Periksa Kesihatan Jantung Di Rumah, Lakukan 3 Cara Mudah Ni
Sediakan payung sebelum hujan, itulah peribahasa Melayu yang juga merupakan kata bidalan yang mengingatkan agar kita perlu sentiasa waspada dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan ini.
Begitu juga halnya dalam penjagaan kesihatan diri, kita tidak boleh ambil mudah dan sewajarnya kita semua perlu menjadi lebih peka dan proaktif. Apatah lagi dalam hal penjagaan kesihatan jantung. Ini memandangkan sebagai mana semua maklum bahawa penyakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja dan ia merupakan penyakit pembunuh nombor satu di dunia.
Bahkan ada sesetengah orang menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung disebabkan oleh sejarah keluarga meskipun menjalani gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan seimbang, hidup aktif dan tidak merokok.
Atas sebab-sebab itu adalah lebih baik untuk kita semua lebih berwaspada dan mendapatkan pemeriksaan berkala bagi membantu mengesan kemungkinan sekiranya ada antara ahli keluarga memiliki simptom penyakit tersebut lebih awal agar rawatan dapat diberikan dengan sebaik mungkin.
Jangan pula ada yang tunggu hingga simptom serius seperti sakit dada, degupan jantung tidak teratur, kaki dan buku lali bengkak, atau sesak nafas terjadi, baru hendak berjumpa doktor.
Biasakan yang mudah
Jadi apa kata mulai hari ini, lakukan pemeriksaan kesihatan jantung setiap hari di rumah dengan tiga cara ini, mudah sangat dan pasti semua boleh buat!
Memeriksa nadi boleh menjadi salah satu cara mudah untuk sesiapa pun lakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Ini kerana mengira kiraan nadi adalah sama dengan mengira kadar denyutan jantung.
Bagi orang dewasa, kadar denyutan jantung purata semasa berehat hendaklah di antara 60-100 denyutan seminit. Secara amnya, kadar ini secara beransur-ansur akan menjadi lebih rendah apabila anda semakin berusia.
Oleh itu, sebaiknya buat pemeriksaan kadar denyutan jantung rehat pada waktu pagi setelah anda baru bangun tidur. Hanya letakkan telunjuk dan jari tengah di bahagian dalam pergelangan tangan bertentangan dan anda sepatutnya akan dapat merasakan denyutan nadi. Hitung denyutan tersebut selama 15 saat dan kemudian darabkan nombor itu dengan empat untuk mendapatkan kadar denyutan jantung berehat anda.
Jika kadar denyutan jantung anda lebih tinggi daripada yang sepatutnya, ini boleh menjadi tanda tekanan darah tinggi jadi pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Anda juga boleh lakukan ujian tangga dengan merekodkan masa untuk naik empat tingkat tangga. Jika mengambil masa lebih daripada 90 saat atau jika anda merasa sesak nafas atau sakit dada, ini mungkin petanda penyakit arteri koronari.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ujian ini sebagai satu cara untuk kenal pasti kesihatan jantung secara umum namun lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan detail berkenaan kesihatan jantung anda.
Tidak dinafikan hipertensi atau tekanan darah tinggi juga menjadi faktor risiko yang ketara untuk penyakit jantung namun sering tidak dapat dikesan awal kerana biasanya tiada gejala sehingga tekanan darah mencapai tahap berbahaya.
Oleh itu, adalah pilihan tepat untuk memantau tekanan darah anda dengan lebih kerap. Pemantau tekanan darah digital boleh membantu anda melakukannya dengan mudah dan tepat dengan tiga langkah mudah.
Langkah 1 : Duduk dan letakkan lengan anda di atas permukaan rata.
Langkah 2 : Letakkan kaf pada kulit yang terdedah, mengikut arahan peranti
Langkah 3 : Kekalkan diam sehingga bacaan selesai.
Tidak dengan itu jika anda memiliki pemantau tekanan darah OMRON yang terkini, anda juga boleh mendapat ganjaran melalui aplikasi program Health Gift rewards yang dilancarkan oleh OMRON Connect.
Melalaui aplikasi ini anda akan diberi ganjaran tiket dan healthcoins untuk setiap pengukuran monitor tekanan darah (BPM) atau monitor komposisi badan (BCM) yang diambil.
Manakala melalui jumlah healthcoins yang terkumpul, anda boleh tebus pelbagai barangan sama ada di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, juga boleh untuk tambah nilai Touch n Go dan pelbagai lagi.
Untuk maklumat lanjut atau memuat turun aplikasi, lawati (www.omronhealthcare-ap.com/my/)