Peria Goreng Crispy Ala Kedai Mamak! Ada Rahsia Nak Buat Kekal Rangup & Tak Pahit

Share

Selalunya kalau sebut pasal sayur peria, mesti ada yang tak menyukai sayuran hijau tu dek kerana rasanya yang pahit tu! Tapi yang peliknya, kalau jadikan crispy macam kat kedai mamak tu, boleh pula makan.

Nak tahu rahsia buat peria crispy sebijik rasa macam kat kedai mamak, tapi makan kat rumah je? Meh tengok perkongsian dari Sheena Supramaniam

sudi berkongsi resipi untuk kita. Jangan lupa cuba ya!

RESIPI PERIA GORENG CRISPY

Bahan-bahannya:
Peria katak
Garam
1 ½ sudu kecil kunyit
1 ½ sudu besar serbuk cili jenama
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 ½ sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung beras cap

Cara-caranya :-

  • Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
    Masukkan garam dan gaul.
  • Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
    Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.

  • Sediakan minyak yang banyak.
  • Guna api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas.
  • Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.

  • Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.
  • Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.

Selamat mencuba!

Sumber: Sheena Supramaniam