“Period Tak Teratur Tak Bermakna Tak Subur.” Zuriat Bukan Penentu Bahagia, Dr Say Kongsi Pandangan & Minta Henti Berfikiran Kolot,

Share

Doktor yang juga influencer terkenal, Dr Say baru-baru ini berkongsi pandangan mengenai masalah ketidaksuburan dikalangan wanita. Ini berikutan viral mengenai seorang ustaz yang berhujah tentang wanita meletakkan hantaran tinggi tetapi mempunyai masalah ketidaksuburan haid setiap bulan.

Tidak dinafikan, anak anugerah terindah buat pasangan suami isteri. Kehadiran si kecil ini dinanti-nantikan usai bahtera perkahwinan dilayari bersama. Namun bukan semua pasangan bertuah terus ‘lekat’ selepas berkahwin.  Sudahlah tertekan apa yang dihajati belum diperoleh, timbul pula kata-kata kurang enak daripada segelintir masyarakat kononnya tak subur dan sebagainya.

Dr Say dalam satu perkongsian memuatnaik topik mengenai ketidaksuburan bukanlah disebabkan oleh kesihatan wanita semata-mata. Lebih-lebih lagi yang mengalami masalah period tidak teratur.

“Semalam sy terjumpa message seperti gambar kedua & sekali lagi, terduduk sy dibuatnya. Tak pernah sy dengar sepanjang hidup yg keteraturan period mempengaruhi hantaran seorang wanita. Ustaz ni tak mahir sains rasanya. Kalau nak cakap keteraturan period mempengaruhi kesuburan meh sy cerita science-nya.

“Ketidaksuburan 30% adalah disebabkan kesihatan wanita, 30% disebabkan kesihatan lelaki, 30% disebabkan kedua2 lelaki & wanita & 10% tidak dapat dikenalpasti puncanya. BUKANNYA 100% KETIDAKSUBURAN DISEBABKAN KESIHATAN WANITA. Malah sy pasti ramai je followers wanita sy yg period tak teratur kat sini ada zuriat.

Dr Say yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata ini meminta orang ramai supaya tidak memberi persepsi buruk kepada kaum wanita yang mengalami masalah period tidak teratur.

“Jadi agak mengecewakanlah bila ustaz ni berhujah sebegitu sebab ia memberi persepsi yg buruk kepada wanita yg periodnya tidak teratur sebab TAK SEMESTINYA PERIOD TAK TERATUR BERSAMAAN TAK SUBUR. Bercakap mengenai poligami pulak, memang dalam Islam ada dinyatakan keharusan berpoligami adalah sekiranya isteri mandul.

“Tapi dari pengalaman sy bertanya kepada pakar2 fertiliti & pakar sakit puan, majoriti suami tak buat pun ujian kesuburan sebab ramai yg masih berpemikiran ketidaksuburan 100% disebabkan wanita. Padahal ujian kesuburan lelaki SATU SAHAJA. Tu pun egois taknak buat. Pastu bagi alasan bini aku tak subur maka aku dibenarkan kahwin lain padahal silap2 ko yg tak subur.

Tambah Dr Say lagi, zuriat bukanlah penentu kebahagiaan dalam rumahtangga. Semuanya bergantung bagaimana pasangan suami isteri mengendalikan bahtera perkahwinan mereka.

“Doc apa tau, doc ada zuriat”. Sy & wife dulu mencuba hampir 5 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum kami dikurniakan anak pertama kami. Macam2 teguran bini dapat “dr azu jgn jalan laju sangat nanti susah melekat”, “dr azu jgn gym teruk sgt nnt peranakan tersumbat”. Sekali bila check2, sy yg tak subur, sperma pelbagai bentuk. In a nutshell wahai para lelaki, jangan ingat luaran kita sihat dalaman kita turut sihat sebab zaman sekarang ni banyak sangat kes lelaki tak subur.

“Dan zuriat bukanlah penentu kebahagiaan. Semuanya bergantung kepada pasangan suami isteri tersebut. Kalau kedua-dua rasa saling melengkapi trust me itu dah cukup memadai. STOP BERFIKIRAN KOLOT.

Sumber: say_shazril

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara