Perjalanan Karier Suami & Isteri Berbeza. Dr Ni Ulas Panjang Lebar Moga Bermanfaat!

Share

Cabaran dan ujian wanita bergelar isteri dan ibu serta dalam masa yang sama ingin memajukan diri dalam dunia pekerjaan, nyata bukan perkara mudah.

Begitu banyak halangannya hingga kadang-kadang ada yang tidak sanggup dan akhirnya  ‘berkubur’ sahaja niat untuk lebih maju dalam kerjaya.

Hakikatnya, seorang isteri perlukan sokongan dan dorongan daripada orang sekelilingnya, terutamanya suami dan anak-anak.

Mengulas tentang cabaran  kerjaya seorang wanita, doktor ini menulis dari kaca matanya dan semoga bermanfaat dan menyuntik kesedaran di kalangan suami agar lebih memahani apa yang isteri lalui selama ini.


Saya berasa sedih apabila rakan wanita mengadu nak berhenti kerja atau berhenti belajar separuh jalan disebabkan tiada siapa nak uruskan anak atau orang tua yang sakit.

Tak pernah lagi saya dengar orang lelaki mengalami masalah yang sama.

Anak sakit, anak masuk wad; yang kena mohon cuti kecemasan selalunya ibu. Jarang sekali bapa. Ibubapa sakit, sama juga keadaannya.

Lebih teruk lagi, kadangkala isteri pula kena ambil cuti kecemasan untuk jaga mertua yang sakit; bukannya anak kandung sendiri.

Perjalanan karier wanita dan lelaki memang tak sama.

Memang masing-masing punya cabaran tersendiri namun tekanan masyarakat sekeliling terhadap tanggungjawab wanita lebih berat lagi.

Isteri dan ibu yang sambung belajar sambil berkerja pasti faham akan cabarannya.

Sesiapa yang dapat pasangan yang ringan tangan membantu, berkorban menggalas tugas jaga anak dan uruskan rumahtangga; sebenarnya dia telah mendapat malaikat kiriman Tuhan. Jangan sesekali persiakan pasangan seperti ini.

Gambar hiasan

Namun ada juga rakan saya dulu, waktu mereka sibuk sambung belajar; bukan saja pasangan tak membantu. Malah masa itulah dia buat hal; curang dan berselingkuh.

Ada juga yang sabotaj isteri disebabkan tak sanggup terima isteri yang belajar lebih tinggi darinya. Jika dia ada sarjana muda, jangan sesekali isteri cuba nak ambil sarjana atau PhD. Jatuh harga diri nanti.

Saya amat berterima kasih kepada para lelaki yang berjiwa besar yang menjadi contoh lelaki beriman. Mereka bakal menjadi penanda aras bakal pasangan hidup kepada anak perempuan mereka.

Gambar hiasan

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Quran 9:71)

Semoga kita saling memperkasakan antara satu sama lain.

Sunber : Hana Hadzrami