Tiada kata-kata mampu diluahkan apabila menerima khabar duka anak sulung meninggal dunia.
Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.
Rolex menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi.
“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.
“Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.
Ads
“Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia.
“Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit.”katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.
Ads
Selain Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler.
Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.
Ads
Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.
“Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya.
“Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini,” katanya.
Menu ringkas ini sentiasa jadi pilihan, baik ketika di rumah mahupun makan di luar. Tetapi, ibu-ibu pasti tertanya – tanya macam mana nak dapatkan telur dadar yang gebu, tebal macam kat kedai?
Jom admin kongsikan resipi asal dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang pernah tular sehingga dikongsikan lebih 6000 perkongsian sebelum ini.
Sementara laki kau sedang menonton Lee Chong Wei menang badminton itu, eloklah abang kasi tahu kau orang bagaimana nak masak telur dadar sampai naik lawa seinci. Senang amat.
Boleh jadi ini makanan kegemaran laki kau nanti. Ya lah, ia kaya dengan protien. Kahkahkah. Kali ini abang buat untuk makan sekeluarga yang ramai ya ampun. Jadi besarlah bahagiannya. Kau nak buat kecil-kecil, pandai-pandailah nak bahagikan bahan.
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam gred suka hati kau.
1/2 cawan susu cair
2 biji bawang besar India
2 biji cili merah
1 cekak daun kucai
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
Basuh dulu semua telur itu kemudian pecahkan dalam 1 bekas.
2. Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.
3. Masukkan dalam bekas telur tadi.
4. Gunakan pemukul belon (whisk) dan pukul bahan-bahan tadi.
6. Kemudian masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Pukul lagi sampai kembang sekali lagi.
7. Panaskan kuali Tefal yang kau ada. Tak payah minyak okeh.
8. Pasang api kecil.
9. Masukkan telur tadi dalam kuali.
10. Kemudian tutup dengan penutup periuk.
11. Dalam 10 minit. Kau bukak, akan dia kembang lawa. Kau ambil sudu atau garfu, kuis-kuis dia kat tengah kasi ada lubang. Tutup semula. Kalau kau terer, kau boleh balikkan. Dalam 10 minit lagi, boleh siap dah itu.
12. Tadaa.
13. Haaa amacam? Sedap woih. Lembut, moist dan segar ya Tuhan.
Selamat mencuba! Jemput share sampai pengsan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sabar itu mudah diucap namun tidak mudah ditanggung. Syukur itu juga mudah diucap namun tidak mudah juga untuk ditunjukkan.
Selagi hidup di dunia ini kita pasti akan terus diuji bahkan ada juga yang mengatakan bila diuji menjadikan seseorang lebih matang.
Namun ujian mahu pun musibah yang datang bukan senang untuk ditempuh.
Berkongsi tip berkenaan itu, ustazah Asma’ Harun senaraikan 3 tips bagi mendepani musibah sebagai peringatan untuk diri kita semua.
Ini perkongsiannya.
3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH
“Ustazah, memang mudah nak pesan supaya sabar, tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dan lalui…”
Kerap kali saya dengar luahan orang sekeliling yang hadapi musibah dalam hidup.
Benar Tuan Puan, mudah di mata orang belum tentu mudah di bahu kita 😢.
Namun, suka atau tidak, murka atau redha, proses kehidupan akan tetap berjalan sehingga akhir waktu.
Allah SWT hiasi roda kehidupan ini dengan jatuh bangun, susah senang, musibah dan nikmat. Semuanya supaya kita kembali mencintai Dia yang Maha Cemburu apabila kita mula leka dengan nikmat dunia sementara, agar kita mendapat nikmat Syurga yang kekal. SubhanAllah.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 3 tips mendepani musibah, sebagai peringatan untuk diri dan sahabat semua.
Semoga selepas ini kita lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)
Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.
2. Bersangka Baik dengan Allah SWT.
Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah hati akan lebih lapang dan tenang. ❤️🌹
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya: “Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapat keburukan.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
3. Muhasabah dan Perbaiki Diri.
Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr 59: 18)
Semoga terus kuat dalam menghadapi musibah yang mendatang, kerana sebagai Muslim kita wajib yakin ia bukan untuk memberi lelah, tetapi sebagai asbab hidayah. ✊
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bertuahnya seorang isteri itu jika suami turut membantu menguruskan rumahtangga. Tentu bahagia dan harmoni pasangan itu jika kehidupan saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun, ada suami yang bersikap tidak membantu isteri menguruskan rumahtangga.
Melalui perkongsian Mohd Fhais, menjelaskan bahawa ada sebab suami bersikap bermasalan di rumah. Namun, katanya, isteri kenalah pujuk suami dengan kata-kata manja, supaya boleh bantu kemas rumah.
Suami bermalasan di rumah
Ada kajian mengatakan lelaki yang malas bekerja dan malas membantu isteri di rumah adalah kerana kurang “Hormon Testosteron” dalam badan.
Hormon utama lelaki ini adalah yang membentuk kelelakian seorang lelaki, tanpa hormon ni sifat-sifat lelaki dalam diri akan hilang.
Menurut kajian saintifik pakar paras hormon lelaki menaik dari remaja hingga umur 20 tahun dan mula menurun 1 peratus setiap tahun bermula umur 30.
CaraNakBuatSuamiRajinBantuIsteri
Cara untuk mengekal hormon testosteron pada tahap baik ialah dengan :
1. Bersenam secara kerap
2. Jaga berat badan dan jangan buncit
3. Elakkan makan makanan karbohidrat glisemik index tinggi seperti gula, roti putih, nasi putih, mee dan makanan ringan.
4. Lebihkan makan daging, ikan, telur, sayur, buah-buahan dan kekacang.
5. Sentiasa kawal stress.
6. Kerap melakukan hubungan seksual dengan pasangan juga boleh meningkatkan paras hormon dalam badan.
Adakalanya cara terbaik untuk menegur suami yang malas adalah teguran dengan suara penuh kemanjaan dari isteri bukan dengan sindiran penuh bisa.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.