“Pergilah Nak, Mak Reda Tak Perlu Lawan Lagi.” Ibu Bapa Kuarantin, Lihat Anak Hela Nafas Terakhir Dalam Telefon!

Share

Kehilangan insan tersayang ibarat separuh jiwa kita turut dibawa pergi. Pilu rasa hati bila mana menatap sekujur badan yang kaku tidak lagi bernyawa. Saat memberi ciuman kali terakhir, hibanya tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Namun, situasi ini mungkin tidak berlaku pada masa kini tatkala wabak covid-19 telah menular. Proses pengkebumian tidak lagi mampu dilaksanakan seperti sedia kala.

Walaupun kisah kematian ini tidak membabitkan pesakit  yang positif covid-19, namun apa yang dimuat naik cukup memilukan hati. Seorang lelaki meninggal dunia dan lebih menyedihkan bila mana ibu dan bapanya berada jauh dan hanya mampu melihat proses pengkebumian dilakukan menerusi video call sahaja.

Seorang nurse peribadi yang dikenali sebagai Sazriman berkongsi pengalaman sendiri  melihat insan menghembuskan nafas terakhir tanpa ibu bapa  disisi. Hanya adik arwah yang berada di sisi dari sakit sehingga ke saat akhirnya. Kisah itu dimuat naik di twitternya.

Keluarga duduk jauh

Pesakit nazak keluarga duduk jauh

Mak baik tapi selalu tak bernasib baik

Mak tak dapat balik sebab lockdown

Sakit tak boleh tidur, kena comfort dia

Adik sabar gila layan karenah abang dia

Sehari 5-6 kali mak nangis dalam phone

Last day, nampak tanda2 dia nak pergi

Mak mana yang kuat tengok anak bertarung nyawa

Mak dekat videocall , ayah dekat phone dia hembuskan nafas terakhir

mak ayah mampu tengok dan menangis dalam videocall

hargai masa bersama keluarga

Kisah yang dimuat naik oleh Saziman itu kemudiannya turut dikongsikan oleh adik arwah menerusi laman facebooknya. Menurut Muzill Mustakim, arwah abangnya, Mohd Muhaymin meninggal dunia akibat ‘Acute on chronic liver failure’

Sumber: Twitter Muzill Mustakim