Ibu bapa adalah insan yang banyak berjasa membesarkan kita. Keringat mereka tidak menentu masa untuk mendidik kita menjadi seorang yang berguna.
Jangan culas untuk penyediakan keperluan ibu bapa kita yang sudah meningkat usia. Mereka lah menjadi tonggak kejayaan kita.
Yang masih ada mak ayah. Pastikan:
#1 keperluan dapur,bil air,bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras,tong gas.
#2 Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam,selimut,cadar yang baru dan selesa.
#3 Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.
Ads
#4 pastikan kenderaan mereka selesa,ada penghawa dingin,brake yang baik,minyak hitam ditukar mengikut jadual.
#5 Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.
#6 Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan.m atau fake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.
#7 Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.
Ads
#8 Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari,setiap minggu.
#9 jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.
#10 Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.
#11 Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.
Ads
#12 mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berdendam terhadap mereka. Jangan sikit pun sakiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.
Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah,yang dapat mandikan jenazah mereka,yang dapat solatkan jenazah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.
Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka diatas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.
AMIN.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Al-Fatihah buat ayahanda dan bonda.
Sumber: FB Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah tentu kecewa apabila mendapati tanaman rosak disebabkan serangan serangga. Akibatnya daun jadi rosak, tentu pokok pun tidak dapat tumbuh subur.
Nak tahu cara yang mudah bagi memulihkan Kembali daun yang rosak ikuti petua wanita ini. Mudah aje guna air rebusan bunga cengkih!
SEMBURAN BUNGA CENGKIH
Hari ini saya kongsikan cara yang selamat tanpa bahan kimia utk pulihkan daun yang rosak akibat diserang bena,ulat,semut hitam dan sebagainya.
Cara cara saya sertakan di setiap pic di bawah. Ikut step by step.
Sediakn bunga cengkih.Ambik lbih kurang 3 sudu makan shj. Jgn lebih
Rendam bunga cengkih dlm 10 minit dgn air biasa.Rebus bunga cengkih dengan 6. gelas air biasa sehingga betul betul mendidih.Guna api sederhana.Setelah itu, sediakan satu bekas dan sejukkan selama lbh kurang 6-7 jam. Kemudian tapis airnya dan masukkn dlm botol spray.Jgn tambah air biasa.Air rebusan bunga cengkih sedia utk digunakan .Spray pada permukaan daun yg bermasalah atau keseluruhan daun.Jangan sesekali terkena pada tanah.Seeloknya spray pd sebelah ptg.Cuaca panas jgn sesekali spray.Spray seminggu dua kali shj, cthnya Isnin dan Khamis.Ini hasilnya slps dispray dgn air rebusan bunga cengkih. Daun daun mula sihat tanpa gangguan makhluk perosak.Mslh pokok cili saya ni x besar, cuma daunnya ada yg kerinting sehelai dua. Solution ini mnmpkkan hasil yg +ve.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk memastikan tanaman kekal subur.
Semua antara kita sedia maklum penggunaan car seat wajib digunakan untuk golongan kanak-kanak di dalam kereta bagi memenuhi undang-undang yang ditetapkan.
Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan turut terpanggil seorang ayah ini untuk berkongsi pandangannya.
Ini perkongsiannya.
Aku pentingkan keselamatan anak-anak. Sebab itu sebelum ini pun aku dah ada 2 biji carseat.
Dua minggu lepas, Kak Wana pemilik Tateh hadiahkan satu lagi carseat yang lebih elok, lulus SIRIM dan berkualiti. Alhamdulillah.
Dan kereta aku muat untuk 7 penumpang. Maka tiada masalah untuk aku dan 4 orang anak ke mana-mana dengan bawa semua anak-anak siap pakai carseat lagi.
Walau aku ada 3 carseat, walau kereta aku muat untuk bawa semua anak-anak dan isteri siap masukkan carseat dalam kereta, ia tidak menjadikan aku boleh menyindir mereka yang tidak mampu beli carseat.
Suara hati orang yang tak mampu, kena fahami juga. Belum cerita mereka yang ada anak 4-5 sedangkan naik Viva, naik Wira sahaja. Celah mana nak selit carseat tu?
Disamping terus menerus sebarkan kesedaran pentingnya setiap keluarga memiliki carseat, adalah sangat penting untuk cuba berada dalam kasut mereka dan menjaga perasaan mereka.
Komen “Siapa suruh beranak ramai?” “Beli kereta mampu takkan carseat tak mampu?” “Ibubapa yang hanya pentingkan diri sendiri dan tak sayang nyawa anak” “InsyaAllah makin ramai kanak-kanak mati” dan komen-komen seumpamanya tidak sedikit pun membantu mereka.
Carseat penting dan bagus untuk keselamatan anak-anak kita. Aku setuju tanpa takwil. Setiap keluarga sepatutnya ada carseat jika ada anak kecil dalam keluarga. At least untuk anak usia bawah 3 tahun.
Jadi yang belum ada carseat, cubalah sediakan sekurangnya satu untuk anak paling kecil ya. Dan yang berada, berduit, dah ada carseat, ada kereta besar usahlah memandang rendah pada kawan-kawan kita yang belum mampu nak beli carseat mahupun tukar kereta besar.
Jika tidak mampu nak bantu, usahlah menyakiti hati mereka pula. Begitu.
Setiap pasangan pasti ada momen indah bertemu buat kali pertama sebelum bergelar suami isteri. Demikian juga dengan pasangan muda sama cantik sama padan, Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar.
Kini rumah tangga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata hati sulung, Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
Bakal memasuki tahun kedua perkahwinan awal Januari nanti, Elfira atau mesra dengan panggilan El ditanya peminatnya mengenai ‘cara pertemuan’ bersama sang suami tercinta.
Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimana pun cukup sporting dan berkongsi kisah ‘sweet’ di sebalik pertemuan mereka suatu ketika dahulu.
Setiap soalan yang diberikan peminat dimuat naik jawapan menerusi IG Storynya termasuklah detik pertemuan istimewa dengan suaminya.
Menurut Elfira, kali pertama dia bertemu dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 2013.
Faris memuat naik foto mereka berdua di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang telah mempertemukan mereka berdua pada malam bersejarah tersebut.
Tambah El lagi, rakan baiknya Anis, yang juga merupakan anak kepada pelakon Rosyam Nor pernah mendoakan supaya dia dan Faris berjodoh.
Lebih istimewa lagi, El turut mendedahkan saat manis bermulanya bibit cinta dengan Faris apabila ditanya oleh peminat mengenai surah kegemarannya.
Malah, ibunya turut memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu sekiranya mahu beristerikan Elfira.
“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.