INI.
Dalam pada itu, seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari turut melahirkan rasa kebimbangan menerusi facebooknya. Beliau juga turut berkongsi tip mudah untuk kita semua cakna ketika mengunakan telur.
Sejak dapat tahu ada ramai mangsa yang mengalami keracunan makanan berpunca dari penggunaan telur tamat tempoh dekat Terengganu baru ni sampaikan ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), saya dah mula rasa tak sedap hati.
Setiap hari masa bertugas memang kami akan jumpa kes yang kritikal. Tapi kalau ada yang terpaksa dirawat kat ICU tu, kemungkinan besar pesakit tu sebenarnya sedang bertarung antara hidup dan mati.
Akhirnya semalam mangsa berusia 25 tahun tu disahkan dah pergi meninggalkan kita semua akibat kegagalan pelbagai organ dalam badan (multiorgan failure) disebabkan jangkitan kuman yang melampau (septic shock).
Saya yakin kita semua tak nak tragedi dasyat ni berulang balik pada sesiapapun, apatah lagi pada anak kecil kita atau ahli keluarga yang lain.
Sebab tu saya nak minta kita semua tolong periksa betul-betul telur yang ada kat rumah kita tu tiap kali sebelum masak:
👉 Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.
👉 Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.
👉 Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.
👉 Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.
👉 Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.
👉 Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.
👉 Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.
Telur yang dah rosak berisiko tinggi untuk tercemar dengan macam-macam jenis kuman. Tapi antara yang paling kerap dan paling bahaya bila dah tercemar dengan kuman Salmonella.
Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella tu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dasyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi semalam.
Tolong #share info penting ni pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. Siapa tahu tindakan kecil yang kita buat ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.
Tentu ada yang lalui perkara ini, apabila penghawa dingin tidak berfungsi gara-gara di gigit tikus. Nak baiki kena panggil tukang repair, tapi jika sebulan dua kali, tentu ‘lari’ bajet bulan tu.
Menarik dengan perkongsian lelaki ini, beliau telah menunjukan cara menggunakan berus sabut untuk menghalau tikus daripada berada di kawasan itu.
Ikuti lanjut caranya.
Siapa pernah kene macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wire.
Bila panggil tukang repair, mudah je. Panjat, buka dan sambung semula wire tu. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kene, duit kita yang selesai kalau biarkan je.
Petua die bagi, letak berus sabut kat tempat piping masuk. Katanya tajam-tajam berus sabut tu buat tikus tak jadi masuk. Masuk akal juga.
Terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikut boleh masuk. Cuba je. Modal pun tak besar mana.
Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tak de masalah tikus gigit wire dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk.
Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.